Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 November 2012

Aku Ahli UMNO


Aku ahli UMNO.
Aku pernah isi borang dan bayar yuran keahlian.
Aku pernah dilantik AJK cawangan.
Tetapi.
Aku hadir mesyuarat sekali sahaja.
Itupun semasa mesyuarat penubuhan cawangan.
Lain yang dijemput merasmikan majlis,
orang lain yang datang ambushed.
Selepas itu,
aku langsung tak hadir mesyuarat.
Aku tak pernah bayar yuran tahunan.
Aku tak pernah join sebarang aktiviti.
Aku menjadi ahli yang pasif.

Aku ahli UMNO.
Tapi jiwaku bukan UMNO.
Aku tak gila kuasa.
Aku tak gila projek.
Aku tak gila wang.
Aku tak berjuang untuk masyarakat.
Aku tak berjuang untuk bangsa.
Aku tak berjuang untuk negara.

Aku ahli UMNO.
Tapi aku muak dengan gelagat pemimpin2 kawasan.
Yang kaya semakin kaya.
Yang miskin terus miskin.
Masing2 sibuk dengan poket masing2.
Masing2 sibuk dengan projek dan tender masing2.
Masing2 sibuk dengan kroni masing2.

Aku ahli UMNO.
Tapi aku muak dengan gelagat pemimpin2 negara.
Kalau buat majlis2 rasmi nak kena gah dan gempak.
Kena ada khemah berpuluh2.
Kena ada makan lazat2.
Kena ada perarakan besar2an.
Ucapan mesti berapi2.
Ucapan mesti ada maki-memaki.
Ucapan mesti ada mengaibkan oranglain.
Ucapan mesti ada janji tabur duit.
Sumbangan juta2 itu mesti.
Daripada mana sumbernya tiada siapa nak bertanya.

Aku ahli UMNO.
Tapi perangai pemimpin2 tertinggi memalukan.
Masing2 bercakap ikut sedap mulut.
Masing2 bergaya macam anak raja.
Mengumpul harta sampai tak ingat dunia.
Anak-beranak dan saudara-mara semakin kaya.
Kontrak2 kerajaan habis disapu semua.

Aku ahli UMNO.
Tapi aku dah lama boikot TV3.
Aku juga dah lama boikot NST, Utusan dan Berita Harian.
Dah baru2 ini aku boikot The Star.
Dah tiada berita atau cerita2 benar.
Semuanya dakyah dan putar belit isu semasa.
Yang terang2 mencerca agama Islam dilepaskan.
Yang baru cakap sikit isu murtad habis dikenakan.

Aku ahli UMNO.
Aku dah 2 kali mengundi di pilihanraya.
2 kali aku menyokong calon parti pemerintah.
Pilihanraya yang lepas aku tak pergi memangkah.
Aku memboikot dan memprotes.
Calon pilihan Pak Lah semuanya haprak.
Dan pilihanraya akan datang.
Aku dah yakin dan pasti.
Siapa pilihanku.
Aku dah tak takut untuk berubah.
Aku dah tak takut untuk menyanggah.
Aku dah bosan dengan parti pemerintah.

2 ulasan:

  1. syabas bro! syabas!

    Tak terlewat utk kita ubah landskap politik negara kita, yang dah 50 tahun di momok kan dengan pelbagai momokan palsu.

    BalasPadam