Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Aku di Bukit Gambang Resort City

Selepas menyinggah ke sana sini, pukul 12.30 tengahari hari Sabtu. Akhirnya aku tiba di destinasi utamaku. Bukit Gambang Resort City. Cadangnya nak terus masuk ke Water Park, tetapi cuaca panas sangat. Lagipun ramai sangat orang di sana aku lihat. Jadi esok sajalah aku main air di sana.
Lalu aku ke Carribbean Bay Resort yang terletak disebelahnya. Aku memang dah booking bilik. Dah confirmed pun melalui Booking.com. Nasib aku sangat baik. Mereka beri aku check in awal walaupun belum pukul 3.
Aku ambil Family Suite. Boleh muat 2 famili kalau nak. Ada 2 bilik tidur, 2 bilik air, ada ruang tamu, ada balkoni dan ada pantri. Terkejut bila aku buka pintu bilik. Bilikku masih bersepah dan belum dikemaskan. Setengah jam tunggu staf hotel tolong bersihkan. Kesudahannya wife juga yang kena mop lantai.
Hotel ini memang nampak baru. Luarannya sangat bersih dan cantik. Tapi keadaan biliknya menghampakan. Lantainya kotor, koridornya kotor. Aircondnya tak cukup sejuk. Air paipnya perlahan. Water hea…

Aku dan Muzium Sultan Abu Bakar

Pagi hari Sabtu. Aku memandu melalui Bandar DiRaja Pekan. Menuju ke Bukit Gambang. Aku terjumpa Muzium Sultan Abu Bakar. Lalu singgah untuk menyejukkan badan.
Bangunannya sangat baru. Rasanya baru awal tahun ini direnovasi. Lanskap luarannya pun sangat cantik. Rumputnya menghijau. Siap ada arca2 moden di sebelah kiri, dan model2 kapalterbang di sebelah kanan. Ramai orang datang menyinggah di sini. Pengantin2 baru pun suka bergambar di sini.
Nak masuk kena bayar RM5.00. Ada beg plastik untuk bungkus kasut/selipar. Tiada tempat letak kasut disediakan. Amaran: Tak boleh ambil gambar dalam muzium. Tapi bak kata DaddyZiyyad, Dah namanya blogger, sebelum makan ambik gambar dulu. Dah namanya blogger, ambik gambar itu wajib. walaupun dilarang sekalipun.

Suasana dalam muzium memang lain daripada yang lain. Ada koleksi barang2 lama kepunyaan Sultan Pahang. Semuanya dijaga rapi. Ada alat2 kelengkapan/senjata dahulu kala, ada alat2 muzik, ada dokumen2 lama, ada koleksi ceramik, ada kelengkapan b…

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan Udang Galah Rompin

Awal pagi Sabtu. Aku singgah bersarapan di Leban Chondong. Satu kawasan rehat di simpang menuju ke Bandar Muazam/Segamat. Warung/Restoran yang masuk dalam TV3 masih tak bukak jugak. Jadi aku ke warung disebelahnya. Ada Nasi Lemak. Ada Ayam Goreng. Ada Sambal Udang Galah. Dan pagi itu, aku menikmati sarapan paling mahalku setakat ini. Seekor udang galah= RM14.00. Tetapi harganya berbaloi dengan rasa masakannya. Nasi lemaknya sedap, sambal tumisnya sedap, teh tariknya pun sedap, udang galah sambalnya jangan cakaplah. Cuma semuanya agak manis ditekakku.

Melalui cerita kakak tauke warung tu, aku dapat mencari gerai yang menjual udang galah segar. 200 meter sahaja jaraknya daripada warung beliau. Gerai tersebut simple sahaja. Berbumbungkan atap rembia. Terdapat beberapa kolam mengandungi ikan2 hidup. Dan memandangkan ini musim cuti raya. Tiada udang galah segar buat masa ini. Cuma ada yang dah disejukbeku. Harganya pun boleh tahan. Seekor = RM10.00.

Aku bukan obses dengan udang galah. Dap…

Aku di Seri Malaysia Rompin

Petang hari Jumaat. Ketika orang lain sibuk dengan ibadah kurban, aku dah sampai di sempadan Pahang. Aku check-in di Hotel Seri Malaysia Rompin. Hotel kegemaranku dan pilihan nombor satuku. Tapi anak2 tak suka hotel sebegini. Takda Astro kat bilik. Takda WiFi dalam bilik. Dan aircondnya tak berapa nak sejuk. Tapi aku tak kisah itu semua. Yang penting ada katil dan bilik air.
Disebabkan cuti hari raya, hotelnya sangat lengang. Proses pendaftarannya mudah dan pantas. Aku dapat bilik dekat dengan lobi. Jadi ada free WiFi sampai ke dalam bilik. Dibelakangnya pula ada kolam renang cetek. Anak2 nak mandi kolam, aku boleh tengok dari dalam bilik sahaja.
Hotel Seri Malaysia Rompin. 30 km jauhnya daripada pekan Kuala Rompin. Tiada apa2 yang menarik di sekitar hotel. Petang itu aku drive sampai ke Kuala Rompin. Bersantai di Pantai Hiburan. Juga mencari gerai menjual udang galah. Aku dah jumpa tempatnya. Restoran Azizah di Leban Chondong. Yang semakin famous lepas masuk Majalah 3 beberapa bulan…

