Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 September 2012

Aku dan Raya Open Houses


Hanya di Malaysia.
Hari Raya Aidil Fitri sebulan lamanya.
Open House.
Rumah Terbuka.
Menjadi trend masa kini.

Kalau zaman dulu.
Nak ziarah rumah saudara atau sahabat handai.
Main redah sahaja.
Kuih-muih raya sedia terhidang di atas meja.
Juga oren bodoh.
Tak perlu makanan yang berat2.
Yang penting dapat sembang sampai tak ingat dunia.
Maklumlah jumpa setahun sekali.

Zaman sekarang.
Nak datang ziarah.
Kena buat appointment dulu.
Kena call atau SMS dulu.
Kalau tidak dapat tengok pintu pagar sahaja.
Tuan rumah pun sibuk pergi beraya.
Juga nak bagi tuan rumah membuat persediaan.
Sediakan juadah apa2 yang patut.
Setakat kuih raya dalam balang orang dah tak heran.

Dulu budaya Open House hanya di tempat2 kerja.
Kalau hospital ada 10 wad,
memang sampai habis Syawal pun,
tak habis lagi Open House.
Sebab bukan setakat wad sahaja,
Farmasi, Dewan Bedah, Makmal, Pejabat, Dapur,
malah Bilik Mayat pun nak buat Open House.

Cuba tengok ahli2 politik juga orang2 kerajaan.
Open House masing2 sangat2 mewah.
Khemah tak cukup sepuluh.
Ada reben2 dan berwarna-warni.
Makanan jangan ceritalah.
Masing2 nak tunjuk kepopularitian masing2.
Kalau boleh rakyat satu Malaysia nak suruh datang.

Kini budaya Open House dah menular ke rumah2 persendirian.
Setiap hujung minggu memang padat jadualnya.
Minggu lepas sebagai contoh.
Ada lebih 5 undangan Open House serentak.
Naik berserabut kepala nak arrange jadual.
Semua tempat nak kena pergi/hadir.
Memenuhi undangan itu satu tuntutan agama.

Budaya Open House.
Budaya makan dan menambah berat badan.
Satu rumah ada 2-3 hidangan berat sekurang2nya.
Ada yang siap bubuh label lagi.
Air minuman pun sama.
5-6 balang yang pelbagai warna dan rasa.
Pesakit2 kronik sah tak boleh makan punya.

Open House ada kebaikan dan keburukannya.
Yang baik tentunya mengeratkan silaturahim.
Juga peluang melihat dekorasi hiasan rumah kawan2.
Balik rumah boleh dapat idea baru.
Balik rumah boleh tiru mana2 yang patut.

Keburukannya?
Pembaziran makanan jika tidak habis.
Maklumlah 5 rumah dalam satu hari.
Mana larat perut nak jamah kesemuanya.
Juga bila dah ramai sangat yang datang pada satu2 masa.
Nak berbual2 dengan tuan rumah pun susah.
Pendek kata,
datang bersalam dengan tuan rumah.
Rasa makanan lebih kurang.
Lepas tu ucap terima kasih kat tuan rumah.
Langsung pindah ke rumah yang lain pulak.
Lagi keburukannya.
Berat badan naik mendadak.
Kalau bulan puasa turun 2 kg.
Bulan raya naik 4 kg.
Itu belum kira paras gula dan kolesterol yang turut naik.

Hari Isnin sepanjang bulan Syawal.
Pesakit meningkat agak mendadak.
Ramai yang kepenatan buat Open House.
Ramai yang mengadu cirit-birit dan sakit perut.
Ramai yang naik paras gulanya.
Ramai yang naik paras kolesterolnya.
Ramai yang naik tekanan darahnya.
Juga ramai yang nak beli ubat diet.

Dah lebih 3 tahun aku tak buat Open House.
Kalau buat pun untuk saudara-mara sahaja.
Juga kawan2 terdekat.
Yang confirmed pasti datang punya.
Tak berani aku nak edar kat jemputan.
Dan berharap semua yang dijemput akan hadir.
Aku takut makanan tak habis.
Aku juga takut makanan tak cukup.
Jadi biarlah kawan2 nak kata apa.
Biarlah kawan2 kata aku sombong dan kedekut.
Tapi aku tak nak ikut trend.
Buat majlis besar-besaran.
Order makanan macam2.
Tapi akhirnya menjadi satu pembaziran.


3 ulasan:

  1. Semoga dapat bertemu dgn doktor bila saya start buat HO nanti.insyaallah.

    BalasPadam
  2. yup..
    dah 3x Isnin berlambak yang datang cirit birit, gastrik, penat buat open house..

    saya takkan buat open house.
    nak datang .. datang je.. makan je apa yang ada..
    yang penting.. the 'ziarah'

    BalasPadam