Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 September 2012

Aku dan Exam Fever


30 tahun dulu,
Aku ambik Ujian Pernilaian Darjah Lima.
Setaraf dengan UPSR sekarang.
Zaman itu, Pernilaian Darjah Lima macam tak bermakna apa2.
Cikgu cuma cakap,
kalau nak masuk sekolah asrama penuh kena score 5A.
Zaman itu, sekolah2 tidak berlumba2 nak kejar target.
cikgu2 pun tak tertekan nak kejar target.

Ujian Pernilaian Darjah Lima berlalu begitu sahaja.
Takda persediaan rapi.
Takda kelas tambahan.
Takda kelas tiution.
Takda majlis sembahyang hajat.
Takda majlis doa selamat dan bacaan Yaasin.
Takda langsung program2 motivasi.
Takda janji2 manis jika dapat 5A.

Bila keputusan exam keluar,
Hanya gurubesar yang terlebih excited.
Murid2 macam biasa.
Emak bapak pun sama.

Ujian Pernilaian Darjah Lima Tahun 1982.
Aku cuma mampu dapat 2A3B sahaja.
Cuma seorang murid sahaja yang dapat 5A masa tu.
Sekarang beliau seorang guru sekolah menengah di Skudai.
Yang lain2 yang tak dapat 5A,
Ramai yang lebih berjaya dalam hidup.

Zaman sekarang.
Ambik UPSR macam nak pergi Sukan Olimpik.
Macam nak pergi berperang.
Persediaan cukup rapi.
Kelas tambahan setiap petang dan hari cuti.
Kelas tiution hampir setiap malam.
Program2 ceramah motivasi setiap bulan.
Ujian penilaian setiap bulan.
Ibubapa dipanggil setiap 2-3 bulan.
Ada juga majlis2 doa selamat.
Ada majlis sembahyang hajat.
Ada majlis bacaan Yaasin.
Tekanan terhadap guru cukup besar.
Setiap bulan ada mesyuarat dengan gurubesar.
Tekanan terhadap ibubapa.
Setiap dua bulan kena panggil ke sekolah.
Juga tekanan terhadap murid2.

Bila keputusan UPSR diumumkan.
Peratusnya semakin meningkat setiap tahun.
Jarang benar ada yang menurun.
Menteri Pelajaran cukup bangga.
Kementerian Pelajaran juga bangga.
Murid2 di Malaysia semakin pandai.
Murid yang dapat 5A semakin ramai.
Murid yang gagal semakin kurang.
Tapi betulkan itu realitinya?

UPSR hanyalah sekadar peperiksaan.
Bukannya menjadi kayu pengukur.
Kejayaan di masa depan.
Aku tak obses dengan 5A.
Ianya hanya sekadar angka dan nombor.
Apa guna A dalam Bahasa Malaysia,
Tetapi tak berani nak berbahasa melayu dengan doktor.
Apa guna A dalam Matematik,
Tetapi kira harga barang di kedai pun tak pandai.
Apa guna A dalam Sains,
Tetapi sembahyang tak pernah cukup.
Mengaji Quran tak khatam2.
Untuk menjadi manusia yang berjaya,
kita tak wajib dapat 5A dalam UPSR.

Kepada anakku.
Selamat menghadapi UPSR minggu depan.
Ayah doakan kejayaan anak ayah.
Ayah cuma pesan buatlah yang terbaik.
Perjalanan hidup masih sangat panjang.
UPSR hanyalah permulaan.



3 ulasan:

  1. malaysia education = exam oriented.
    Akhirnya, generasi yg terhasil ialah generasi yg tak mampu bersaing di dunia sebenar apabila dewasa.

    BalasPadam
  2. Mama juga doakan semoga Ainaa berjaya dengan cemerlang dan mendapt apa yang diimpikan. InsyaAllah. Amin....

    BalasPadam
  3. zaman skrg terlalu exam oriented, kesian jugak kat budak2. tapi bila result keluar, scorers memang overload. harap2nya mereka pandai bawak diri supaya berjaya dunia akhirat. Good luck utk si anak :)

    BalasPadam