Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 November 2012

Aku dan Brother Joe Mersing


Disebalik deretan2 kedai2 menjual keropok dan ikan kering,
aku ternampak restoran ini.
Brother Joe.
Itulah nama restorannya.
Namanya agak unik.
Buku menunya pun guna kertas manilakat sahaja.
Walaupun restorannya hampir penuh,
layanannya cekap dan pantas.
Tak sampai 20 minit,
makanan dipesan semuanya dah terhidang.
Namun rasa masakannya standard biasa2 sahaja.
Tak terlalu istimewa.
Harganya juga berpatutan.
Cuma restoran ini agak kotor sedikit.


Selepas Maghrib,
aku menyambung perjalanan balik.
Selepas melepasi bulatan di bandar Mersing,
perjalanan agak lancar.
Sekitar pukul 10 malam,
aku selamat sampai di rumah.
Alhamdulilah.
Satu perjalanan sejauh 900km yang tidak mengecewakan.
Banyak juga pengalaman baru aku kutip.
Aku juga mendapat kembali semangat untuk bekerja keras semula.

Kemana kita selepas ini?
Kelantan/Terengganu sudah.
Perak sudah.
Melaka/Negeri Sembilan sudah.
Kuching sudah.
Pulau Labuan pun sudah.
Kedah/Perlislah pulak.
Pulau Langkawi sekali.
InsyaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan