Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Ogos 2012

Aku Sepasang Kerusi Rotan

Aku tak tahu berapa usiaku.
Aku tak tahu di daripada mana asalku.
Seingat aku,
aku telah pun berada di sebuah kedai barangan lusuh.
Itupun lebih 5 tahun yang lalu.
Aku akhirnya dibeli oleh tuan aku sekarang.
Diangkut ke rumahnya menggunakan kereta sahaja masa itu.
Tapi raya punya pasal.
Yang tak boleh jadi boleh.


Kehidupan awalku cukup gah.
Aku diletak di dalam rumah.
Dekat dengan pintu masuk.
Semua yang datang pasti menegurku.
Akulah tempat ahli keluarga tuan aku bersantai.
Tempat bergayut dengan telefon.
Tempat bergossip dan mengumpat segala.
Tetapi itu dulu.


Dua tahun yang lalu.
Tuan aku beli perabot lebih baru.
Lebih mahal dan lebih empuk tempat duduknya.
Lalu aku mula dipinggirkan.
Aku diletakkan di luar rumah akhirnya.
Kena hujan dan panas.
Kena habuk dan debu.
Tiada siapa yang mengendahkan.
Warna aku mula pudar.
Ikatan rotanku mula longgar.
Aku dah tak dihiraukan lagi.



Awal bulan lepas.
Kehidupanku kembali berubah.
Tuan aku memberi nafas baru kepadaku.
Aku diwarnakan semula.
Ikatan yang longgar diketatkan.
Kini aku berseri kembali.
Aku diletak di dalam rumah semula.
Tuan aku menghargaiku kembali.
Aku kembali menabur bakti.
Semoga lebih berseri raya mereka tahun ini.



* Karangan ini ditulis semasa menunggu Azizulhasni Awang berlumba acara kegemarannya.


8 ulasan:

  1. haha ... sungguh mencuit hati

    BalasPadam
  2. nak datang rumah Raya nanti boleh..?
    nak duduk atas kosi revamped tu..

    BalasPadam
  3. barang lama jika di refurbish cantik lah ia :)
    anyway, top 6 in Olympic for PocketRocketMan

    BalasPadam
  4. ahahaha..teringat dulu buat karangan zaman sekolah rendah" saya sepasang kasut"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah buat " saya seekor ikan ".
      Cuba cari dlm blog saya...

      Padam
  5. hahah...saya pun nak ckp, tp daddyziyad dah cakap dulu...

    BalasPadam