Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Aku dan Bajet Pilihanraya

Krismas lama lagi.
Tapi Santa Claus datang umum pemberian hadiah semalam.
Semua orang dapat bahagian masing2.

Semua orang nampaknya bergembira.
Baca berita dalam suratkhabar.
Juga tengok berita kat tv.
Ahli2 politik semua tersenyum lebar.
Pakar2 ekonomi semua kata bagus dan terbaik.
Semuanya ayat2 klise penyedap hati.
Tapi kenapa hasilnya sama sahaja?
Kos sara hidup semakin naik.
Harga barang semakin naik.
Harga motosikal macam harga kereta.
Harga kereta macam harga rumah.
Harga rumah macam harga rumah banglo tepi tasik.

Aku tak suka dengar pembentangan bajet.
Najib buat duit rakyat macam duit dia.
Duit rakyat dibuat macam duit BN/UMNO yang punya.
Rakyat ibarat minta belas ehsan dia.
Nak minta ihsan barang sedikit.
Padahal duit tu semua belum pun dalam tangan.
Duit tu dikumpul daripada pembayar cukai sepertiku.
Dia cuma bentangkan bagaimana duit itu nak dibelanjakan.
Nak minta sokongan parlimen.
Nak minta kelulusan parlimen.
Tapi lagak dia macam Orang Kaya Baru.
Siap boleh kutuk, perl…

Aku dan Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Dua perkara yang sering buat aku sakit hati, kisah politik Malaysia dan kisah bola sepak Malaysia. Buku tulisan Lucius Maximus ni menceritakan segala2nya. Dan rasanya, Malaysia tak akan layak ke Piala Dunia. Untuk selama2nya. Selagi FAM tidak dirombak sepenuhnya. Kena cari muka2 baru. Untuk menerajui FAM. Sultan Ahmad Shah dah lebih 20 tahun di sana. Dah sepatutnya dia berundur. Beri peluang orang lain pulaklah.

Tengok apa jadi kat KOAM. Tengok apa jadi kat Shahidan Kasim & The Gang. Itulah yang sewajarnya.


Aku Dah Upgrade Ke iOS 6

Kepada pengguna iPhone tegar,
dah mula kumpul duit untuk tukar ke iPhone 5?
Mungkin hujung tahun akan sampai ke sini.
Sementara itu,
dah upgrade sistem ke iOS 6?

Aku dah upgrade 2 hari lepas.
Tapi jenuh menunggu beb.
Kena upgrade MacBook dulu.
Lepas tu baru boleh upgrade ke iOS 6.
Kalau ada iPhone, iPad dan iPod lain nak kena upgrade,
semuanya kena ulang balik.
Pukul 4 pagi pun bangun untuk tengok progress.
Berbaloi ke tidak?
Ada perbezaan ke tidak?
Khabarnya ada ekstra 200 kemudahan baru.
Tapi aku tak nampak signifikannya.
Nak kena gali dalam2 untuk belajar dan fahamkan.

Anak2 dah mula cucuk jarum,
bila nak upgrade ke iPhone 5.
Masing2 dah berkira2 nak iPhone lama aku.

Baca ulasan selanjutnya di sini



Aku dan Wordless Wednesday

Its confirmed. Alhamdulilah.

Aku dan minggu ini

Seminggu ini. 
Aku cuti tulis blog. Langsung takda bahan nak tulis. Jadi aku buat benda2 lain. Tengok realiti kehidupan di Bio Channel. Juga Crime Investigation Channel. Aku kena banyak belajar menghargai kehidupan. Kalau rasa hidup kita susah, ada orang lain lebih susah. Kalau rasa dunia ini tidak adil, ramai lagi yang rasa sedemikian.  Kalau rasa nak jadi doktor tu susah, nak jadi komando lagi susah. Kena duduk kat payah bakau selama dua minggu. Hanya pakai seluar pendek dan boot sahaja. Hanya dibekalkan dengan parang pendek. Takda sebarang makanan dan minuman. Minumannya air hujan yang ditadah dengan tangan. Makanannya? Siput, ular, biawak dan apa sahaja yang lalu depan mata. Sebelum tu kena jalan kaki 120km. Bawa beg berat pulak tu. Ramai yang pengsan. Tapi tak ramai yang give up. Semangat nak jadi komando langsung tak padam. Walaupun kena herdik dan maki dengan instructor. Kena denda dan raging jangan ceritalah.
Di Crime Investigation Channel pun boleh tahan juga. Kesungguhan det…

Aku dan Wordless Wednesday

I need a break...



