Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Ogos 2012

Aku dan Hari Bersedih Sedunia

Tahun 2010 TV3 cuba lari daripada kelainan.
Buat iklan raya yang meriangkan.
Tapi lain pula jadinya.
Jadi macam iklan hari Krismas/Deepavali.
Ada Santa Claus pakai songkok.
Ada Santa Claus naik beca terbang.
Tak sampai sehari,
dah kena banned.
Jadi iklan hari raya balik kepada asal.
Mesti cerita sedih.
Mesti cerita tangkap sayu dan tangkap leleh.
Mesti cerita berpengajaran.
Mesti kisah anak lupakan ibu.
Mesti kisah anak lupakan ayah.
Mesti kisah anak muda lupakan asal usul.

Betul juga kata kawan saya.
Hari Raya patut disambut dengan gembira.
Hari Raya adalah hari kemenangan.
Patut disambut dengan  kegembiraan dan kesyukuran.

Tapi di Malaysia lain pula ceritanya.
Malam Raya mesti ada drama sedih Roysam Noor.
Lagu raya pun banyak yang sedih2.
Pagi raya pun minta maaf sedih2.
Takbir raya pun nada sedih.
Berita kat tv pun tunjuk gambar sedih2.
Kemalangan jalan raya,
tak dapat balik kampung,
kena kerja di pagi raya,
putus jari main mercun,
rumah terbakar,
dan sebagainya.
Jadi camna nak ubah persepsi ya?
Selamat Menyambut Hari Bersedih Sedunia.

6 ulasan:

  1. saya refuse tgk iklan Bernas yang baru tu.. saya tak nak sedih2...

    BalasPadam
  2. Short film Petronas dah tengok?? Strangers tajuk dia.... X da la sedih sgt mcm iklan BERNAS....

    BalasPadam
  3. boleh sedih takpe.. tp mesti ada kesan yang positif seperti iklan raya 7 beranak tu.... satu Malaysia gi... dalam sedih kita ketawa bila ada yang terjatuh bila nak ikut abg2 gi cari hati... limpa... mmmmm lucukan...

    BalasPadam
  4. selamat hariraya abg doc tuu.. raya brape lama tutup klinik? hati2 dijlnraya yee..

    BalasPadam