Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 September 2012

Aku dan Bajet Pilihanraya

Krismas lama lagi.
Tapi Santa Claus datang umum pemberian hadiah semalam.
Semua orang dapat bahagian masing2.

Semua orang nampaknya bergembira.
Baca berita dalam suratkhabar.
Juga tengok berita kat tv.
Ahli2 politik semua tersenyum lebar.
Pakar2 ekonomi semua kata bagus dan terbaik.
Semuanya ayat2 klise penyedap hati.
Tapi kenapa hasilnya sama sahaja?
Kos sara hidup semakin naik.
Harga barang semakin naik.
Harga motosikal macam harga kereta.
Harga kereta macam harga rumah.
Harga rumah macam harga rumah banglo tepi tasik.

Aku tak suka dengar pembentangan bajet.
Najib buat duit rakyat macam duit dia.
Duit rakyat dibuat macam duit BN/UMNO yang punya.
Rakyat ibarat minta belas ehsan dia.
Nak minta ihsan barang sedikit.
Padahal duit tu semua belum pun dalam tangan.
Duit tu dikumpul daripada pembayar cukai sepertiku.
Dia cuma bentangkan bagaimana duit itu nak dibelanjakan.
Nak minta sokongan parlimen.
Nak minta kelulusan parlimen.
Tapi lagak dia macam Orang Kaya Baru.
Siap boleh kutuk, perli dan perlekeh pembangkang didepannya.

Ini pendapat yang aku kutip di internet.
Walaupun bukan pendapat majoriti,
tetapi inilah realitinya.
Ini bukan jawapan klise pakar2 ekonomi tajaan.
Ini bukan jawapan ahli2 politik yang nak masuk dalam tv.


Bila la agaknya Malaysia ni nak faham agaknya... Kalau Budget macam sebegini, sampai bila-bila pun segunung duit tak akan cukup.

Sepatutnya sudah ada kesedaran. We can't depend solely on whatever that we currently have. So, we need to create new source of income. From where? Interesting question.

As an economist by training and profession saya lihat Budget yang dibentangkan semalam tak lain dari dari Budget pancing undi. The problem with that is ianya tidak productive at all. Sebab, ianya tidak akan dapat menjana income untuk negara buat jangka masa panjang.

For instance, apalah ertinya pemberian BR1M for the 2nd round. The 2nd round ni meliputi penerima yang lebih ramai (sebab those 21 years old earning less than RM2,000 boleh dapat. But, it is one off as you correctly pointed out. Since 21 is a voting age, nampak jelas yang ianya untuk memancing undi. 

Similarly, soal peningkatan bayaran pencen. Betul la kata nak mengenang jasa. Tapi kalau from the economic point of view, the increased in expenditure for this purpose is counter productive (since pensioners no longer contribute productively to the economy).

Looking at the aggregate numbers, the government proposed to spend RM201.9 billion for Operating Expenditure (80.25%) and only RM49.7 billion (19.75%) for Development Expenditure. Again, as you correctly specified, macamana la ekonomi nak maju walhal hanya 19.75% diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan negara. Besides, kalau kita lihat kemana peruntukkan pembangunan, projek mencantikkan Sungai Klang! Apa la rasionalnya.

Jadi, back to our question earlier, dari mana kita boleh generate this new income. Tak perlu la kita nak tengok terlalu jauh. Thailand is our neighbour. Tapi kalau nak ikutkan dari segi hasil bumi, Malaysia lebih hebat. Ada minyak, kelapa sawit, getah, etc. 

Thailand build it's niche in the agri sector. Now, they are strong in so many agri fields. Buah-buahan, padi, perikanan, even kayu Gaharu dan Ubi Kayu Rayon (for biotech purposes). Last time masa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ada la juga ura-ura nak buat koridor. Macam-macam ada... Koridor Timur, Barat, Utara, Selatan. At least RM10 billion has been spent on these corridors. Tapi apa hasil? Mana hasil? Duit dah leboh. Hasil tak ada.

Duit siapa la agaknya semua ni kalau bukan duit rakyat yang bayar cukai pendapatan. Gaji belum masuk, cukai dah bayar siap dah (PCB). Again as you correctly spefified, the government manages our money. Duit rakyat. So, tak perlu la bila cerita tu seolah-olah duit BR1M or whatever tu datang dari parti BN.

Dan sebagai pembayar cukai yang setia, saya pun rasa tak berapa puas hati bilamana 4-6 juta pendatang asing di dalam Malaysia ni have been enjoying benefits yang sepatutnya only Malaysians enjoyed. Contohnya subsidi minyak dan barang makanan keperluan asas yang lain ~ Beras, Gula, Tepung, etc. Soalnya, kita earn our income and bayar tax mahal-mahal, they have been earning tons of money here tapi satu sen tax pun tak payah bayar. And they have been enjoying all the subsidies yang sepatutnya only enjoyed by Malaysians. 

Sebab tu la barang makanan semua jadi mahal melambung. Demand is high why supply remains the same. The supply sepatutnya sudah cukup for Malaysians. Tapi sebab kerana limbahan pendatang asing yang juga consume benda yang sama macam kita Malaysians, sebab tu la demand jadi tinggi. Dan consequently push the prices up. 

Ironically, punya la ramai pakar ekonomi dalam kerajaan, tak boleh ke nak implement simple mechanism. Pada pendapat saya, we should impose 2-tier price. Those with MyKad dapat beli makanan asasi dan minyak petrol dengan harga subsidi yang amat murah. Those yang tak ada MyKad (pendatang asing dengan izin atau tidak) have to pay the true market price. Then, baru la justice served...

FS

8 ulasan:

  1. memang! saya pun teramat lah kecewanya...saya rasa yang gembira pasai bajet ni hanyalah penjawat awam sahaja. sekian terim kasih.

    BalasPadam
  2. hairan kenapa perlu rebate utk smartphone tu ye?
    adakah sekadar utk memancing hati belia muda remaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Confirmed.
      Rasuah pilihanraya.
      Tapi setakat 200 ringgit dapat apa?
      Smartphone paling kurang 1500.
      Itupun kena ambik pakej.
      Siapa yg lebih untung?
      Penjual handphone.
      Juga Celcom, Maxis dan DiGi.

      Padaku,
      alang2 nak rasuah,
      beri smartphone free sorang satu.

      Padam
  3. Setiap tahun, penjawat awam aje yg gembira..negara ada duit ke takde duit ke, dorang mesti ada bonus..kalau tak, sure CUEPACS bising..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dpt bonus pun masih tak cukup lagi.
      Mintak bonus+tax free pulak.

      CUEPACS,
      tak pernah rasa cukup dan bersyukur.
      Beri betis nak paha pulak.

      Padam
  4. keja omar osman itu lah..mintak & ugut..mintak & ugut..hahha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sokong mana yang tak de mykad have to pay true market price. Pakar economi bukan tak ble nak fikir mgkin tak fikir langsung kot sbb tiap tahun gaji dia ada kenaikan..bonus pun dapat.. org politik plak asyik fikir nak pancing pilihanraya je, tutup mata rakyat dengan duit.. hmmmm..sedih la.. mcm orang tak berpelajaran..mungkin ketamakan menguasai diri..

      Padam