Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 November 2012

Aku dan Nasib Seorang Ayah

Mula2 wife kena pergi kursus di Mersing.
Dua hari aku sibuk urus anak2.
Musim peperiksaan pulak tu.
Habis sahaja peperiksaan,
cikgu terus bawak yang bungsu ke Kuala Lumpur.
Ada pertandingan hoki tajaan TNB.
Tiga hari dia takda kat rumah.

'gambar bersama pemain hoki negara'

Sebelum yang seorang itu balik,
seorang lagi nak pergi rombongan.
Makan angin selepas UPSR.
Rombongan/Lawatan Sambil Belajar.
Kedah-Langkawi- Pulau Pinang.
Juga 3 hari lamanya.
Hari berikutnya,
seorang lagi pergi rombongan.
Makan angin selepas PMR.
Kuala Lumpur-Sunway Lagoon-Putrajaya.
Belum sempat nak pergi honeymoon,
yang main hoki balik rumah.
Kalah 3 games, seri 3 games.
Dapat masuk Quarterfinal sahaja.


Semalam ada diumumkan.
Keputusan UPSR yang sepatutnya diumum esok,
telah ditangguhkan 2 minggu lagi.
Sebabnya tak pulak diberitahu.
Habis kucar-kacir semua program.
Hari ini ada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah.
Ada yang kena naik pentas ambik hadiah.
Esok malam pula ada Hari Graduasi.
Aku ada dapat jemputan khas.
Dan seperti biasa,
aku cuba mengelak untuk hadir.
Aku lebih suka duduk kat klinik,
banding duduk dalam majlis2 formal.


Minggu depan cuti sekolah bakal bermula.
Musim hujan/tengkujuh/banjir juga dah tiba.
Jemputan ke majlis perkahwinan pun dah mula diterima.
Hujung2 tahun ni banyak pula program.
Wife pula makin rancak kena berkursus.
Hanya satu yang aku tunggu.
Bilalah nak pilihanraya ni?


2 ulasan:

  1. Tahniah bro atas kejayaan anak anak..Yg main hoki tu, moga sukses dlm hoki nya, manalah tahu, boleh ganti Minarwan Nawawi :)

    PRU katanya selepas Februari 2013.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecil sangat nilai kejayaannya.
      Tetapi cukup besar untuk seorang ayah.

      Lama lagi...
      Dah tak sabar nak memangkah.

      Padam