Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Oktober 2012

Aku dan Aidil Adha 2012


Cuti Hari Raya Aidil Adha kali ini.
Aku tak beraya di kampung.
Aku beraya di negeri orang.
Aku beraya di sekitar negeri Pahang Darul Makmur.
Mersing-Rompin-Pekan-Kuantan-Gambang.
Dan berpatah balik.
Gambang-Tanjung Lumpur-Pekan-Rompin-Mersing.
Satu perjalanan yang menyeronokkan.
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.


Sepanjang 3 hari 2 malam ini.
Cuaca sangat2 baik.
Panas terik seharian.
Langsung tak jumpa hujan seperti diramalkan.
Alhamdulilah.
Hari pertama di Rompin.
Jalan raya sangat lengang.
Kedai makan langsung takda yang buka.
Nasib baik ada bekalan ketupat, rendang dan sambal goreng.
Emak dan emak mertua dah bekalkan.


Hari kedua di Gambang.
Cuaca semakin panas.
Jalan dah semakin sibuk.
Hari ketiga pun sama.
Aku sangkut dalam kesesakan di bandar Mersing.
Jalan 3 lorong jadi satu lorong.
Atas jambatan menuju bulatan kecil di Mersing.
Memang itu tradisinya setiap tahun katanya.
Dan tiada siapa yang mengambil inisiatif untuk mengubahnya.

900 km jarak perjalanan.
Dapat mengeratkan lagi tali kekeluargaan.
Masing2 mengenal hati budi masing2.
Ada yang asyik kelaparan sahaja.
Ada yang asyik cari WiFi sahaja.
Ada yang hanya berminat dengan shopping complex sahaja.
Sebagai ketua,
aku kena tentukan arah tujuan.
Semuanya kena seimbang.
Mesti ada makan2.
Mesti ada jalan2 dalam bandar.
Mesti ada rehat di tempat2 yang ada WiFi.
Barulah aku boleh aman sikit.
Dapatlah ambil gambar.
Dapatlah masuk dalam muzium.
Dapatlah singgah di Pantai Hiburan.
Dapatlah mencari udang galah.
Dapatlah mencari sotong goreng tepung di Tg Lumpur.

Selanjutnya.


5 ulasan:

  1. ramai juga yg jalan jalan masa cuti panjang raya haji ni kan bro...dah lama betul saya tak ke Mersing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mersing masih macam tu jugak.
      Tak banyak berubah.

      Saya jalan2 dalam negara sahaja.
      Masih tak mampu nak bawa sekeluarga ke oversea.
      Setakat diri sendiri boleh ler...

      Padam
  2. tak sangka boleh sama sama ada kat Rompin sekali ye, cuma tak ada kesempatan bersua muka, moga ada peluang dilain kali..

    anyway, saya pun spend 1 malam je kat Rompin.. rasanya bukan musim udang galah kot skarang, ke sebab raya?.. kedai mak ngah yg famous tu tak meniaga saya tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah untungnya ada Instagram.
      Cuma jadual saya agak padat.
      Kena ikut juga jadual isteri dan anak2.
      Jadi tak dapat nak cilok last minute.
      InsyaAllah,
      lain kali boleh jumpa.
      Malaysia ni kecik aje sebenarnya.

      Padam
  3. yang minat shopping kompleks tu saya tau siapa!!!!!!
    hehehhehe

    BalasPadam