Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Oktober 2012

Aku di Majlis Konvokesyen UTM ke-49


Pukul 5.30 pagi dah kena bangun.
Pukul 6.30 pagi dah kena sampai di UTM.
Ada majlis penting pagi ini.
Walaupun antara yang terawal, orang dah mula ramai.
Prosedur pendaftaran pun sangat efektif.
Maklumlah ini kali ke 49 majlis yang sama diadakan.

Sana-sini kelihatan wajah2 ceria.
Sana- sini penuh dengan kegembiraan.
Penat lelah belajar bertahun2 berakhir hari ini.
Wife aku dapat sessi pertama majlis kali ini.
Bersama2 1600 graduan yang lain.
Mudah2an dapatlah bersalam dengan Canselor.

Pukul 7.30 pagi.
Graduan dah kena beratur ikut nombor giliran.
Suasana semakin hiruk-pikuk.
Ramai yang lama tak jumpa kawan.
Ramai sibuk bertanya khabar masing2.
Berkali2 buat pengumuman suruh beratur.
Graduan masih sibuk dengan hal masing2.


Pukul 8.00 pagi.
Graduan mula memasuki dewan.
Pemegang2 tiket pun mula masuk ke dewan.
Aku dan anak2 duduk bawah khemah aje.
Tak larat nak duduk lama2 kat dalam dewan.
Tengok depan layar cukuplah.
Sempatlah aku pergi bersarapan, pergi tangkap gambar,
baca suratkhabar, bukak FB, pergi kedai cenderahati.
Lebih 3 jam duduk bawah khemah.
Anak2 kecik mula meragam.
Kaki2 rokok mula resah gelisah.
Tak boleh hisap rokok dalam UTM.
Jadi tandas masjid menjadi port lepas gian.
Haram )@^@& betul!

Pukul 11.00 pagi baru tiba giliran wife ambik skrol.
Sedikit kecewa.
Bukan Tuanku Raja Zarith Sofia yang sampaikan.
Hanya 800 graduan yang pertama.
800 graduan berikutnya,
Pro-Canselor yang beri.


Pukul 12 tengahari majlis pun berakhir.
Suasana kelam-kabut dan riuh rendah sekitar dewan.
Masing2 sibuk bergambar di sana- sini.
Bawah pokok, depan pintu, depan kereta,
depan signboard, tepi tasik, depan fakulti dsbnya.
Bergambar kenangan dengan emak ayah, dengan anak2,
Dengan kawan2 seperjuangan.


Pukul 12.45 aku bertolak balik.
Persekitaran UTM mula sesak.
Sessi kedua mengambil giliran.
Pak guard cuma tengok aje.
Kereta2 diletak di bahu2 jalan.
Pukul 1.30 hujan turun dengan lebatnya.
Nasib baik aku dah berada di Jusco masa tu.
Maka termaktublah sudah.
Wife aku dah ada Ijazah Sarjana.
Wife aku punya pangkat lebih tinggi daripadaku.
Anak2 ada juga tanya kat aku,
bila aku nak sambung belajar semula?
Aku kata aku dah tua.
Otak dah mengecut.
Banyak neuron2 yang dah rosak.

8 ulasan: