Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Oktober 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini

Awal pagi ini.
Aku disapa seorang lelaki didepan klinik.
Perangainya agak pelik.
Mukanya nampak resah.
Bila tiba gilirannya,
dua wanita dewasa turut menemaninya masuk.

Umurnya awal 40-an.
Bekerja sendiri memandu van kilang.
Ini baru kali kedua dia datang ke klinik.
Tapi isteri dan anak2nya sering berjumpa denganku.
Kali pertama dia datang awal bulan lepas.
Sakit biasa2 sahaja.
Tapi kali ini sakitnya agak luarbiasa.
Dua minggu ini dia sentiasa rasa resah dan gelisah.
Badannya sakit2, nafasnya sempit dan pedih ulu hati.
Macam2 klinik dia dah pergi.
Klinik kerajaan juga unit kecemasan pun dia dah pergi.
Ada yang kata sakit urat/masuk angin.
Ada yang kata sakit gastrik.
Ada yang kata sakit thyroid.
Bomoh2 juga ustaz2 jangan ceritalah.
Hampir setiap hari dia pergi 'berubat'.
Dan dah seminggu nin dia tak boleh tidur.
Dua wanita yang menemaninya adalah adik-beradiknya.
Mereka minta tolong check darah satu badan.
Nak tahu sakit apa sebenarnya.
Pemeriksaan fizikalnya normal.
Tekanan darah dan nadinya normal.
Langsung tiada tanda2 hyperthyroid.
Tetapi mukanya memang sentiasa resah.
Percakapannya sangat kuat dan pantas.
Rambutnya tidak terurus.
Mulutnya berbau.
Pakaiannya pun main tangkap muat.
Bila ditanya dia masih boleh menjawab dengan betul.
Dia risaukan pasal keluarga dan anak2nya.
Namun dia masih boleh beristighfar.
Dan dia tahu dia sakit.
Kakak2nya macam dah faham maksud aku.
Cuma aku tak cakap dia gila.
Aku cuma cakap kalau ujian darahnya normal,
aku kena hantar dia ke Klinik Psikiatri.
Puncanya?
Kakaknya baru kematian suami beberapa bulan lepas.
Mungkin itu penyebabnya.

Aku nak buka rahsia.
Aku memang minat bidang Psikiatri masa student dulu.
Aku rajin duduk wad 5 berborak2 dengan orang gila.
Macam2 cerita gila aku boleh dengar.
Prof Deva  dan Prof Hussin Habil kat UM tu idola aku.
Aku pernah bercita2 nak jadi pakar psikiatri sebenarnya.
Aku suka duduk mendengar cerita2 orang.
Aku pandai membaca personaliti seseorang.
Tapi hajatku tak kesampaian.
Aku takut diketawakan kawan2.
Aku takut aku jadi gila juga akhirnya.




5 ulasan:

  1. saya pernah dapat kes macam ni, ada symptom gilanya, yg mana timbul sebab dia risau simptom senak/tak selesa ulu hati. Saya buat dignosis GERD..refer ke gastro , dan refer ke psychiatrist. Diagnosis pakar: anxiety disorder..cause: extreme anxiety about his GERD..risau pasal mati bila2 ( sebab simptom mimik sakit jantung katanya..padahal stress test tip top, blood test tip top).

    BalasPadam
  2. laa...mana ada pakar psikiatri yang jadi gila... betul tak?

    BalasPadam
  3. La bro, aku la ni dah pun jadi psychiatrist, alhamdulillah, mana ada jadi giler... yang aku tahu banyak doktor yang di refer kat aku atas pelbagai masalah mental datang dari jabatan lain dan bukan dari jabatan psikiatri... apa pun seronok baca nko punya blog nih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohd,

      terima kasih kerana suka baca cerita2 merapu saya.

      Padam
    2. Bro zouldahan, ni namanya asam garam hidup kita semua sebagai insan bergelar doktor, tak kiralah HO ker, MO ker, GP ker, Specialist ker... apa pun kita kena bangga bro ngan kerjaya kita sebagai seorang pengamal perubatan.......

      Padam