Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 September 2012

Aku dan Ujian Aptitud UPSR 2012

Aptitude test Introduced in 2009, this test is used to evaluate students' aptitude and are written in the pupil's own language. The one and a half hour test comprises 61 multiple choice questions, divided into three sections based on three core areas namely thinking skills, problem solving and decision making. Students are graded according to band scores, ranging from Band 1 (Extremely Limited User) to Band 6.

source: Wikipedia


Kecoh.
Huru hara.
Baru semalam cerita pasal program baru.
Tapi hari ini dah lain pulak tragedinya.
Kepada ibubapa yang ada anak ambil UPSR,
pasti wujud sedikit kerisauan.
Marah pun ada.
Masa depan anak mungkin tergadai.
Dek kesilapan manusia yang makan gaji buta.

UPSR 2012 berakhir petang tadi.
Selepas 5 subjek teras,
ada ujian tambahan.
Ujian Aptitud namanya.
Dibuat untuk kenalpasti kebolehan anak2.
Nak lihat sejauh mana pemikiran mereka.
Nak lihat adakah 5A yang mereka akan score,
setimpal dengan cara pemikiran mereka.
Dan yang lebih penting,
layakkah anak2 itu masuk sekolah berasrama penuh,
masuk sekolah sukan dan sebagainya.

Sewaktu peperiksaan sedang berlangsung,
baru diketahui ada kesilapan pada kertas jawapan.
Ada 20 soalan punya 5 pilihan jawapan.
Tetapi kertas jawapan hanya ada 4 pilihan jawapan.
Kelam-kabut guru2 yang menjaga peperiksaan bila ditanya.
Telefon sana, telefon sini,
SMS sana, SMS sini.
Akhirnya KPM buat kenyataan akhbar.
Kalau ada jawapan E sila tulis dalam kertas jawapan.
Kertas jawapan akan disemak secara manual.
Ditambah lagi untuk menyedapkan hati,
keputusan ujian TIDAK AKAN menjejaskan keputusan peperiksaan.
Keputusan ujian TIDAK DICETAK pada slip keputusan.
Bullshit kataku!
Kenapa tidak dibatalkan sahaja?

Disekolah anakku lain pula ceritanya.
Ketua Pengawas peperiksaan memaklumkan,
sila abaikan jawapan E.
Pilih antara 4 jawapan sahaja.
Ada sekolah lain dalam FB memberitahu,
jika jawapannya E,
tak perlu tanda apa2 dalam kertas jawapan.
Bagaimana dengan sekolah dipedalaman?
Yang talian telefonnya bukan dalam wilayah Celcom?
Bagaimana kalau arahan diterima lewat?
Sempatkah anak2 nak perbetulkan jawapan mereka?

Maka aku jadi keliru.
Apa sudah jadi?
Apa nasib anak aku nanti?


Aku tak mahu KPM lepas tangan.
Perlu ada pegawai yang patut dipersalahkan.
Perlu ada pegawai yang kena potong gaji.
Perlu ada pegawai yang kena turun pangkat.
Ini soal masa depan anak2.
Ini soal masa depan negara.
Lagipun, aku juga membayar cukai.
Aku juga yang membayar gaji mereka.
Bonus 2 bulan yang dipinta pun aku yang bayar.

Aku tak mahu KPM ambil mudah perkara ini.
Padaku Ujian Aptitud itu lebih penting daripada Ujian UPSR.
Tiada guna anak2 dapat 5A,
jika jawapan mereka sekadar muntah yang telah dihafal.
Jika karangan mereka skema jawapan yang dihafal.
Jika kiraan Matematik mereka juga skema jawapan yang dihafal.
Anak2 perlu diberi peluang berfikir di luar kotak.

Ini bukan soal politik.
Ini juga bukan soal emosi.
Ini masa depan anak2 bangsa kita.
Aku cadangkan Ujian Aptitud dibuat semula.

* Entri ditulis jam 2 pagi kerana mata tak mengantuk.


 

3 ulasan:

  1. betul tu. perlu ada yang harus bertanggungjawab atas segala yg terjadi. tak boleh lepas tangan begitu saja.

    BalasPadam
  2. kena buat ujian aptitud org yg buat paper tulis jawapan tu ;p

    BalasPadam
  3. Jangan biarkan ia berulang..mulakan sekarang tuan/puan

    http://www.facebook.com/UjianAptitudUPSR

    BalasPadam