Aku dan Aidil Adha 2012

Cuti Hari Raya Aidil Adha kali ini.
Aku tak beraya di kampung.
Aku beraya di negeri orang.
Aku beraya di sekitar negeri Pahang Darul Makmur.
Mersing-Rompin-Pekan-Kuantan-Gambang.
Dan berpatah balik.
Gambang-Tanjung Lumpur-Pekan-Rompin-Mersing.
Satu perjalanan yang menyeronokkan.
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.


Sepanjang 3 hari 2 malam ini.
Cuaca sangat2 baik.
Panas terik seharian.
Langsung tak jumpa hujan seperti diramalkan.
Alhamdulilah.
Hari pertama di Rompin.
Jalan raya sangat lengang.
Kedai makan langsung takda yang buka.
Nasib baik ada bekalan ketupat, rendang dan sambal goreng.
Emak dan emak mertua dah bekalkan.


Hari kedua di Gambang.
Cuaca semakin panas.
Jalan dah semakin sibuk.
Hari ketiga pun sama.
Aku sangkut dalam kesesakan di bandar Mersing.
Jalan 3 lorong jadi satu lorong.
Atas jambatan menuju bulatan kecil di Mersing.
Memang itu tradisinya setiap tahun katanya.
Dan tiada siapa yang mengambil inisiatif untuk mengubahnya.

900 km jarak perjalanan.
Dapat mengeratk…

Aku dan Dr Richard Teo

Siapa Richard Teo?
Aku pun tak kenal.
Ada kawan post dalam Facebook.
Satu cerita yang sangat menarik.
Penuh dengan pengajaran.
Membuat aku berfikir sejenak.
Hidup ini bukan untuk wang ringgit sahaja.
Kebahagiaan bukan dinilai dengan wang ringgit.
Wang ringgit tidak memberi kebahagiaan.
Kebahagiaan bukan datang dengan menghargai diri sendiri semata.
Kebahagiaan perlu dibahagi2kan.
Aku perlu membahagiakan orang lain.
Bila orang disekeliling aku bahagia,
barulah aku rasa bahagia sekali.
Itulah kebahagiaan sejati.

Kepada Dr Richard Teo,
cerita anda banyak menyedarkanku.
R.I.P my friend!


Below is the transcript of the talk of Dr. Richard Teo, who is a 40-year-old millionaire and cosmetic surgeon with a stage-4 lung cancer but selflessly came to share with the D1 class his life experience on 19-Jan-2012. He has just passed away few days ago on 18 October 2012.

Hi good morning to all of you. My voice is a bit hoarse, so please bear with me. I thought I'll just introduce myself. My name i…

Aku dan Budaya Momokan

Dulu masa aku kecik2,
orang2 tua selalu momokkan aku.
" Jangan main panas di tengahari,
nanti keling bawak penyabit potong kepala ".
" Jangan main waktu senja,
nanti kena sorok dengan hantu. "
" Jangan makan nasi berpindah-randah,
nanti ramai bininya. "
Bila usia dah makin bertambah,
baru aku faham maksud tersirat disebaliknya.
Itulah budaya dan adat resam bangsa Melayu.

Dan sekarang.
Aku tak pernah momokkan budak2 sebegitu.
Pasti mereka ketawa besar sambil guling2 nanti.
" Jangan main iPad waktu senja,
nanti iPadnya kena sorok dengan jin tanah. "
" Jangan makan sambil bukak FB,
nanti ramai girlfriendnya."
" Jangan asyik menghadap Twitter dan FB sahaja,
nanti meletup handphonenya."

Tapi semakin dekat dengan pilihanraya,
kisah2 momokan semakin menjadi2.
Dunia dah banyak berubah.
Tapi orang2 politik masih berfikiran kolot lagi.
Rakyat Malaysia masih disamakan dengan budak2 tahun 70-an dan 80-an.
Rakyat Malaysia masih takut den…

Aku dan Wordless Wednesday

Mencari hobi baru. Manalah tahu boleh jadi seperti Zulfahmi Khairuddin.


