Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 September 2012

Aku dan Mutiara Motors Service Center


Mutiara Motors Service Center.
Letaknya di tingkat bawah tanah.
Bangunan Mutiara Motors di Larkin sana.
Agak jauh daripada rumahku.
Tapi apakan daya.
Aku nak mekanik terbaik untuk kesayanganku.

Mutiara Motors Service Center.
Jauh beza dengan Wang Loo Service Center.
Lebih tenang, sunyi dan lengang.
Tak perlu nak booking awal2.
Datang sahaja bila2 masa dan tak perlu tunggu lama2.
Maklumlah kereta tak banyak untuk diservis di sini.

Mutiara Motors Service Center.
Lounge untuk pelanggan menunggu sangat selesa.
Ada Vending Machine percuma.
Ada komputer dan internet percuma.
Ada suratkhabar/majalah untuk dibaca.
Ada tv LCD dan channel Astro untuk ditonton.
Boleh pilih channel ikut citarasa.

Mutiara Motors Service Center.
Kali pertama aku di sini.
Normal Maintenance Service yang pertama.
Mereka guna minyak sintetik M7.
Mereka juga guna spare parts original.
Jadi tak risau dengan kualiti.
Cuma harga belum boleh nak compare.
Kena tunggu bila kena major service nanti.


Mutiara Motors Service Center.
Tak terasa seperti berada di workshop kenderaan.
Suasananya aman dan lengang.
Kebersihannya sangat dijaga.
Perkhidmatan kaunternya pun tak cerewet.
Takda kerani yang sibuk suggest tukar itu dan ini.
Mereka buat yang wajib sahaja.
Itu yang aku paling berkenan sekali.



3 ulasan:

  1. mutiara toyota kt plentong ada nasi lemak free lagi kalo datang awal pagi.. ehhhee

    BalasPadam
  2. SC peugeot pun mcm dkt library.blh update blog,fb segala mcm jgk.so doc,u xnak try conti-car pulak?hehe.dun wori bout parts n price.u dah bela 2 beautiful jap girls yg hi class.takkan terasa punya.hehe.-cikgu am-

    BalasPadam
  3. hmmmm..will consider Mutiara Motor ..:P

    BalasPadam