Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Oktober 2012

Aku dan Budaya Momokan


Dulu masa aku kecik2,
orang2 tua selalu momokkan aku.
" Jangan main panas di tengahari,
nanti keling bawak penyabit potong kepala ".
" Jangan main waktu senja,
nanti kena sorok dengan hantu. "
" Jangan makan nasi berpindah-randah,
nanti ramai bininya. "
Bila usia dah makin bertambah,
baru aku faham maksud tersirat disebaliknya.
Itulah budaya dan adat resam bangsa Melayu.

Dan sekarang.
Aku tak pernah momokkan budak2 sebegitu.
Pasti mereka ketawa besar sambil guling2 nanti.
" Jangan main iPad waktu senja,
nanti iPadnya kena sorok dengan jin tanah. "
" Jangan makan sambil bukak FB,
nanti ramai girlfriendnya."
" Jangan asyik menghadap Twitter dan FB sahaja,
nanti meletup handphonenya."

Tapi semakin dekat dengan pilihanraya,
kisah2 momokan semakin menjadi2.
Dunia dah banyak berubah.
Tapi orang2 politik masih berfikiran kolot lagi.
Rakyat Malaysia masih disamakan dengan budak2 tahun 70-an dan 80-an.
Rakyat Malaysia masih takut dengan Keling penyabit potong kepala.
" Jangan pilih PAS, nanti semua orang kena potong tangan."
" Jangan pilih PAKATAN, nanti bangsa Melayu digadaikan."
" Jangan pilih DAP, nanti negara dikristiankan."
" Jangan pilih Anwar, nanti LGBT dihalalkan."
" Undilah BN, hanya BN yang layak dan tahu memerintah."
Momokan itu dah tak boleh digunapakai lagi.
Momokan Keling penyabit potong kepala dah tak relevan lagi.
Tapi cerita2 inilah yang dijaja hari2.
TV3 juga Utusan Malaysia terutamanya.

Dari dulu lagi aku memang tak suka Chua Soi Lek.
Sebelum kes skandal seks lagi.
Aku lebih percaya kat LGE banding dirinya.
Padaku dia terlebih sombong.
Cakap2nya pun terlalu bongkak.
Anaknya pun lebih kurang juga.
Dan ucapannya semasa di perhimpunan MCA kelmarin mengesahkannya.
Siapa dia untuk bercerita tentang hukum hudud?
Siapa dia untuk mempersoalkan tentang hukum hudud?
Siapa dia untuk mengutuk dan memperlekeh Tuan Guru Nik Aziz?
Hal2 agama Islam tak patutlah beliau masuk campur.
Diri sendiri pun tak terurus,
sibukkan hal agama lain buat apa?
Jaga parti sendiri cukuplah.
Itupun kalau masih wujud selepas PRU nanti.
Mulai 1 November 2012,
aku akan berhenti melanggan dan membaca suratkhabar The Star.
Aku boikot produk2 keluaran MCA.
Itu janji aku.
Tapi suratkhabar apa yang boleh dibaca?
Harian Metrosek?
Berita Hairan?
Semuanya lebih kurang sahaja.

Nota kaki:
Aku masih makan di satu tempat.
Aku tak suka makan berpindah-randah.
Aku takut berbini ramai.



3 ulasan:

  1. kalau kat fb saya nak "like' entry ni...TQ

    BalasPadam
  2. Anwar main sex(katanya) habis dikecam...
    Tapi Soi Lek langgan pelacur, selamba aja diangkat jadi rakan sekutu..

    Bye bye lah BN..

    BalasPadam
  3. PRU13 nk smpi dn wak cuma nk doakan muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

    BalasPadam