Aku dan Reunion Geng SRP 1986

Tahun 1986.
Aku di Tingkatan 3C Sek Men Sultan Alauddin.
Sekolah anak2 peneroka di rancangan Felda.
Kelasku kelas aliran Perusahaan/Sains Rumah Tangga.
Kelas budak2 sederhana.
Yang pandai2 masuk kelas Perdagangan (kononnya!).
Yang kurang pandai masuk kelas Pertanian (kononnya!).
Itu ikut teorinya.

Sebenarnya aku lebih minat kelas Pertanian.
Tetapi sebab nak nampak macho,
aku ikut masuk kelas Perusahaan.
Tapi sampai sekarang aku tak pandai bertukang.
Exam pun cukup2 makan sahaja.
Kalau diberi pilihan,
aku nak masuk kelas Sains Rumah Tangga.
Tapi sure cikgu tak beri punya.
Kecuali aku tukar jantinalah.
Juga pasti aku kena ejek sepanjang tahun.

Tahun 1986.
Antara tahun paling happening dalam sejarah hidup aku.
Masa tu kawan adalah segala2nya.
Masing2 tiru identiti sesama sendiri.
Rambut dibela sepanjang yang mungkin.
Selagi tak kena tangkap dengan guru disiplin,
selagi itu tak nak potong rambut.
Mesti ada saputangan key warna merah kat kocek.
Sikat pun wajib ada seorang satu kat kocek…

Bagaimana Dengan Masa Depanku?

Quote from MPCN Group at Facebook:


"My view is that whether solo or group practice GP, the business is not as good as 10-20 years ago. With more 1M clinics (with MOs), Klinik Desa being upgraded to full scale Klinik Kesihatan (with FMS) and extended hours of Klinik Kesihatan till 10pm, I can only foresee more and more GP’s find it hard to survive.
Relying on panels like ING, PMCare, Compumed etc is not a truly long term solution too, as these MCO/TPA will keep cut throat the GPs. And we can see in previous posts in other section, some lamented that new GPs are willing to take only RM5 as consultation fees! Appalling!! 
Most of my GP’s are venturing into either aesthtic practice or some “alternatives” (eg. PRP, Live Blood Analysis, Ozone treatment etc) in order to make more money! Some even start becoming MLM (Amway or Usana) agents to coax patients into buying some of those products! Sad.
Patients with freedom in seeing specialists in our country also contributes to the “demise” of G…

Aku Benci Innocence of Muslims

Ada sesiapa dah tengok movie ini kat YouTube?
Walaupun aku tengok sedikit sahaja,
aku rasa sangat3 marah.
Aku rasa nak muntah darah.
Aku rasa nak berarak dijalanan.
Aku rasa nak bunuh orang.
Nabi Muhammad S.A.W digambarkan dalam filem.
Siap dengan mukanya sekali.
Lagi menjijikkan,
Nabi Muhammad S.A.W dituduh macam2.
Tak tergamak aku nak tulis di sini.
Dunia Islam patut bangun daripada tidur.
Bakar semua kedutaan Amerika diseluruh dunia.
Boikot apa2 yang patut.
Ini maruah agama kita.
Ianya patut dipertahankan.
Walau dengan nyawa sekalipun.

Innocence of Muslims': Mystery shrouds film's California origins
In a run-down theater on a seedy stretch of Hollywood Boulevard this summer, an independent movie made its debut. The acting was amateurish, the dialogue clunky and the costumes no better than those sold for Halloween. Even with a pretty young woman beckoning pedestrians inside, fewer than 10 people attended. But three months later, the movie — "Innocence of Muslims" — …

Aku dan Ujian Aptitud UPSR 2012

Aptitude test Introduced in 2009, this test is used to evaluate students' aptitude and are written in the pupil's own language. The one and a half hour test comprises 61 multiple choice questions, divided into three sections based on three core areas namely thinking skills, problem solving and decision making. Students are graded according to band scores, ranging from Band 1 (Extremely Limited User) to Band 6.

source: Wikipedia


Kecoh.
Huru hara.
Baru semalam cerita pasal program baru.
Tapi hari ini dah lain pulak tragedinya.
Kepada ibubapa yang ada anak ambil UPSR,
pasti wujud sedikit kerisauan.
Marah pun ada.
Masa depan anak mungkin tergadai.
Dek kesilapan manusia yang makan gaji buta.

UPSR 2012 berakhir petang tadi.
Selepas 5 subjek teras,
ada ujian tambahan.
Ujian Aptitud namanya.
Dibuat untuk kenalpasti kebolehan anak2.
Nak lihat sejauh mana pemikiran mereka.
Nak lihat adakah 5A yang mereka akan score,
setimpal dengan cara pemikiran mereka.
Dan yang lebih penting,
layakka…

Aku dan Ubatan Generik

Ini keluhan seorang pesakit tegar. Yang dah berpuluh tahun makan ubat yang sama. Yang dapat membezakan antara ubat bagus dan tak berkesan. Kerajaan nak yang murah. Yang dapat jimatkan kos. *Ubatan Generik bukan tak bagus. Banyak yang setanding yang original. Yang ada pengesahan BioEquivalence pun banyak. Yang harganya jauh lebih murah. Tetapi yang kurang berkualiti pun berlambak2 dalam pasaran. Yang import daripada India ada. Yang import daripada Bangladesh ada. Yang import daripada Thailand ada. Yang import daripada China pun ada. Terbaru yang diimport daripada Filipina. KKM luluskan atau tidak kurang pasti. Harga memang sangat2 murah. Tengok label dan cara packing dah tahu mutunya . Profit margin memang tinggi. Tetapi keberkesanannya? Banyak wakil syarikat ubatan datang jual ubat camni kat aku. Company kecik aje. Tapi beratus jenis ubat ada dijual. Semuanya ubat generik. Memang murah. Macam2 saiz, warna dan bentuk. Tapi aku malas nak melayan. Aku bukan ikut prinsip kerajaan. Cari yan…

Aku dan Wordless Wednesday

Jumpa kat FB.

Aku dan Raya Open Houses

Hanya di Malaysia.
Hari Raya Aidil Fitri sebulan lamanya.
Open House.
Rumah Terbuka.
Menjadi trend masa kini.

Kalau zaman dulu.
Nak ziarah rumah saudara atau sahabat handai.
Main redah sahaja.
Kuih-muih raya sedia terhidang di atas meja.
Juga oren bodoh.
Tak perlu makanan yang berat2.
Yang penting dapat sembang sampai tak ingat dunia.
Maklumlah jumpa setahun sekali.

Zaman sekarang.
Nak datang ziarah.
Kena buat appointment dulu.
Kena call atau SMS dulu.
Kalau tidak dapat tengok pintu pagar sahaja.
Tuan rumah pun sibuk pergi beraya.
Juga nak bagi tuan rumah membuat persediaan.
Sediakan juadah apa2 yang patut.
Setakat kuih raya dalam balang orang dah tak heran.

Dulu budaya Open House hanya di tempat2 kerja.
Kalau hospital ada 10 wad,
memang sampai habis Syawal pun,
tak habis lagi Open House.
Sebab bukan setakat wad sahaja,
Farmasi, Dewan Bedah, Makmal, Pejabat, Dapur,
malah Bilik Mayat pun nak buat Open House.

Cuba tengok ahli2 politik juga orang2 kerajaan.
Open House masing2 sangat2 me…

Aku dan Exam Fever

30 tahun dulu,
Aku ambik Ujian Pernilaian Darjah Lima.
Setaraf dengan UPSR sekarang.
Zaman itu, Pernilaian Darjah Lima macam tak bermakna apa2.
Cikgu cuma cakap,
kalau nak masuk sekolah asrama penuh kena score 5A.
Zaman itu, sekolah2 tidak berlumba2 nak kejar target.
cikgu2 pun tak tertekan nak kejar target.

Ujian Pernilaian Darjah Lima berlalu begitu sahaja.
Takda persediaan rapi.
Takda kelas tambahan.
Takda kelas tiution.
Takda majlis sembahyang hajat.
Takda majlis doa selamat dan bacaan Yaasin.
Takda langsung program2 motivasi.
Takda janji2 manis jika dapat 5A.

Bila keputusan exam keluar,
Hanya gurubesar yang terlebih excited.
Murid2 macam biasa.
Emak bapak pun sama.

Ujian Pernilaian Darjah Lima Tahun 1982.
Aku cuma mampu dapat 2A3B sahaja.
Cuma seorang murid sahaja yang dapat 5A masa tu.
Sekarang beliau seorang guru sekolah menengah di Skudai.
Yang lain2 yang tak dapat 5A,
Ramai yang lebih berjaya dalam hidup.

Zaman sekarang.
Ambik UPSR macam nak pergi Sukan Olimpik.
Macam n…

Aku dan Mutiara Motors Service Center

Mutiara Motors Service Center. Letaknya di tingkat bawah tanah. Bangunan Mutiara Motors di Larkin sana. Agak jauh daripada rumahku. Tapi apakan daya. Aku nak mekanik terbaik untuk kesayanganku.
Mutiara Motors Service Center. Jauh beza dengan Wang Loo Service Center. Lebih tenang, sunyi dan lengang. Tak perlu nak booking awal2. Datang sahaja bila2 masa dan tak perlu tunggu lama2. Maklumlah kereta tak banyak untuk diservis di sini.
Mutiara Motors Service Center. Lounge untuk pelanggan menunggu sangat selesa. Ada Vending Machine percuma. Ada komputer dan internet percuma. Ada suratkhabar/majalah untuk dibaca. Ada tv LCD dan channel Astro untuk ditonton. Boleh pilih channel ikut citarasa.
Mutiara Motors Service Center. Kali pertama aku di sini. Normal Maintenance Service yang pertama. Mereka guna minyak sintetik M7. Mereka juga guna spare parts original. Jadi tak risau dengan kualiti. Cuma harga belum boleh nak compare. Kena tunggu bila kena major service nanti.

Mutiara Motors Service Cent…

Aku dan Nanyang Fish Farm Air Bemban

Kalau jiwaku kacau,
aku suka datang ke sini.
Kalau kepalaku berserabut,
aku suka datang ke sini.
Kalau mentalku blocked,
dan takda idea nak update blog,
aku suka datang ke sini.
Tengok ikan2 berenang memang menyenangkan.


Nanyang Fish Farm Air Bemban. Kewujudannya sangat lama. Dah lebih 10 tahun rasanya. Aku selalu datang ke sini. Boleh hilangkan ketensionan. Boleh kurangkan stress. Boleh cari idea2 baru.
Banyak jenis ikan ada dipamerkan di sini. Yang kecik, yang besar, yang berwarna-warni, yang berjanggut, yang berjendul di dahi, yang eksotik pun banyak. Pendek kata semuanya ada di sini. Tapi ikan laut dalam takda ya.

Selain untuk dilihat, kebanyakan ikan di sini juga boleh dibeli. Yang murah, yang mahal, yang biasa2, yang eksotik. Cuma harganya yang berbeza2. Yang setakat 1-2 ringgit ada, yang beribu2 ringgit pun ada.

Peralatan dan kelengkapan untuk akuarium pun cukup di sini. Berpuluh2 jenis akuarium, berpuluh2 jenis pam/filter, beratus2 jenis aksesori akuarium. Harganya sangat ber…