Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Oktober 2012

Aku di Bukit Gambang Resort City


Selepas menyinggah ke sana sini,
pukul 12.30 tengahari hari Sabtu.
Akhirnya aku tiba di destinasi utamaku.
Bukit Gambang Resort City.
Cadangnya nak terus masuk ke Water Park,
tetapi cuaca panas sangat.
Lagipun ramai sangat orang di sana aku lihat.
Jadi esok sajalah aku main air di sana.

Lalu aku ke Carribbean Bay Resort yang terletak disebelahnya.
Aku memang dah booking bilik.
Dah confirmed pun melalui Booking.com.
Nasib aku sangat baik.
Mereka beri aku check in awal walaupun belum pukul 3.

Aku ambil Family Suite.
Boleh muat 2 famili kalau nak.
Ada 2 bilik tidur, 2 bilik air,
ada ruang tamu,
ada balkoni
dan ada pantri.
Terkejut bila aku buka pintu bilik.
Bilikku masih bersepah dan belum dikemaskan.
Setengah jam tunggu staf hotel tolong bersihkan.
Kesudahannya wife juga yang kena mop lantai.

Hotel ini memang nampak baru.
Luarannya sangat bersih dan cantik.
Tapi keadaan biliknya menghampakan.
Lantainya kotor,
koridornya kotor.
Aircondnya tak cukup sejuk.
Air paipnya perlahan.
Water heaternya tak berfungsi.
Tv pun bukannya tv LCD.
Langsung tiada channel Astro.
WiFi jangan haraplah sampai ke bilik.

Namun yang lain2 tidak mengecewakan.
Aku dapat tempat parking berbumbung.
Lifnya agak pantas.
Walaupun ramai orang,
tak terasa kesibukan dan kebisingannya.
Kolam renangnya terjaga.
Gymnasiumnya pun lengkap.
Sarapan paginya juga banyak pilihan.

Tapi aku tak mungkin ke sini lagi.
Aku prefer duduk di Kuantan jika ingin ke Gambang Water Park.
Kalau baca review kat TripAdvisor pun,
ramai komplen benda yang sama.
Jadi sebelum aku sampai,
aku dah jangka apa yang aku akan dapat.

Selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan