Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Ogos 2012

Aku ke Legoland Nusajaya


Petang 8 Syawal.
Cuaca mendung dan redup.
Aku berjalan2 sampai ke Nusajaya.
Khabarnya Legoland dah dibuka.
Anak2 dah excited nak ke sana.


Legoland Malaysia di Nusajaya.
Akan dibuka secara rasminya 15 September ini.
Tapi dah ramai yang dah ke sana.
Penuh FB kawan anak2 dengan gambar2 di Legoland.
Maka aku pun ikut sama.
Kemaruk nak tengok apa ada di sana.


Legoland Nusajaya.
Jauhnya kira2 30 km daripada Kulaijaya.
Tak susah nak cari.
Signboardnya besar2.
Jalan menuju ke sana sesak.
Berderet2 kereta nak masuk ke sana.
Ramai juga yang parking di tepi2 jalan.


Daripada tempat parking,
kena jalan kaki lebih kurang 200 meter.
Ramai betul yang beratur.
Nak beli Annual Pass pada harga diskaun.
Walaupun ada 16 kaunter yang dibuka.
Tapi suasananya masih sesak.


Pintu masuknya cantik.
Landskapnya pun berwarna-warni.
Hanya ada sebuah kedai makan telah dibuka.
Juga sebuah kedai jual souvenir turut dibuka.
Yang lain2 belum beroperasi lagi.


Ramainya umat manusia petang ini.
Semuanya turut excited nak tengok benda2 baru.
Khabarnya berkeluasan 76 hektar bila siap sepenuhnya.
Dan ada 7 jenis taman tema untuk diterokai.
Memang sekali pergi tak cukup nak tengok semuanya.
So kenalah beli Annual Pass.
Setahun boleh masuk tiap2 hari kalau nak.


Pas Harian berharga RM140/seorang.
Kalau Pas Tahunan berharga RM245/seorang.
Khabarnya boleh beli tiket atas talian.
Tak payah susah2 nak beratur.
Khabarnya beli biskut Munchy's pun boleh dapat tiket percuma.
Entah ya entah tidak.


Aku masuk ke kedai souvenir.
Harga barangan agak mahal.
Key chain comel dah 13 ringgit.
T-shirt lebih 50 ringgit.
Dan tiada satu pun barang lain yang mampu milik.
Jadi aku sekadar pegang, belek dan senyum lepas tengok harganya.



Legoland Nusajaya.
Tarikan terbaru untuk warga Johor.
Jaraknya tak berapa jauh daripada rumahku.
Legoland Nusajaya.
Harap2 tak indah khabar daripada rupa.
Dan keseronokan berbaloi dengan harga tiket.



9 ulasan:

  1. Dekat je dgn umah saya...insyallah nak jgk ksana...mesti ramai org dok serbu..tempat baru katakan...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. khabarnya dah tak boleh masuk ke dalam.
      kena tunggu 15 Sept nanti.

      Padam
  2. Balasan
    1. kalau saya pergi,
      saya bubuh gambar banyak2 ya?

      Padam
  3. saya doubt dari segi MAINTENANCE nya nanti, memandangkan, this is Malaysia...apa apa pun, hope ia berjaya..sebab dekat dgn my hometown..

    BalasPadam
  4. tunggu pokok pokok tu besar dan rendang baru pergi.. redup sikit :)

    BalasPadam
  5. macam mana boleh snap gambar2 ni? sebelum ni boleh masuk macam tu ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azrul,

      Hari saya sampai sana,
      adalah hari terakhir gate itu dibuka.
      Keesokkan harinya gate itu ditutup.

      Kenalah tunggu 15 September ini.
      Juga kenalah beratur beli tiket.

      Padam
  6. Salam... Boleh menginap di Sufie Homestay Johor di Mutiara Rini. Hanya 20 min shj ke Legoland. Layari blog kami http://sufiebiz.blogspot.com

    BalasPadam