Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 November 2012

Aku dan Bukit Gambang Water Park


Pukul 9 pagi hari Ahad.
Aku antara orang yang pertama sampai di Water Park.
Bila kaunter tiket dibuka jam 9.20 pagi,
akulah perasminya.
Tiket masuknya berpatutan.
Dewasa RM 23.90.
Kanak2 bawah 12 tahun RM 18.90.
Kanak2 ketinggian bawah 90 cm masuk percuma.


Water Park ini tidak menggunakan wang tunai.
Aku kena beli pre-paid/top up.
E-Value namanya.
Kalau nak beli makanan,
kalau nak sewa pelampung,
kalau nak sewa Cabana,
kalau nak sewa loker,
hulurkan aje Wristband.
Semuanya cashless.
Ada kakak2 yang kurang faham,
dah beratur agak lama untuk beli makanan,
bila nak bayar baru tahu tak boleh guna cash.
Poster besar2 tu bacalah dulu Cik Kak oii!


Memandangkan aku antara yang terawal hari itu,
keadaannya sangatlah bersih masa tu.
Giliran untuk beli makanan,
giliran untuk sewa peralatan,
giliran untuk guna toilet,
semuanya pantas2 belaka.

Banyak tempat boleh dipilih untuk bermain.
Kolam cetek,
kolam berombak,
kolam panjang,
kolam untuk sliding,
semuanya ada.
Ada banyak pondok rehat/Cabana untuk disewa.
Kalau tak nak sewa,
duduk celah2 pokok pun boleh.

Secara keseluruhannya,
Gambang Water Park tidak mengecewakan.
Harga makanan berpatutan.
Layanan staf memuaskan.
Cuma manusia terlalu ramai menuju ke tengahari.
Bila dah terlalu crowded,
aku jadi rimas.


Sebelum balik,
singgah dulu di kedai souvenir.
T-shirtnya banyak yang cantik2.
Tapi yang lain2 biasa2 sahaja.
Nasihatku:
Datang awal pagi.
Manusia belum ramai sangat.
Senang sikit nak bergerak ke sana sini.
Juga tak perlu beratur panjang2.
Pukul 1 tengahari,
aku antara yang pertama keluar daripada Water Park.
Pukul 2 check out daripada bilik hotel.
Kena balik Johor.
Aku pasti akan datang lagi.
Nak melawat Safari Park yang sedang dalam pembinaan.
Mungkin boleh buat Famili Day di sini.

Selanjutnya.



3 ulasan:

  1. saya pernah ke sini time cuti sekolah tahun lepas, ramainya org macam semut... sbb terlampau ramai, staff2 pun agaknya tak menang tangan nak pastikan semua terjaga.
    sepatutnya pelawat pun kena ada rasa tanggungjawab utk jaga kebersihan bersama. ini tidak, nappy yg ada isi selamba je dibuang/ditinggal merata2..hai laaaa org malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara tabiat buruk rakyat Malaysia.
      Buang sampah merata2.
      Hisap rokok merata2.
      Parking kereta merata2.

      Padam
  2. wak x penah smpi waterpark ni lagik.. tp penah kena speedtrap kat area gambang - kuantan.. uuuhUuu

    salam jumaat doc..,

    BalasPadam