Aku dan Kisah Doktor Hari Ini

Berita kurang menyenangkan pagi ini.
Seorang doktor GP di Taman Bukit Indah.
Masih bujang.
Berusia 40 tahun.
Ditangkap polis.
Mencabul budak lelaki berusia 12 tahun.
Susah nak percaya.
Mungkin fitnah.
Mungkin ada kebenarannya.
Mungkin gimik suratkhabar sahaja.
Tunggu dan lihat.
Macam kisah Michael Jackson.
Macam kisah Anwar Ibrahim.
Susah betul nak percaya 100%.


Doktor Cabul Budak JOHOR BAHRU - Seorang doktor ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam, bagi membantu siasatan berhubung laporan kes cabul kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan, kelmarin, daripada seorang bapa yang mendakwa anaknya dicabul oleh doktor terbabit dalam kejadian 20 Oktober lalu. “Polis ada menerima laporan ini kelmarin apabila seorang bapa mendakwa anaknya dicabul oleh seorang doktor lelaki yang memberi umpan sebuah telefon bimbit. “Polis sedang melakukan siasatan susulan berhubung…

Aku dan Wordless Friday

Belajar perkataan baru hari ini.
Buyjet.
Boleh masuk dalam kamus dewan ni.


Aku dan PERMATApintar 2012

Ini kisah dua tahun yang lalu.
Anak bungsuku terpilih masuk program ini.
3 minggu aku berulang-alik ke UKM.
Jalan2 sekitar Bangi/Putrajaya dah jadi rutinku setiap minggu.
Masa tu umurnya baru 9 tahun.
Hari2 asyik dengar cerita sedih dia sahaja.
Maklumlah pertama kali duduk asrama.

Tahun lepas anakku tak terpilih.
Mungkin berkat doaku jugak.
Pening kepala memikirkan kesulitan tahun sebelumnya.

Tapi tahun ini aku suruh dia usaha lebih sedikit.
Aku rindukan suasana di Bangi/Kajang dan Putrajaya.
Wife pula nak duduk di kedai Fareeda seharian.
Dan petang semalam.
Aku dapat surat tawaran daripada UKM.
Rutin lama akan berulang kembali.
Tapi kali ini dah sangat berbeza.
Dia dah janji tak nak menangis lagi.
Dia dah janji tak nak asyik telefon setiap hari.
Dia kata dia dah makin berani.
Lagipun kali ini dia dapat subjek pilihan dia.
Sains Reka Cipta.
Bukannya Penaakulan Matematik seperti sebelumnya.

Setahun penat bekerja.
Hilang sekelip mata mendapat berita ini.
Syukur Alhamdulilah.


Aku dan Pesakit Hari Ini

Awal pagi ini.
Aku disapa seorang lelaki didepan klinik.
Perangainya agak pelik.
Mukanya nampak resah.
Bila tiba gilirannya,
dua wanita dewasa turut menemaninya masuk.

Umurnya awal 40-an.
Bekerja sendiri memandu van kilang.
Ini baru kali kedua dia datang ke klinik.
Tapi isteri dan anak2nya sering berjumpa denganku.
Kali pertama dia datang awal bulan lepas.
Sakit biasa2 sahaja.
Tapi kali ini sakitnya agak luarbiasa.
Dua minggu ini dia sentiasa rasa resah dan gelisah.
Badannya sakit2, nafasnya sempit dan pedih ulu hati.
Macam2 klinik dia dah pergi.
Klinik kerajaan juga unit kecemasan pun dia dah pergi.
Ada yang kata sakit urat/masuk angin.
Ada yang kata sakit gastrik.
Ada yang kata sakit thyroid.
Bomoh2 juga ustaz2 jangan ceritalah.
Hampir setiap hari dia pergi 'berubat'.
Dan dah seminggu nin dia tak boleh tidur.
Dua wanita yang menemaninya adalah adik-beradiknya.
Mereka minta tolong check darah satu badan.
Nak tahu sakit apa sebenarnya.
Pemeriksaan fizikalnya normal.
Tekanan da…

Aku dan Wordless Wednesday

Minggu ini jadi akauntan tak bertauliah. Baca laporan Ketua Audit Negara 2011. Selanjutnya di sini .

Aku dan Fearless Felix

Red Bull Stratos was a project involving AustrianskydiverFelix Baumgartner. On 14 October 2012, Baumgartner flew approximately 39 kilometres (24 miles) into the stratosphere over New Mexico, United States in a helium balloon before free falling in a pressure suit and then parachuting to Earth.The total jump, from leaving the capsule to landing on the ground, lasted approximately ten minutes.
Felix Baumgartner ( born 20 April 1969) is an Austrianskydiver, daredevil and BASE jumper. He set the world record for skydiving an estimated 39 kilometres (128,000 ft), reaching an estimated speed of 1,342 kilometres per hour (834 mph), or Mach 1.24, on 14 October 2012. He is also renowned for the particularly dangerous nature of the stunts he has performed during his career. 

source



Tiada apa yang mustahil dalam dunia.
Selagi ada kemahuan,
selagi itu ada jalan untuk mencapainya.
Manusia bernama Felix ini memang gila.
Seumur hidupnya asyik nak terjun sahaja.
Takda kerja lain.
Dan stunt terbarunya i…

Bila Aku Boleh Pakai Ferrari?

Ada satu artikel di The Star Sabtu lepas.
Membandingkan harga2 kereta di negara2 ASEAN.
Juga membandingkan kos pemilikan kereta di negara2 ASEAN.
Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur.
Walaupun harga kereta antara yang termahal,
kos pemilikan kereta adalah yang terendah.
Betul ke?

Mudahnya memiliki kereta di Malaysia.
Dengan gaji minimum pun boleh beli kereta.
Kadar bunga pinjaman bank adalah yang terendah.
2.5-3.6% bergantung pada jenis kereta.
Pinjaman pun boleh dapat sampai 9 tahun.
Kereta dah peroi, hutang belum habis bayar lagi.
Di Vietnam khabarnya.
Kadar bunganya mencecah 16%.
Dan pinjaman tak boleh lebih 5 tahun.
Bermakna tak semua orang mampu beli kereta.
Bermakna kena naik basikal atau motosikal sahaja.


Berita baik lagi. Cukai jalan dan insurans kenderaan. Di Malaysia adalah antara yang termurah. Ditambah lagi dengan harga minyak yang bersubsidi. Jadi masing2 berkemampuan untuk membeli dan memandu kereta. Tak payah susah2 nak tunggu bas. Tak payah pening kepala nak bargain d…

Aku di Majlis Konvokesyen UTM ke-49

Pukul 5.30 pagi dah kena bangun.
Pukul 6.30 pagi dah kena sampai di UTM.
Ada majlis penting pagi ini.
Walaupun antara yang terawal, orang dah mula ramai.
Prosedur pendaftaran pun sangat efektif.
Maklumlah ini kali ke 49 majlis yang sama diadakan.

Sana-sini kelihatan wajah2 ceria.
Sana- sini penuh dengan kegembiraan.
Penat lelah belajar bertahun2 berakhir hari ini.
Wife aku dapat sessi pertama majlis kali ini.
Bersama2 1600 graduan yang lain.
Mudah2an dapatlah bersalam dengan Canselor.

Pukul 7.30 pagi.
Graduan dah kena beratur ikut nombor giliran.
Suasana semakin hiruk-pikuk.
Ramai yang lama tak jumpa kawan.
Ramai sibuk bertanya khabar masing2.
Berkali2 buat pengumuman suruh beratur.
Graduan masih sibuk dengan hal masing2.


Pukul 8.00 pagi.
Graduan mula memasuki dewan.
Pemegang2 tiket pun mula masuk ke dewan.
Aku dan anak2 duduk bawah khemah aje.
Tak larat nak duduk lama2 kat dalam dewan.
Tengok depan layar cukuplah.
Sempatlah aku pergi bersarapan, pergi tangkap gambar,
baca suratkhab…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki lewat 50-an.
Isterinya telah meninggal dunia lebih 5 tahun.
Anak ada 5 orang.
Tetapi hidup bersendirian.
Bekerja sebagai Office Boy di sebuah kilang.
Sering hadir ke klinik menghantar pekerja2 yang sakit.

Sejak beberapa bulan yang lalu,
beliau semakin sering datang ke klinik.
Walaupun selalunya hanya menghantar pekerja yang sakit,
Kali ini dia pun nak jumpa aku jugak.
Dia mula mengadu macam2 hal kat aku.
Hampir semua orang dikilangnya tak betul.
General Manager tak betul.
Supervisor tak betul.
Kerani kat ofis tak betul.
Pekerja2 kilang semua tak betul.
Dia minta ubat tidur.
Tak boleh tidur malam katanya.

Dua minggu ini keadaannya lagi teruk.
Dia semakin suka berlegar di klinik aku.
Perangainya semakin pelik.
Cakap2nya semakin tak boleh dipakai.
Dia mula rasa paranoid.
Ada konspirasi jahat nak menjatuhkannya.
Gajinya asyik kena potong aje katanya.
Kerani dan GM bersekongkol nak menjatuhkannya.
Semua orang dah benci kat dia katanya.

Aku memang dah lama kenal dengannya.
Se…