Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Oktober 2012

Aku dan Udang Galah Rompin

Awal pagi Sabtu.
Aku singgah bersarapan di Leban Chondong.
Satu kawasan rehat di simpang menuju ke Bandar Muazam/Segamat.
Warung/Restoran yang masuk dalam TV3 masih tak bukak jugak.
Jadi aku ke warung disebelahnya.
Ada Nasi Lemak.
Ada Ayam Goreng.
Ada Sambal Udang Galah.
Dan pagi itu,
aku menikmati sarapan paling mahalku setakat ini.
Seekor udang galah= RM14.00.
Tetapi harganya berbaloi dengan rasa masakannya.
Nasi lemaknya sedap,
sambal tumisnya sedap,
teh tariknya pun sedap,
udang galah sambalnya jangan cakaplah.
Cuma semuanya agak manis ditekakku.


Melalui cerita kakak tauke warung tu,
aku dapat mencari gerai yang menjual udang galah segar.
200 meter sahaja jaraknya daripada warung beliau.
Gerai tersebut simple sahaja.
Berbumbungkan atap rembia.
Terdapat beberapa kolam mengandungi ikan2 hidup.
Dan memandangkan ini musim cuti raya.
Tiada udang galah segar buat masa ini.
Cuma ada yang dah disejukbeku.
Harganya pun boleh tahan.
Seekor = RM10.00.


Aku bukan obses dengan udang galah.
Dapat merasa seekor pun dah cukup dah.
Tak payah susah2 nak datang lagi.
Tengok gambar pun dah cukup dah.
Anak2 dan wife pun sama.
Mereka bukan peminat tegar udang galah.

Selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan