Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Ogos 2012

Aku dan The Dark Knight Rises


The Dark Knight Rises.
Dah tengok cerita ini?
Aku tengok minggu lepas.
Panjang ceritanya.
Hampir 3 jam duduk dalam panggung.
Tapi jalan ceritanya tak membosankan.
Cuma sangat complicated. 
Dan ibarat main puzzle.
Kena sabar dan fokus.
Baru boleh faham.

The Dark Knight Rises.
Filem terbaik pilihanku tahun ini.
Lebih epic banding The Avengers.
Pelakonnya sangat menjiwai watak.
Jalan ceritanya lain daripada yang lain.
Jahat dan baik dah takda bezanya.
Diakhir cerita baru aku tahu.
Kenapa Bane tu jadi jahat sangat.
Kenapa Bane tu pakai topeng camtu.
Kenapa Bane boleh tahu tentang bom nuklear.
Rupa2nya semua kerana cinta terlarang.
Cintanya pada seorang wanita.
Tapi aku tak puashati.
Kena belasah sampai tercabut tulang belakang.
Kena hempas atas batu.
Kena tikam dengan pisau kat Right Hypochondrium .
Kena letup dengan bom nuklear.
Batman tak nak mati jugak.
Pun masih maintain macho lagi.

The Dark Knight Rises.
Aku berkenan sangat dengan alat permainannya.
Terutama motosikal tayar besar gedabak tu.
Aku nak satu kalau ada jual.

The Dark Knight Rises.
Filem berhantu tahun ini.
Harap2 takkan ada sambungan lagi.
Bruce Wayne dah 'mati'.
Joker pun dah mati.
Penonton pun ramai dah mati ditembak.
Cukuplah.




6 ulasan:

  1. mesti ada kot, dia dah introduce robin, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya kalau suruh mereka buat kisah Hang Tuah,
      apa akan jadi agaknya...?

      Padam
  2. penonton yg mati kena tembak tu tempat me mula2 belajar obersi la abg doc.. peliknya Batman pon xleh nk tolong kanns.. uhhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum sampai sana.
      Dan mungkin tak kesampaian.

      Suka tengok koleksi WW en_me.

      Padam
  3. dah tau ending.. awak dah cerita...
    tak mo nengok lah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum cakap,
      siapa girlfriend Bane tu...

      Padam