Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 September 2012

Aku dan minggu ini

Seminggu ini. 
Aku cuti tulis blog.
Langsung takda bahan nak tulis.
Jadi aku buat benda2 lain.
Tengok realiti kehidupan di Bio Channel.
Juga Crime Investigation Channel.
Aku kena banyak belajar menghargai kehidupan.
Kalau rasa hidup kita susah,
ada orang lain lebih susah.
Kalau rasa dunia ini tidak adil,
ramai lagi yang rasa sedemikian. 
Kalau rasa nak jadi doktor tu susah,
nak jadi komando lagi susah.
Kena duduk kat payah bakau selama dua minggu.
Hanya pakai seluar pendek dan boot sahaja.
Hanya dibekalkan dengan parang pendek.
Takda sebarang makanan dan minuman.
Minumannya air hujan yang ditadah dengan tangan.
Makanannya?
Siput, ular, biawak dan apa sahaja yang lalu depan mata.
Sebelum tu kena jalan kaki 120km.
Bawa beg berat pulak tu.
Ramai yang pengsan.
Tapi tak ramai yang give up.
Semangat nak jadi komando langsung tak padam.
Walaupun kena herdik dan maki dengan instructor.
Kena denda dan raging jangan ceritalah.

Di Crime Investigation Channel pun boleh tahan juga.
Kesungguhan detektif luar negara menyelesaikan kes.
Sangat jauh beza dengan detektif di sini.
Walaupun kes dah enam tahun berlalu,
selagi tak selesai,
mereka masih terus berusaha.
Ada satu kes langgar lari di Australia.
Seorang budak 12 tahun mati terbunuh.
Yang melanggarnya sebuah treler.
Tiada langsung bukti sahih.
Hanya kesan lekuk pelik dibelakang kenderaan.
Juga serpihan lampu signal yang pecah.
Itu sahaja.
Dalam masa 6 bulan,
mereka boleh cari dan jumpa treler tersebut.
Daripada 160 ribu treler yang ada,
mereka boleh kurangkan pencarian.
Akhirnya treler warna merah jenis Weststar dijumpai.
Pemandunya lari kerana takut.
Dia ada banyak hutang.
Dia takut trelernya kena rampas.
Dia kata dah 6 bulan dia tunggu polis datang.

Seminggu ini.
Ramai yang kata aku dah pergi bercuti.
Belum lagi. 
Masih dalam perancangan.
Ada anak nak ambik PMR.
Ada anak nak ambik final exam.
Ada orang nak ambik ijazah.
Kena banyak bersabar.
Kena banyak berdoa.
Hujung bulan sepuluh insyaAllah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan