Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Oktober 2012

Aku di Seri Malaysia Rompin


Petang hari Jumaat.
Ketika orang lain sibuk dengan ibadah kurban,
aku dah sampai di sempadan Pahang.
Aku check-in di Hotel Seri Malaysia Rompin.
Hotel kegemaranku dan pilihan nombor satuku.
Tapi anak2 tak suka hotel sebegini.
Takda Astro kat bilik.
Takda WiFi dalam bilik.
Dan aircondnya tak berapa nak sejuk.
Tapi aku tak kisah itu semua.
Yang penting ada katil dan bilik air.

Disebabkan cuti hari raya,
hotelnya sangat lengang.
Proses pendaftarannya mudah dan pantas.
Aku dapat bilik dekat dengan lobi.
Jadi ada free WiFi sampai ke dalam bilik.
Dibelakangnya pula ada kolam renang cetek.
Anak2 nak mandi kolam,
aku boleh tengok dari dalam bilik sahaja.

Hotel Seri Malaysia Rompin.
30 km jauhnya daripada pekan Kuala Rompin.
Tiada apa2 yang menarik di sekitar hotel.
Petang itu aku drive sampai ke Kuala Rompin.
Bersantai di Pantai Hiburan.
Juga mencari gerai menjual udang galah.
Aku dah jumpa tempatnya.
Restoran Azizah di Leban Chondong.
Yang semakin famous lepas masuk Majalah 3 beberapa bulan lepas.
Namun sepanjang 3 hari,
restoran tu tak pernahnya buka.
Mungkin sibuk dengan kurban Aidiladha gamaknya.

Dengan adanya free WiFi,
dan tiada aktiviti2 lain yang menarik,
aku layan Instagram dan Waze di iPhone.
Ada sahabat bloggerku turut berada di Rompin rupanya.
Tapi tak berkesempatan nak berjumpa dengannya.

Awal pagi Sabtu aku dah check-out.
Walaupun ada kupon breakfast percuma,
aku ada tempat breakfast lebih istimewa.
Itulah antara tujuan aku singgah di Rompin.

Selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan