Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Aku dan Wordless Thursday

Hari ini.
16 tahun yang lalu.
Semoga kekal abadi selamanya.


Aku dan Wordless Wednesday

Masih malas nak bercerita.
Masih berserabut kepala.
Mungkin ini penawarnya.

Bukit Tinggi Pahang .
Janda Baik .
Kuala Gandah .
Bangi .


Aku dan Wordless Tuesday

Masih takda mood nak bercerita.
Masih lagi kecewa.



Aku dan Wordless Monday

Malas nak bercerita. Malaysia kalah. Choong Wei kalah. Liverpool sekadar seri. Chelsea pun sekadar seri. Sangat kecewa.




Aku dan Wordless Friday

Gian  memancing punya pasal. Tak dapat ikan, paha orang pun jadilah...


Aku dan Hari Ini

Hari Khamis 22 November.
Rakyat Johor Darul Takzim bercuti hari ini.
Harijadi Sultan.
Aku tak kemana2 hari ini.
Nak ke istana tak dijemput.
Jadi aku duduk rumah ajelah.
Mengemas pokok2 yang dah berbulan tak dibelai.
Dah jadi hutan rimba pada pandangan mataku.
Memangkas pokok2 yang semakin meliar.
Membersih pangkal2 pokok yang semak- samun.
Mencuci pam kolam yang berlumut.
Mencuci rumah kucing yang bersarang.
Berpeluh jugak hari ini.
Tak payah susah2 nak berjalan 10 ribu langkah.

Kepada orang2 Johor di luar Johor,
Selamat bertugas!


Aku dan Wordless Wednesday

MAHA 2010.
Aku datang.
Bagaimana dengan tahun ini?






Aku dan Johor Darul Takzim

Tahun 1991.
Pasukan Johor memenangi Liga Perdana.
Pasukan Johor juga memenangi Piala Malaysia.
Itulah yang terakhir.
Selepas itu.
Pasukan Johor jatuh merudum.
Bintang2 besar semuanya cabut.
Stadium Larkin kembali senyap.
Rakyat Johor dah tak minat nak ke stadium.
Pasukan Johor ibarat bermain yoyo.
Lebih banyak kalah daripada menang.
Lebih banyak dapat kad banding gol dijaringkan.


Kini Johor mula mengorak langkah baru.
Kehadiran TMJ dalam pasukan Johor merubah segala2nya.
Banyak dana2 baru dikumpul.
Banyak syarikat2 besar nak menaja pasukan.
Pemain2 hebat dikumpulkan.
Tak cukup yang dalam negara,
bintang2 luar negara dijemput sama.

Ada yang kata gaji pemain tempatan mencecah 30K sebulan.
Gaji pemain import aku tak pasti.
Tapi itu tak penting.
Yang penting ada tenaga baru.
Ada skil2 baru untuk membentuk pasukan mantap.
Bukan mengharap ahli2 veteran yang tak sedar diri.
Dah berpuluh tahun dalam pasukan,
tapi langsung takda perubahan.


Kita kena berubah.
Kita kena berani berubah.
Ambil ora…

Aku dan Keputusan UPSR 2012

Akhirnya.
Keputusan peperiksaan UPSR 2012 diumumkan.
Banyak khabar angin aku dengar.
Server down.
Ada sekolah kena ambik exam semula.
Ada kertas soalan bocor.
Ada negeri dapat pencapaian 'terlebih' baik.
Dan macam2 lagi.

Semalam.
Segala2nya terjawab.
Keputusan keseluruhan menunjukkan sedikit kemerosotan.
Terutamanya subjek Bahasa Inggeris.
Yang lain2 lebih kurang sahaja.


Disekolah anakku, pengumuman keputusan dilewatkan selepas pukul 12. Kebanyakkan calon sedang menghadapi peperiksaan sekolah agama. Aku tak tahu bagaimana berdebarnya mereka menjawab soalan periksa sambil ternanti2 keputusan UPSR mereka.
Pukul 9 pagi. Wife dah hantar message keputusan peperiksaan anakku. Jadi bila aku tiba di sekolah, aku taklah rasa lain macam sahaja. Kebanyakkan ibubapa pun dah tahu keputusan peperiksaan anak2 mereka. Tak banyak sangat kejutan. Takda ibubapa yang menangis. Takda cikgu yang menangis. Walaupun keputusan subjek Bahasa Inggeris sekolah mengecewakan, Gurubesar pun dah sedia maklum.

Aku ke Puteri Harbour Theme Park

Hujung minggu.
Masih tak boleh nak ke Legoland.
Hujan sangat lebat setiap petang.
Tak boleh nak berjalan2 di dalam taman.
Jadi aku cuba try test datang ke sini.
Puteri Harbour Theme Park di Nusajaya.


Lokasinya senang sahaja. Betul2 di belakang Kota Iskandar. Ikut aje signboard ke Puteri Harbour. Nampak bangunan besar warna kelabu, itulah dia. Aku tiba lebih kurang pukul 3 petang. Kereta dah penuh di kiri kanan jalan. Parking di dalam bangunan tidak dibenarkan. Laluannya dah ditutup. Jadi kenalah jalan kaki sedikit sambil meredah hujan gerimis.

Proses pembinaan masih sedang giat dilakukan.
Hanya taman tema sahaja yang telah dibuka.
Lat's Place hanya akan dibuka bulan hadapan.
Frust juga sebab itulah tujuan aku paling utama.
Nak tengok bagaimana kartun/karakter ciptaan Lat menggegar dunia.


Tiket untuk masuk taman tema adalah sangat mahal.
Diulang sekali lagi, sangat mahal.
Jadi aku tak rekomen tempat ini untuk saja2 beristirahat.
Ada dua taman tema untuk dipilih.
Hello Kitty World …

Aku dan Tahun Baru Hijrah

Selamat tinggal 1433 Hijrah.
Selamat datang 1434 Hijrah.


Aku dan taklimat TPM

Ini kisah seorang pegawai kerajaan.
Hari Jumaat.
Selepas waktu pejabat.
Mendapat arahan daripada pegawai atasan.
Kena hadir ke pejabat pagi Sabtu.
Kena ada di Tangkak sebelum 8:00 pagi.
Ada taklimat bersama TPM.
Kena ikut arahan dan wajib hadir.

Seorang pegawai kerajaan yang menurut perintah.
Terpaksa akur walaupun diluar waktu pejabat.
Mungkin ada perkara penting nak disampaikan agaknya.
TPM kan Menteri Pelajaran kita.

Pukul 8:00 pagi.
Bersama 5 pegawai PPD daerah yang lain sampai dilokasi.
Suasana cukup tenang.
Tak kelihatan seperti majlis bersama TPM.
Takda khemah besar2.
Takda poster/bunting besar2.
Orang pun tak ramai.
Tetapi dalam dewan terdapat satu poster besar gambar TPM.
Ada majlis mesyuarat agung UMNO.
Dirasmikan oleh TPM sendiri.
Ini taklimat dasar pendidikan atau taklimat politik?
Dan satu lagi kejutan.
Ianya bukan berlaku hari ini.
Ianya telah dilangsungkan semalam.

Dipendekkan cerita.
Ianya bukan taklimat bersama TPM seperti diberitahu.
Ianya majlis politik memburuk2ka…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia awal 80-an.
Seorang bekas gurubesar.
Seorang bilal masjid.
Berpenyakit jantung yang tidak serius.
Dah beberapa kali aku kena melawat dia dirumahnya.
Itupun atas permintaan anak2nya.
Walaupun sering mendapat rawatan pakar,
pakar jantung, pakar perubatan, pakar saraf,
doktor cabuk ni juga yang nak ditemuinya sekali-sekala.
Aku bukannya boleh rawat dia apa2pun.
Ubat2annya semua dah cukup.
Anak2nya semua berpelajaran tinggi.
Dia cuma nak jumpa aku.
Dia cuma nak cakap2 dengan aku.
Dia cuma nak sedikit khidmat nasihatku.

Sejak 16 September yang lalu dia jatuh sakit.
Bermula dengan muntah dan cirit-birit,
dan berterusan sehingga sekarang.
Beliau pernah dimasukkan ke hospital pakar selama 6 hari.
Dan disahkan sihat semasa pulang ke rumah.
Tetapi sejak 16 September itu,
dia seperti hilang kekuatan untuk bergerak.
Tenaga dia seolah2 dah kehabisan.
Dah beberapa kali anaknya suruh aku datang.
Tetapi baru malam tadi aku berkesempatan.

