Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 November 2012

Aku dan Johor Darul Takzim

Tahun 1991.
Pasukan Johor memenangi Liga Perdana.
Pasukan Johor juga memenangi Piala Malaysia.
Itulah yang terakhir.
Selepas itu.
Pasukan Johor jatuh merudum.
Bintang2 besar semuanya cabut.
Stadium Larkin kembali senyap.
Rakyat Johor dah tak minat nak ke stadium.
Pasukan Johor ibarat bermain yoyo.
Lebih banyak kalah daripada menang.
Lebih banyak dapat kad banding gol dijaringkan.

gambar ikhsan daripada FB Hanif WafinStudio 

Kini Johor mula mengorak langkah baru.
Kehadiran TMJ dalam pasukan Johor merubah segala2nya.
Banyak dana2 baru dikumpul.
Banyak syarikat2 besar nak menaja pasukan.
Pemain2 hebat dikumpulkan.
Tak cukup yang dalam negara,
bintang2 luar negara dijemput sama.

Ada yang kata gaji pemain tempatan mencecah 30K sebulan.
Gaji pemain import aku tak pasti.
Tapi itu tak penting.
Yang penting ada tenaga baru.
Ada skil2 baru untuk membentuk pasukan mantap.
Bukan mengharap ahli2 veteran yang tak sedar diri.
Dah berpuluh tahun dalam pasukan,
tapi langsung takda perubahan.

Gambar ikhsan daripada FB Hanif WafinStudio

Kita kena berubah.
Kita kena berani berubah.
Ambil orang2 muda yang berwawasan.
Ambil orang2 muda yang punya idea2 baru.
Ambil pemain2 baru yang lebih berskil.
Inilah pasukan Johor FC sekarang.
Ditadbir secara lebih professional.
Semoga sejarah 1991 berulang kembali tahun depan.
Semoga Stadium Larkin kembali gamat.
Semoga tak merasa malu lagi menyokong pasukan sendiri.




4 ulasan:

  1. Saya penyokong tegar Johor masa zaman zaman Alistair Edwards, Ervin Boban & Abbas Saad..zaman tu rasa best gila Johor...

    Hope Johor FC season depan boleh jadi ala 'manchester city '...~hihihi

    BalasPadam
  2. jap doc, wak konpius tertinggal ketapi ke ape? doc citer Johor FC Pasir Gudang ke pasukan Johor state (Larkin)? uhhhu..,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak,

      Johor State.
      Dibawah pengurusan baru.
      Team Johor FC dah upgrade jadi team Johor.
      Team Johor yang sebelum ini,
      turun jadi Johor United kalau tak silap.

      Jangan konfius Wak!
      Yang penting disokong!

      Padam
    2. ahhhaa.. memey tertingal ketapi wak niii.. thanks doc

      Padam