Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Oktober 2012

Aku dan PERMATApintar 2012

Ini kisah dua tahun yang lalu.
Anak bungsuku terpilih masuk program ini.
3 minggu aku berulang-alik ke UKM.
Jalan2 sekitar Bangi/Putrajaya dah jadi rutinku setiap minggu.
Masa tu umurnya baru 9 tahun.
Hari2 asyik dengar cerita sedih dia sahaja.
Maklumlah pertama kali duduk asrama.

Tahun lepas anakku tak terpilih.
Mungkin berkat doaku jugak.
Pening kepala memikirkan kesulitan tahun sebelumnya.

Tapi tahun ini aku suruh dia usaha lebih sedikit.
Aku rindukan suasana di Bangi/Kajang dan Putrajaya.
Wife pula nak duduk di kedai Fareeda seharian.
Dan petang semalam.
Aku dapat surat tawaran daripada UKM.
Rutin lama akan berulang kembali.
Tapi kali ini dah sangat berbeza.
Dia dah janji tak nak menangis lagi.
Dia dah janji tak nak asyik telefon setiap hari.
Dia kata dia dah makin berani.
Lagipun kali ini dia dapat subjek pilihan dia.
Sains Reka Cipta.
Bukannya Penaakulan Matematik seperti sebelumnya.

Setahun penat bekerja.
Hilang sekelip mata mendapat berita ini.
Syukur Alhamdulilah.


8 ulasan:

  1. Tahniah Doc, aku ni junior kat 8th collages UM 92/93 asasi sains. Mungkin kenal kot, kalau jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku dulu tak glamour sangat.
      Tak ramai orang kenal.

      Tapi aku ingat lagi.
      Duduk bilik F416.
      Roomate dengan budak Sabah.

      Satu floor dengan Wak Samsol Jawa.
      Idris Hamidi.
      Salehudin.
      Wak Zul Cijangkang.
      Yusai.
      Yang lain2 dah lupa.

      Cuba ingatkan aku sikit...?

      Padam
    2. Floor ko aku kadang2 masuk doc,wak yg main gitar tu ker. Aku satu floor ngan Lan (yg selalu karoke dlam bilik tu), is (body builder tu- iskandar), floor plg dekat ngan paking motor tu.

      Padam
    3. Sama floor aku lagi, nazim, zainol nazar,is. Budak sabah tu sapa nama doc?

      Padam
    4. Sorri Lan.
      Aku tak ingat kau.
      Roomate aku namanya Augustine.
      Budak Sains.

      Padam
  2. doktor macam mana nak masuk permatapintar ni ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Program ini untuk pelajar sekolah rendah Drj 3-6.
      Juga sekolah menengah hingga Tingkatan 3.

      Ada 2 peringkat saringan.
      Saringan pertama nama ukm-1.
      Kena jawab soalan melalui internet.
      Tapi boleh jawab kat rumah.
      Soalan2 test IQ.
      Nak tengok kamus pun boleh.
      Nak suruh bapak isikan pun boleh.
      Tempohnya antara bulan 4 hingga bulan 6 kalau tak silap.

      Kalau terpilih ada saringan peringkat ke 2.
      ukm-2 namanya.
      Jawab soalan melalui internet jugak.
      Tapi dibuat di sekolah2 terpilih.
      Biasanya sekitar bulan 7 atau 8.

      Kalau lulus dua2 saringan,
      barulah layak menyertai kem ini.
      Diadakan semasa cuti sekolah hujung tahun.
      Lokasinya di UKM.
      Khabarnya dah ada bangunan sendiri.

      Dalam 3 orang anak saya,
      hanya sorang berjaya sampai ke UKM.
      Ini dah kali ke2 dia dapat.
      Abang dan kakaknya cuma sampai saringan 1 sahaja.

      Rezeki dia agaknya.


      Padam
  3. Anak sedara aku baru register semalam tapi di SM Sains Banting.. Kena duduk 2 minggu.

    BalasPadam