Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 November 2012

Aku dan Keputusan UPSR 2012

Akhirnya.
Keputusan peperiksaan UPSR 2012 diumumkan.
Banyak khabar angin aku dengar.
Server down.
Ada sekolah kena ambik exam semula.
Ada kertas soalan bocor.
Ada negeri dapat pencapaian 'terlebih' baik.
Dan macam2 lagi.

Semalam.
Segala2nya terjawab.
Keputusan keseluruhan menunjukkan sedikit kemerosotan.
Terutamanya subjek Bahasa Inggeris.
Yang lain2 lebih kurang sahaja.


Disekolah anakku,
pengumuman keputusan dilewatkan selepas pukul 12.
Kebanyakkan calon sedang menghadapi peperiksaan sekolah agama.
Aku tak tahu bagaimana berdebarnya mereka menjawab soalan periksa
sambil ternanti2 keputusan UPSR mereka.

Pukul 9 pagi.
Wife dah hantar message keputusan peperiksaan anakku.
Jadi bila aku tiba di sekolah,
aku taklah rasa lain macam sahaja.
Kebanyakkan ibubapa pun dah tahu keputusan peperiksaan anak2 mereka.
Tak banyak sangat kejutan.
Takda ibubapa yang menangis.
Takda cikgu yang menangis.
Walaupun keputusan subjek Bahasa Inggeris sekolah mengecewakan,
Gurubesar pun dah sedia maklum.

Daripada 92 murid yang mengambil UPSR,
14 murid berjaya mendapat 5A.
Tetapi 12 daripadanya murid perempuan.
Dan 5 daripadanya sahabat karib anakku.
Tiada hadiah istimewa daripadaku.
Hanya semangkuk Tutti Frutti untuk setiap A yang dia dapat.

UPSR hanyalah permulaan.
Banyak lagi peperiksaan besar perlu dihadapi.
Kejayaan UPSR belum menjanjikan apa2.
Aku dah lihat ramai yang kecundang di sekolah menengah.
Tahun depan ada lagi.
Giliran anakku yang bungsu pulak.
Semoga kejayaan abang dan kakaknya,
menjadi dorongan untuknya berjaya seperti mereka.
InsyaAllah.
Terima kasih cikgu besar.
Terima kasih cikgu2 senior.
Terima kasih cikgu2 junior.
Terima kasih semuanya.
Jasa2 anda dikenang hingga akhir hayat.


13 ulasan:

  1. Tahniah!
    So anak dapat 5 mangkuk trutti fruti lah? hihhi

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5 mangkuk pada hari berbeza.
      Abang dan adik tak boleh ikut.

      Padam
  2. tahniah untuk keputusan anak Dr Zul. semoga terus cemerlang.

    BalasPadam
  3. As Salam Doc. Catatan pertama saya sebab baru semalam jumpa blog nie masa search about locum doctors. Tahniah untuk doc and wife, and to ur daughter juga. Anak saya lagi 2 tahun untuk UPSR, tapi pressure dah mula melambai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ziarah.
      Dan terima kasih.

      Siapa nak buat locum?

      Padam
    2. Oh, tak ada sesiapa. Sengaja menambah pengetahuan.

      Padam
  4. Tahniah, well done and all the best...
    moga bertambah kejayaan dimasa hadapan..

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada anak Doc & juga Ibubapanya.

    Tahun depan giliran anak2 aku pulak, UPSR, PMR & SPM. masak kepala aku...hehehe

    BalasPadam
  6. Tahniah kepada anak Doc & juga Ibubapanya.

    Tahun depan giliran anak2 aku pulak, UPSR, PMR & SPM. masak kepala aku...hehehe

    BalasPadam