Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 November 2012

Aku dan Hari Ini


Ketentuan hidup kita bukan ditangan kita sepenuhnya.
Itu peringatan buat diriku sendiri.
Bila aku rasa aku dapat mengawal segala2nya.
Tuhan datang memberi peringatan.

Sejak malam tadi,
separuh klinik aku bergelap.
Ada masalah dengan switchboard.
Ada fius yang terbakar.
Pesakit yang beratur terpaksa aku suruh balik.
Bilik doktor, bilik rawatan juga kaunter depan bergelap.
Tak professionallah kalau check patient kat luar bilik.
Kalau bomoh mungkin boleh.

Pagi ini aku panggil kawan TNBku.
Dia tolong checkkan satu persatu.
Dia kata ambik masa sikit sebab suis lampu banyak sangat.
Mungkin sampai tengahari katanya.
Maka aku takda pilihan lain.
Terpaksalah aku pergi berfoya-foya.
Tapi kat Kulai ni apa yang ada?
Jusco pun baru nak pacak tiang.

Baru aku teringat.
Dah lama aku tak jadi Lelaki Kulinari
Dah lama aku tak memasak didapur.
Lalu aku ke Mydin.
Cari barang2 untuk dimasak.
Dan hasilnya ialah masakan yang simple untuk lunch hari ini.
Siakap Seri Rampai,
Kailam Goreng Ikan Masin
dan Sambal Belacan.

Hari ini hari terakhir persekolahan.
Anak2 balik sekolah dengan wajah ceria.
Boleh ngadap tv 24 jam.
Boleh bukak FB 24 jam.
Untung betul jadi budak2.
Untung betul jadi budak2 sekarang.
Dunia tanpa tanggungjawab.
Zaman aku dulu.
Cuti sekolah kena masuk kebun kelapa sawit.
Kena tolong kutip buah kelapa sawit yang lerai.
Sebelah petang barulah boleh pergi main.
Main guli,
main gasing pangkah,
main bola sepak dalam kebun,
pergi memancing ikan,
pergi menjala udang.
Siaran tv pun hanya sebelah malam.
Itupun tv1 dan tv2 sahaja.
Komputer dan internet jauh sekali.

Minggu depan ada cuti berselang.
Kalau aku kerja makan gaji,
aku ambik cuti seminggu terus.
Dan buatlah apa2 yang patut.
Tapi aku kerja sendiri.
Cuti panjang2 dapur tak berasap.
Cuti panjang2 staf bergaji tanpa kerja.
Jadi nak tak nak kena masuk ofis jugak.
Ada patient ke takda patient kena duduk ofis jugak.

Selamat bercuti panjang kawan2.
Aku rindukan suasana tepi kolam.
Aku rindukan pasir tepi pantai.



3 ulasan:

  1. Oooo..Jusco dah nak buka kat Kulai ya ..takyah la gi Tmn U lagi..hihihih..Saya teringin nak pandai memasak macam bro :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jusco akan dibuka didepan klinik saya.
      Bulan 8 tahun depan dijangka siap.

      Boleh belajar kalau minat.
      Saya belajar masak pun sebab rajin tengok tv.
      Sejak tingkatan 2,
      saya suka tengok rancangan masakan.
      Wok with Yan.
      Martin Yan.
      Itu idola saya.
      Dia masak tak ikut sukatan.
      Semua main campak2 aje dalam kuali.

      Padam