Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Oktober 2012

Bila Aku Boleh Pakai Ferrari?


Ada satu artikel di The Star Sabtu lepas.
Membandingkan harga2 kereta di negara2 ASEAN.
Juga membandingkan kos pemilikan kereta di negara2 ASEAN.
Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur.
Walaupun harga kereta antara yang termahal,
kos pemilikan kereta adalah yang terendah.
Betul ke?

Mudahnya memiliki kereta di Malaysia.
Dengan gaji minimum pun boleh beli kereta.
Kadar bunga pinjaman bank adalah yang terendah.
2.5-3.6% bergantung pada jenis kereta.
Pinjaman pun boleh dapat sampai 9 tahun.
Kereta dah peroi, hutang belum habis bayar lagi.
Di Vietnam khabarnya.
Kadar bunganya mencecah 16%.
Dan pinjaman tak boleh lebih 5 tahun.
Bermakna tak semua orang mampu beli kereta.
Bermakna kena naik basikal atau motosikal sahaja.


Berita baik lagi.
Cukai jalan dan insurans kenderaan.
Di Malaysia adalah antara yang termurah.
Ditambah lagi dengan harga minyak yang bersubsidi.
Jadi masing2 berkemampuan untuk membeli dan memandu kereta.
Tak payah susah2 nak tunggu bas.
Tak payah pening kepala nak bargain dengan pemandu teksi.
Pemandu teksi Malaysia adalah terteruk di ladang.
Itu fakta.

Dan setiap tahun.
Polis trafik akan buat Yearly Sales.
Mana2 saman tertunggak boleh dapat potongan harga.
Ada diskaun sampai 50% untuk setiap kesalahan.
Boleh jumpa pegawai atasan untuk minta diskaun juga.
Dan kalau berani,
boleh kaw-tim on the spot.
Jadi siapa kata negara Malaysia tak bagus?

Dan minggu ini ada yang terbaru.
Ramai mengeluh kena tangkap dengan AES.
Kamera menangkap pesalah2 lalu lintas.
Melanggar lampu merah juga speeding.
AES ada bagus dan tak bagusnya.
AES bagus untuk mengajar.
Pemandu2 Malaysia yang sememangnya kurang ajar.
Sekali kena pasti akan beringat sentiasa.
Tapi kalau tiap2 hari kena,
Boleh habis gaji sebulan buat bayar saman sahaja.

Yang tak bagusnya pasal AES.
AES telah mula dipolitikkan.
Ada yang kata syarikat kroni untung juta2.
RM 700 juta setahun kata LGE.
Kesalahan trafik dah jadi satu perniagaan.
Rakyat marhaen juga yang jadi mangsa.
Dalam masa cuba mendidik rakyat,
ada pihak yang mengaut keuntungan.
Ada pula wakil2 rakyat yang mula nak jadi hero.
Meminta AES dikaji semula.
Menyusahkan rakyat katanya.
Tapi kenapa sekarang baru nak bangkang?
Masa buka kertas cadangan di parlimen kau buat apa?
Ponteng ke?

Kesimpulannya?
Susah nak cakap.
Tengok apa jadi kalau PR memerintah nanti.
Ada perubahan ke tidak.
PR kata akan turunkan harga kereta jika memerintah.
PR akan hapuskan pengeluaran AP kepada kroni.
Bila harga kereta turun bolehkah yang lain2 ikut turun?
Adakah ini memberi keuntungan jangka panjang kepada rakyat?
Bila semua orang dah mampu beli kereta,
semakin penuh sesaklah jalan raya kita.
Cuti raya puasa tempohari sebagai contoh.
Setiap tahun semakin teruk dan sesak.
Apa akan jadi bila bilangan kenderaan mampumilik semakin bertambah?
Aku tak dapat nak bayangkan.
Aku memandu Ferrari Merah ke tempat kerja.

Cost of vehicle ownership is low

By EUGENE MAHALINGAM
eugenicz@thestar.com.my


MALAYSIA is perceived to be one of the costlier countries in the region when it comes to vehicle prices. But industry observers believe that this is compensated by the fact that the country’s fuel prices are heavily subsidised, and that it also enjoys the lowest interest rates in South-East Asia.
“One should not compare vehicle cost of ownership in the region purely based on the price of the car alone,” says Malaysian Automotive Association president Datuk Aishah Ahmad.
According to data by the Malaysia Automotive Institute (MAI), the average interest rate in Malaysia for a loan tenure of between 60 months and 108 months is between 2.5% and 3.6% - which is the lowest in Asean.
Interest rates in Vietnam is the highest, which has a flat rate of 16% per annum for loans that range between 12 months and 60 months.
Given the fact that Malaysia’s interest rates are the lowest in the region, as well as the fact that fuel prices are subsidised, the total cost of vehicle ownership is one of the lowest in Asean,” says MAI chief executive officer Madani Sahari. The cost of interest rates used in MAI’s calculations is over 5 years.

3 ulasan:

  1. kalau macam tu saya tunggu lah beberapa tahun lagi untuk tukar kereta baru. huhu~

    BalasPadam
  2. Apa kata utk bandaraya metropolitan, kita introduce congestion charge mcm di kota London. Everyday, sapa nak masuk area Pudu, KLCC, Jalan Tun Ismail, dan sekitarnya kena byr RM10 sehari. Sapa yg duduk dlm area tu, merasalah kena byr tapi adalah diskaun. Orang yg duduk diluarnya sila naik public transport, takpun sila byr, hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapalah kita.
      Kita bukan menteri.
      Cadangan kita terus masuk dustbin.

      Padam