Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Oktober 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki lewat 50-an.
Isterinya telah meninggal dunia lebih 5 tahun.
Anak ada 5 orang.
Tetapi hidup bersendirian.
Bekerja sebagai Office Boy di sebuah kilang.
Sering hadir ke klinik menghantar pekerja2 yang sakit.

Sejak beberapa bulan yang lalu,
beliau semakin sering datang ke klinik.
Walaupun selalunya hanya menghantar pekerja yang sakit,
Kali ini dia pun nak jumpa aku jugak.
Dia mula mengadu macam2 hal kat aku.
Hampir semua orang dikilangnya tak betul.
General Manager tak betul.
Supervisor tak betul.
Kerani kat ofis tak betul.
Pekerja2 kilang semua tak betul.
Dia minta ubat tidur.
Tak boleh tidur malam katanya.

Dua minggu ini keadaannya lagi teruk.
Dia semakin suka berlegar di klinik aku.
Perangainya semakin pelik.
Cakap2nya semakin tak boleh dipakai.
Dia mula rasa paranoid.
Ada konspirasi jahat nak menjatuhkannya.
Gajinya asyik kena potong aje katanya.
Kerani dan GM bersekongkol nak menjatuhkannya.
Semua orang dah benci kat dia katanya.

Aku memang dah lama kenal dengannya.
Semenjak aku kerja di hospital kerajaan lagi.
Masa tu arwah bininya masih kerja Cleaner di sana.
Dia memang dah berubah sekarang.
Cakap2nya macam orang tengah mabuk.
Langsung tak boleh pakai.
Rupa2nya dia dah hantar notis berhenti kerja.
Dia kata nak kerja sendiri.

Aku ada tanya kerani tempat dia bekerja.
Ramai dah labelkan dia gila.
Datang ofis pun asyik marah2 sahaja.
General Manager pun dah tak beri dia masuk kat kilang.
Aku nak rujuk aje dia ke klinik sakit jiwa.
Tapi orang gila mana mengaku dia gila?
Kena cari anak2 dia.
Kena tolong ketatkan balik skru yang longgar.
Aku pernah berseloroh kat dia supaya kahwin lagi.
Tapi dia tak hendak.
Perempuan sekarang banyak makan duit katanya.
Terfikir jugak aku,
masih waras rupanya dia ni...

Salam hujung minggu kawan2.
Aku asyik berulang-alik ke UTM minggu ini.
Sibuk mengalahkan Dekan Fakulti.


2 ulasan:

  1. cuba tanya, kot kot dah ada auditory hallucination..better refer Psy

    BalasPadam
  2. or mungkin ada depression jugak

    BalasPadam