Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Oktober 2012

Aku dan Muzium Sultan Abu Bakar

Pagi hari Sabtu.
Aku memandu melalui Bandar DiRaja Pekan.
Menuju ke Bukit Gambang.
Aku terjumpa Muzium Sultan Abu Bakar.
Lalu singgah untuk menyejukkan badan.

Bangunannya sangat baru.
Rasanya baru awal tahun ini direnovasi.
Lanskap luarannya pun sangat cantik.
Rumputnya menghijau.
Siap ada arca2 moden di sebelah kiri,
dan model2 kapalterbang di sebelah kanan.
Ramai orang datang menyinggah di sini.
Pengantin2 baru pun suka bergambar di sini.

Nak masuk kena bayar RM5.00.
Ada beg plastik untuk bungkus kasut/selipar.
Tiada tempat letak kasut disediakan.
Amaran: Tak boleh ambil gambar dalam muzium.
Tapi bak kata DaddyZiyyad,
Dah namanya blogger,
sebelum makan ambik gambar dulu.
Dah namanya blogger,
ambik gambar itu wajib.
walaupun dilarang sekalipun.


Suasana dalam muzium memang lain daripada yang lain.
Ada koleksi barang2 lama kepunyaan Sultan Pahang.
Semuanya dijaga rapi.
Ada alat2 kelengkapan/senjata dahulu kala,
ada alat2 muzik,
ada dokumen2 lama,
ada koleksi ceramik,
ada kelengkapan bermain polo,
ada kelengkapan perhiasan wanita.

Disebelah kiri muzium,
ada pameran masyarakat orang asli Pahang.
Model/arca manusia daripada kulit kayu cukup berseni.
Begitu juga dengan gambar2 lama.
Tak boleh jumpa ditempat lain.

Disebelah kanan muzium,
ada pameran fesyen moden oleh Bernard Chandran.
Apa signifikannya aku kurang pasti.
Dan sebagai bukan peminat fesyen,
aku tak ambik kisah semuanya.


Selanjutnya.


3 ulasan:

  1. hihihi..muzium sultan abu bakar kat JB boleh bawak kamera kalau tak silap saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muzium yang itu saya belum sampai.
      Akan datang...

      Padam
  2. Saya pernah sampai ke muzium ni time puasa haritu..tapi still under construction, tak boleh masuk. hanya bergambar depan muzium aje...

    BalasPadam