Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Ogos 2012

Aku dan Istimewanya Raya Kali Ini

Istimewanya Raya kali ini.
Kali pertama beraya di rumah sendiri.
Walaupun rumah baru serba-serbi.
Perabot recycle tak ramai ketahui.

Istimewanya Raya kali ini.
Alhamdulilah emak abah masih sihat lagi.
Semua adik-beradik dapat cuti.
Dapatlah berkumpul di pagi Aidil Fitri.


Istimewanya Raya kali ini.
Penyakit2 kronik belum kena lagi.
Semua makanan boleh dijamahi.
Ketupat dan rendang itu yang mesti.

Istimewanya Raya kali ini.
Hampir semua rumah saudara aku kunjungi.
Nasib baik lebuhraya tak perlu kulalui.
Kalau tidak lenguh kaki dan sakit hati.


Istimewanya Raya kali ini.
Ramai asyik update status kat FB.
Tapi Celcom 3G ibarat biskut Merri.
Lemau dan lambat kalah siput babi.

Istimewanya Raya kali ini.
Anak2 jadi OKB.
Duit raya berwarna-warni.
Jika dikumpul boleh beli Blackberry.

Istimewanya Raya kali ini.
Jalan sesak tidak terperi.
Tauke2 minyak senyum sampai nampak gusi.
Berderet2 kereta minta diisi.

Istimewanya Raya kali ini.
Cuti 5 hari habis hari ini.
Kena kerja demi sesuap nasi.
Tahun hadapan harap berjumpa lagi.



1 ulasan:

  1. hari raya celcom 3G mmg slow kalahkan siput babi...semua sibuk update status..:)

    BalasPadam