Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 September 2012

Aku dan Reunion Geng SRP 1986


Tahun 1986.
Aku di Tingkatan 3C Sek Men Sultan Alauddin.
Sekolah anak2 peneroka di rancangan Felda.
Kelasku kelas aliran Perusahaan/Sains Rumah Tangga.
Kelas budak2 sederhana.
Yang pandai2 masuk kelas Perdagangan (kononnya!).
Yang kurang pandai masuk kelas Pertanian (kononnya!).
Itu ikut teorinya.

Sebenarnya aku lebih minat kelas Pertanian.
Tetapi sebab nak nampak macho,
aku ikut masuk kelas Perusahaan.
Tapi sampai sekarang aku tak pandai bertukang.
Exam pun cukup2 makan sahaja.
Kalau diberi pilihan,
aku nak masuk kelas Sains Rumah Tangga.
Tapi sure cikgu tak beri punya.
Kecuali aku tukar jantinalah.
Juga pasti aku kena ejek sepanjang tahun.

Tahun 1986.
Antara tahun paling happening dalam sejarah hidup aku.
Masa tu kawan adalah segala2nya.
Masing2 tiru identiti sesama sendiri.
Rambut dibela sepanjang yang mungkin.
Selagi tak kena tangkap dengan guru disiplin,
selagi itu tak nak potong rambut.
Mesti ada saputangan key warna merah kat kocek.
Sikat pun wajib ada seorang satu kat kocek.
Seluar sekolah disingkatkan dan seketat yang mungkin.
Yang perempuan pun sama.
Baju putih dinila sampai jadi biru.
Kain pun dipakai singkat atas buku lali.
Itu trend zaman tersebut.

Tahun 1986.
Cikgu paling garang ialah Cikgu Adam namanya.
Mengajar Perdagangan di kelas sebelah.
Tapi setiap kali mengajar kat kelas sebelah,
aku sekelas mesti buat bising.
Sebabnya?
Cikgu Bahasa Inggeris aku kaki ponteng.
Jarang masuk ke kelas.
Cikgu Adam ada batang kayu sebagai rotan.
Hobinya melibas sesiapa sahaja yang dirasakan berbuat salah.
Kalau satu kelas buat bising,
satu kelas kena pukul dengan kayu.
Terutama yang berdiri masa dia datang spot check.
Tapi kami tak pernah serik.
Rasa lagi macho bila kena pukul.

Habis SRP 1986.
Ramai yang berpindah sekolah.
Ramai yang masuk sekolah teknik/vokasional.
Ramai yang pindah ke kelas aliran sains di atas bukit.
Dan aku pula masuk sekolah asrama.
Jadi persahabatan aku putus disitu.

Cuti Hari Malaysia.
Kami buat perjumpaan semula.
6 lelaki dan 10 perempuan.
Aku dulu seorang yang pendiam.
Aku memang jarang bercakap dengan mereka.
Ianya terikut2 sampailah sekarang.
Jadi ramai perempuan aku tak kenal.
Lagipun dah 25 tahun tak jumpa.
Muka masing2 dah berubah.

Perjumpaan semula.
Mengembalikan kenangan pahit manis masa sekolah.
Zaman jadi budak2 nakal.
Zaman suka melawan guru2.
Zaman menjadikan guru sebagai lawan.
Zaman kawan adalah sahabat sejati.
Zaman sanggup mati kerana kawan.

Syukur Alhamdulilah.
Ramai kawan2 yang dah berjaya dalam hidup.
Yang anak sulung dah 21 tahun pun ada.
Yang anak masih kecil2 pun ada.
Ada kawan2 yang berkahwin sesama kawan sekelas.
Yang berkahwin dengan guru sama sekolah pun ada.
Masing2 ada catatan kehidupan masing2.

2 jam berjumpa,
rasa tak cukup nak flashback cerita 25 tahun.
Tapi nasib baik ada Facebook.
Boleh sambung bersembang di sana.



2 ulasan:

  1. Hi hi.. saya sezaman dgn zouldahan.. melalui 2 tahun terakhir SRP.. kemudian PMR.. Kelas SPerusahaan/SRT.. kelas budak2 kurang pandai.. org Perdagangan pandang lekeh time kami bawak ikan /ayam utk kelas masak ke bilik SRT... hi hi

    BalasPadam
  2. mak ai..garang gila cikgu Adam tu..hahaha

    BalasPadam