Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Oktober 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia 36 tahun.
Kali pertama hadir ke klinik 4 bulan yang lalu.
Sakit kepala.
Tekanan darahnya 160/100 mmHg.
Dalam tempoh 2 minggu ini dia mengadu sesak nafas.
Pergi ke klinik panel.
Tekanan darahnya 170/110 mmHg.
Lalu dirujuk ke Unit Pesakit Luar Jln Mahmodiah.
Tekanan darahnya turun 150/88 mmHg.
Darahnya diambil untuk ujian.
Kolesterolnya 6.3.
Trigliseride 1.1.
Sugar 4.9.
Tiada ubat diberinya.
" Tak sakit buat apa nak makan ubat? "
Itu jawapan doktor muda kepadanya.
Namun dia masih rasa sesak nafas.
Dia sukar untuk tidur disebelah malam.
Lalu dia ke Unit Pesakit Luar di KK Kulai.
ECGnya normal.
Tekanan darahnya 140/90 mmHg.
Tiada ubat juga.
Hanya disuruh ukur tekanan darahnya setiap hari.
Selepas seminggu datang balik.
Setiap hari dia ukur tekanan darahnya.
Kebanyakkannya di Farmasi Econsave Senai.
Dekat dengan rumah katanya.
Tekanan darahnya sekitar 130-140/90-100 mmHg.
Pagi ini dia datang ke klinik aku.
Menceritakan masalahnya.
Tekanan darahnya masih 170/100 mmHg.
Aku tunjuk bacaannya kat dia.
Tangan kanan. Tangan kiri.
Digital. Manual.
Memang tinggi bacaannya.
Emak bapaknya memang ada darah tinggi.
Berat badannya 97 kg.
Kolesterolnya 6.3.
Dan dia mengadu sesak nafas lebih 2 minggu.
Kalau itu dikatakan sihat dan bukannya penyakit,
aku garu kepala dan tak tahu nak kata apa.
Bagaimana dengan motto " Kami Prihatin Kesihatan Anda "?
Dia ada tunjuk kad2 rawatan dia.
Doktor2 hanya tulis 2-3 baris ayat sahaja.
Tiada langsung rekod pasal sesak nafasnya.
Cuma tulis NY Class II.
Tiada tanya pasal faktor2 risiko.
Berat badan langsung tak dicatatnya.
Kat mana lagi dia nak dapat rawatan selepas ini?
Klinik panel dah pergi.
Klinik kerajaan dah pergi.
Hospital kerajaan pun dah pergi.
Dia cuma belum cuba ubat2 MLM.
Transfer Factor,
Monavie,
Herbalife,
Garam Bukit,
Cendawan Gunung.
Mungkin ubat2 ini boleh membantu dia sihat.

10 ulasan:

  1. ada gak kejam doktornya

    asal jd mcm nih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakkan doktor2 muda sekarang.
      Lebih suka merawat 'nombor' berbanding pesakit.

      Kebanyakkan doktor2 muda sekarang.
      Lebih bergantung kepada ujian2 dan peralatan.
      Mengambil sejarah pesakit dan jadi 'sejarah'.
      Dah makin malas nak bertanya kat pesakit.

      Padam
  2. damn lah ...
    1. klinik panel tu..Dr nya tak reti nak treat hypertension ke.. sampai kena rujuk klinik pesakit luar.? ke kedekut nak bagi ubat sebab panel..?
    2.Dr kat Unit Pesakit Luar Jln Mahmodiah tu.. "sesak nafas.. tak boleh tidur malam" came on man!! takkan tak tau nak buat apa lagi! ntah2 tak dengar pun lungs dan tekan-tekan kaki!

    kalau mak bapak depa yang sakit gitu.. boleh tak dia orang di treat gitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah semakin jarang merujuk pesakit kat klinik kerajaan.
      Saya kasihan kat pesakit2 saya.
      Dahlah menunggu sangat lama.
      Check pun lebih kurang sahaja.
      Dah tulis diagnosis besar2.
      Dah suruh spesifik ujian darah.
      Tapi sekadar beri pil KK 6 biji.
      Kalau demam tak baik esok datang lagi...

      Padam
  3. entah entah cardiomegaly pasal long standing HPT...tu pasai SOB...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah cadang nak refer kat Cardiologist.
      Tapi dia nak try ubat saya dulu.
      Tengok minggu depan.
      Ada improvement ke tidak...

      Padam
  4. saya pun ada young hypertension. under investigation hospital kerajaan. dah 7 bulan, baru buat urine 24hours test n usg je. 2 kali sakit kepala sangat smpai PK universiti hantar ke emergency department, 2 kali tu jugakla doktor muda yg treat.mereka ckp sakit kepala sebab demam. suhu pun dlm 38-38.3 sampai saya tak rasa pun saya demam. penyudahnya balik dengan hanya ubat demam dan antibiotik je.blood pressure hanya diambil di triage oleh MA,doktor2 tu tak check balik pun. sekarang dah hampir 7 bulan jugak makan 2 jenis ubat hypertension high dose dr PK universiti. bila sakit kepala je, pergi private clinic lagi puas hati.nak buat investigation kat private hospital tak mampu, student lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahmad Khalish Ahmad,

      Jgn rasa kecewa sebab dah ada darah tinggi.
      Jgn rasa kecewa sebab setiap penyakit ada ubatnya.
      Disiplin makan ubat.
      Jaga pemakanan.
      Kawal stress.
      Bersenam.

      Dan jangan percaya ubat2 MLM...

      Padam
  5. Pernah dulu masa jadi student di ITM Dungun..demam teruk sbb tonsil bengkak, gi Hospital Dungun, doktor pompuan check suhu aku guna pensel..pensel canggih kot sbb dia boleh detect demam aku..hampeh..

    BalasPadam
  6. Pengalaman anak saya dilanggar motosikal,anak saya (12thn) dibawa ke klinik pesakit luar dan doktor d situ hanya berikan panadol tanpa melakukan xray (walaupun seluar & baju nya koyak akibat kemalangan kecil) ,anak saya mengadu yg tangannya sakit, terdapat luka & lebam sekitar kaki & tangan.Rawatan ada diberikan terhadap luka dgn membersih & menyapu ubat.
    Saya tidak berpuas hati,esok nya bawa nya ke klinik KERAJAAN lain ,saya paksa pembantu perubatan melakukan x ray,dan saya tanya apa yang dia faham dgn FRACTURED & BROKEN dia hanya terdiam, dia mengarahkan ambulan utk membawa anak saya ke Hospital, saya hanya mengucapkan Terima Kasih dan membuat rawatan lanjut ke hospital swasta. Pengalaman ngeri saya berurusan dengan klinik & hospital Kerajaan.

    BalasPadam