Semasa aku datang,
dia sedang terbaring…

Aku dan Hari Ini

Ketentuan hidup kita bukan ditangan kita sepenuhnya. Itu peringatan buat diriku sendiri. Bila aku rasa aku dapat mengawal segala2nya. Tuhan datang memberi peringatan.
Sejak malam tadi, separuh klinik aku bergelap. Ada masalah dengan switchboard. Ada fius yang terbakar. Pesakit yang beratur terpaksa aku suruh balik. Bilik doktor, bilik rawatan juga kaunter depan bergelap. Tak professionallah kalau check patient kat luar bilik. Kalau bomoh mungkin boleh.
Pagi ini aku panggil kawan TNBku. Dia tolong checkkan satu persatu. Dia kata ambik masa sikit sebab suis lampu banyak sangat. Mungkin sampai tengahari katanya. Maka aku takda pilihan lain. Terpaksalah aku pergi berfoya-foya. Tapi kat Kulai ni apa yang ada? Jusco pun baru nak pacak tiang.
Baru aku teringat. Dah lama aku tak jadi Lelaki Kulinari.  Dah lama aku tak memasak didapur. Lalu aku ke Mydin. Cari barang2 untuk dimasak. Dan hasilnya ialah masakan yang simple untuk lunch hari ini. Siakap Seri Rampai, Kailam Goreng Ikan Masin dan Sa…

Aku Ahli UMNO

Aku ahli UMNO.
Aku pernah isi borang dan bayar yuran keahlian.
Aku pernah dilantik AJK cawangan.
Tetapi.
Aku hadir mesyuarat sekali sahaja.
Itupun semasa mesyuarat penubuhan cawangan.
Lain yang dijemput merasmikan majlis,
orang lain yang datang ambushed.
Selepas itu,
aku langsung tak hadir mesyuarat.
Aku tak pernah bayar yuran tahunan.
Aku tak pernah join sebarang aktiviti.
Aku menjadi ahli yang pasif.

Aku ahli UMNO.
Tapi jiwaku bukan UMNO.
Aku tak gila kuasa.
Aku tak gila projek.
Aku tak gila wang.
Aku tak berjuang untuk masyarakat.
Aku tak berjuang untuk bangsa.
Aku tak berjuang untuk negara.

Aku ahli UMNO.
Tapi aku muak dengan gelagat pemimpin2 kawasan.
Yang kaya semakin kaya.
Yang miskin terus miskin.
Masing2 sibuk dengan poket masing2.
Masing2 sibuk dengan projek dan tender masing2.
Masing2 sibuk dengan kroni masing2.

Aku ahli UMNO.
Tapi aku muak dengan gelagat pemimpin2 negara.
Kalau buat majlis2 rasmi nak kena gah dan gempak.
Kena ada khemah berpuluh2.
Kena ada makan lazat2.
K…

Aku dan Nasib Seorang Ayah

Mula2 wife kena pergi kursus di Mersing.
Dua hari aku sibuk urus anak2.
Musim peperiksaan pulak tu.
Habis sahaja peperiksaan,
cikgu terus bawak yang bungsu ke Kuala Lumpur.
Ada pertandingan hoki tajaan TNB.
Tiga hari dia takda kat rumah.


Sebelum yang seorang itu balik,
seorang lagi nak pergi rombongan.
Makan angin selepas UPSR.
Rombongan/Lawatan Sambil Belajar.
Kedah-Langkawi- Pulau Pinang.
Juga 3 hari lamanya.
Hari berikutnya,
seorang lagi pergi rombongan.
Makan angin selepas PMR.
Kuala Lumpur-Sunway Lagoon-Putrajaya.
Belum sempat nak pergi honeymoon,
yang main hoki balik rumah.
Kalah 3 games, seri 3 games.
Dapat masuk Quarterfinal sahaja.


Semalam ada diumumkan.
Keputusan UPSR yang sepatutnya diumum esok,
telah ditangguhkan 2 minggu lagi.
Sebabnya tak pulak diberitahu.
Habis kucar-kacir semua program.
Hari ini ada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah.
Ada yang kena naik pentas ambik hadiah.
Esok malam pula ada Hari Graduasi.
Aku ada dapat jemputan khas.
Dan seperti biasa,
aku cuba…

Aku dan Wordless Wednesday

Janji ditepati. Aku boikot The Star. Aku ganti dengan yang ini.

Aku ke Holiday Plaza

Tujuan asalnya nak cari benda alah ini.

Tapi akhirnya lain yang aku dapat.


Pelbagai aksesori untuk iPhone kesayanganku.


Lebih 10 kedai menjual pelbagai aksesori handphone ada di sini.
Macam-macam ada.
Harganya pun sangat berpatutan.
Boleh rambang mata dibuatnya.


Dan inilah hasilnya.
iPhone aku dan wife dah jadi macam budak2 sekolah yang punya.
Ada colourfulnewcasing.
Ada new home button.
Ada new screen protector.
Ada earphone protector.
Ada soft pen untuk menaip.
Tak jadi rasanya nak tukar ke Galaxy Note 2.


