Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 September 2012

Aku dan Nanyang Fish Farm Air Bemban


Kalau jiwaku kacau,
aku suka datang ke sini.
Kalau kepalaku berserabut,
aku suka datang ke sini.
Kalau mentalku blocked,
dan takda idea nak update blog,
aku suka datang ke sini.
Tengok ikan2 berenang memang menyenangkan.


Nanyang Fish Farm Air Bemban.
Kewujudannya sangat lama.
Dah lebih 10 tahun rasanya.
Aku selalu datang ke sini.
Boleh hilangkan ketensionan.
Boleh kurangkan stress.
Boleh cari idea2 baru.

Banyak jenis ikan ada dipamerkan di sini.
Yang kecik, yang besar,
yang berwarna-warni,
yang berjanggut,
yang berjendul di dahi,
yang eksotik pun banyak.
Pendek kata semuanya ada di sini.
Tapi ikan laut dalam takda ya.


Selain untuk dilihat,
kebanyakan ikan di sini juga boleh dibeli.
Yang murah, yang mahal,
yang biasa2, yang eksotik.
Cuma harganya yang berbeza2.
Yang setakat 1-2 ringgit ada,
yang beribu2 ringgit pun ada.


Peralatan dan kelengkapan untuk akuarium pun cukup di sini.
Berpuluh2 jenis akuarium,
berpuluh2 jenis pam/filter,
beratus2 jenis aksesori akuarium.
Harganya sangat berpatutan.

Nanyang Fish Farm Air Bemban.
Setiap kali pergi,
mesti ada yang dibelinya.
Sekarang aku bela Lobster pulak.
Seekor baru RM 2.00.
Kalau dah besar, bolehlah dimasak nanti.

3 ulasan:

  1. nanti kan..
    bila lobster tu bersalin kulit...
    eksaited tau!

    BalasPadam
  2. Assalamualikum doct,

    Masih wujud lagi tempat ni??
    dulu masa kecik2 setiap kali dtg ke rumah onyang saya
    atas bukit belakang balai polis air bemban,
    tak pernah terlepas peluang utk ke sini.
    tak sangka masih buka lagi tempat ni..
    kenangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih.
      Walaupun signboard makin usang,
      ikan2 dlm tu masih sihat2.
      Orang datang pun tak putus2...

      Padam