Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Ogos 2012

Aku dan Derma Tak Ikhlas

Bulan Ramadhan.
Pahala berbuat kebajikan digandakan.
Maka ramai berlumba2 mencari pahala.
Menderma adalah satu daripadanya.
Setakat seringgit dua masuk tabung tak rasa pun kehilangannya.
Tapi pernahkah kita terfikir,
kemanakah derma kita dibelanjakan?
Betulkah itu derma untuk anak yatim?
Betulkah itu derma untuk besarkan madrasah?
Betulkah itu derma untuk sekolah tahfiz?

Dahulu.
Memungut derma satu kerja amal.
Dibuat secara sambilan.
Kini.
Memungut derma satu pekerjaan.
Sepenuh masa.
Malah ada syarikat2 persendirian ditubuhkan.
Semata2 untuk memungut derma.

Bulan Ramadhan.
Pemungut derma ada dimerata2 tempat.
Bazaar Ramadhan lokasi paling strategik.
Tak perlu modal besar.
Pakai songkok atau kopiah.
Berdiri sambil buat muka sedih.
Pegang tabung besar.
Tertulis Derma Anak Yatim.
Derma Madrasah.
Derma Sekolah Tahfiz.
Pasti berebut2 orang menghulur sumbangan.
Tak perlu nak sewa tapak.
Tak perlu dapatkan lesen Majlis Perbandaran.
Tak perlu kebenaran Majlis Agama.
Lepas 3 jam boleh balik dah.
Boleh kira wang sumbangan.

Yang lebih kreatif.
Sewa tapak dalam shopping complex.
Susun brochure warna-warni.
Letak gambar cantik2.
Tulis perkataan2 berunsur keislaman.
Wakaf, saham akhirat, syurga, dsbnya.
Modus operandi sama sahaja.
Pakai kopiah atau bersongkok.
Pegang tabung besar.
Derma untuk pembinaan Sekolah Tahfiz Antarabangsa kononnya.
Padahal syarikat didaftar atas nama koperasi.
Kalau dah nama koperasi,
mesti nak cari untung kan?
Koperasi boleh kutip derma ke?
Aku perhatikan.
Sepanjang masa ada di situ.
Waktu sembahyang pun masih ada disitu.
Waktu solat terawih pun masih ada disitu.


Kaedah lain mengutip derma.
Hantar surat kepada sesiapa yang berkenaan.
Pamplet berwarna-warni.
Siap ada sampul surat bersetem lagi.
Tulis ayat2 Quran dan Hadith.
Supaya lembut hati nak menderma.

Dan kaedah terakhir.
Pergi daripada satu premis ke premis.
Mesti pakai songkok atau kopiah.
Modalnya?
Surat rasmi yang difotostat.
Pembinaan surau adalah alasan paling klise.
Tapi surat dah tak rupa surat lagi dah.
Dah berapa kali fotostat entah.
Dah berapa ribu orang pegang pun entah.

Kesimpulannya,
nak percaya atau tidak?
Nak derma ikhlas atau tidak ikhlas?
Nak bersangka baik atau sebaliknya?

Padaku,
buat baik berpada-pada.
Nak derma pun ikutlah tempat.
Kita pun usaha guna tulang empat kerat.
Seringgit pun bukannya turun daripada langit.
Aku tak kata jangan menderma.
Tetapi gerak hati aku kata jangan menderma.
Masukkan dalam tabung masjid/surau lagi baik.
Apa pendapat anda sekalian?

4 ulasan:

  1. setuju dengan Doc. lebih baik derma d masjid atau surau.

    BalasPadam
  2. Setuju,
    Ada pihak yang ambil kesempatan atas sikap murah hati kita, saya sendiri terpaksa ambil langkah 'selective' bila menderma, bukan tak nak bagi, cuma takut derma itu disalahguna dan tak sampai kepada pihak yang sepatutnya memerlukan..

    BalasPadam
  3. Salam Aidilfitri Minal Aidil wal Faizin abg doc tuu.. mohon maaf zahir bathin yee..

    BalasPadam
  4. Aku pun dpt masa gi terawih. Dia letak sampul kat wiper kereta. Bila bukak, bukan main cantik lagi kawasan rumah anak yatim/sekolah tahfiz. Rumah ustaz2 dah siap, gazebo dah siap, lanskap dah siap. Semuanya menggunakan kayu mahal2 e.g resak dsb..macam tgk majalah Anjung Seri/Laman.

    Tapi asrama & bangunan belajar tak siap. Tu yg mintak derma/sumbangan. Walhal rumah2 ustaz bukan main cantik lagi. Jalan masuk siap ada pintu gerbang dsb. Salah priority kot..

    BalasPadam