Kepada yang dah lama tak ke Holiday Plaza.
Kebanyakkan kedai2 lama masih ada di sana.
McD masih ada,
Parkson pun masih ada.
Kedai2 jual DVD dan Blue-Ray masih berlambak2.
Juga kedai jual baju2 yang fancy dan terkini.
Ada juga iHospital untuk membaiki iPhone yang rosak.
Selain daripada kedai2 jual aksesori handphone yang aku cerita tadi.
Cuma satu masalahnya.
Ruang parking agak terhad.
Juga harga parking agak mahal.
Tapi rasanya berbaloi untuk datang lagi ke sini.



Aku dan Brother Joe Mersing

Disebalik deretan2 kedai2 menjual keropok dan ikan kering, aku ternampak restoran ini. Brother Joe. Itulah nama restorannya. Namanya agak unik. Buku menunya pun guna kertas manilakat sahaja. Walaupun restorannya hampir penuh, layanannya cekap dan pantas. Tak sampai 20 minit, makanan dipesan semuanya dah terhidang. Namun rasa masakannya standard biasa2 sahaja. Tak terlalu istimewa. Harganya juga berpatutan.
Cuma restoran ini agak kotor sedikit.


Selepas Maghrib, aku menyambung perjalanan balik. Selepas melepasi bulatan di bandar Mersing, perjalanan agak lancar. Sekitar pukul 10 malam, aku selamat sampai di rumah. Alhamdulilah. Satu perjalanan sejauh 900km yang tidak mengecewakan. Banyak juga pengalaman baru aku kutip. Aku juga mendapat kembali semangat untuk bekerja keras semula.
Kemana kita selepas ini? Kelantan/Terengganu sudah. Perak sudah. Melaka/Negeri Sembilan sudah. Kuching sudah. Pulau Labuan pun sudah. Kedah/Perlislah pulak. Pulau Langkawi sekali. InsyaAllah.

Aku Sesat Di Mersing

Petang hari Ahad. Aku terpaksa balik ke Johor. Cadangan nak pusing ke Kuala Lumpur dan singgah di Bukit Tinggi tak dapat diteruskan. Anak2 ada yang nak ambik exam akhir tahun. Kalau tidak panjang cuti aku.
Perjalanan balik. Aku ikut jalan Mersing lagi. Malas nak ikut laluan Bandar Muazam/Segamat. Dah jemu lalu jalan itu. Kereta banyak. Lori2 panjang pun banyak. Laluan Kuantan/Pekan/Kuala Rompin/Mersing kurang sesak. Jalannya juga lebar. Di kiri kanan jalan pun cantik pemandangannya.
Ada kawan beritahu. Kalau ke Kuantan jangan lupa singgah ke Tanjung Lumpur. Ada Ketam Goreng Telur Asin sangat special. Aku ingat untuk makan tengahari, rupa2nya makan malam sahaja. Jadi bila aku tiba di Tanjung Lumpur, semua kedai belum bukak lagi. Kena datang lagi nampak gayanya.

Perjalanan balik agak kelam-kabut. Semakin menuju petang semakin banyak kereta. Dasar pemandu2 kita. Akan memotong bila rasa nak memotong. Double line, naik bukit, selekoh, menghampiri jambatan, potong ikut kiri pun boleh. Yang …

Aku dan Bukit Gambang Water Park

Pukul 9 pagi hari Ahad. Aku antara orang yang pertama sampai di Water Park. Bila kaunter tiket dibuka jam 9.20 pagi, akulah perasminya. Tiket masuknya berpatutan. Dewasa RM 23.90. Kanak2 bawah 12 tahun RM 18.90. Kanak2 ketinggian bawah 90 cm masuk percuma.

Water Park ini tidak menggunakan wang tunai. Aku kena beli pre-paid/top up. E-Value namanya. Kalau nak beli makanan, kalau nak sewa pelampung, kalau nak sewa Cabana, kalau nak sewa loker, hulurkan aje Wristband. Semuanya cashless. Ada kakak2 yang kurang faham, dah beratur agak lama untuk beli makanan, bila nak bayar baru tahu tak boleh guna cash. Poster besar2 tu bacalah dulu Cik Kak oii!

Memandangkan aku antara yang terawal hari itu, keadaannya sangatlah bersih masa tu. Giliran untuk beli makanan, giliran untuk sewa peralatan, giliran untuk guna toilet, semuanya pantas2 belaka.
Banyak tempat boleh dipilih untuk bermain. Kolam cetek, kolam berombak, kolam panjang, kolam untuk sliding, semuanya ada. Ada banyak pondok rehat/Cabana un…