Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 November 2012

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang lelaki berusia awal 80-an.
Seorang bekas gurubesar.
Seorang bilal masjid.
Berpenyakit jantung yang tidak serius.
Dah beberapa kali aku kena melawat dia dirumahnya.
Itupun atas permintaan anak2nya.
Walaupun sering mendapat rawatan pakar,
pakar jantung, pakar perubatan, pakar saraf,
doktor cabuk ni juga yang nak ditemuinya sekali-sekala.
Aku bukannya boleh rawat dia apa2pun.
Ubat2annya semua dah cukup.
Anak2nya semua berpelajaran tinggi.
Dia cuma nak jumpa aku.
Dia cuma nak cakap2 dengan aku.
Dia cuma nak sedikit khidmat nasihatku.

Sejak 16 September yang lalu dia jatuh sakit.
Bermula dengan muntah dan cirit-birit,
dan berterusan sehingga sekarang.
Beliau pernah dimasukkan ke hospital pakar selama 6 hari.
Dan disahkan sihat semasa pulang ke rumah.
Tetapi sejak 16 September itu,
dia seperti hilang kekuatan untuk bergerak.
Tenaga dia seolah2 dah kehabisan.
Dah beberapa kali anaknya suruh aku datang.
Tetapi baru malam tadi aku berkesempatan.

Semasa aku datang,
dia sedang terbaring dikatilnya.
Bila dia terlihat mukaku,
dia terus menghulur tangan.
Dia kelihatan lebih sihat banding pesakit2 yang hadir ke klinik.
Hampir sejam aku berbual2 dengannya.
Lagi setengah jam berbual2 pula dengan anak/menantunya.
Macam2 cerita aku dengar.
Macam2 diagnosis bermain dibenakku.

Beliau sememangnya masih sihat.
Akal fikirannya masih waras.
Ingatannya masih kuat.
Mata dan telinganya masih berfungsi sepenuhnya.
Tetapi dia langsung tiada selera untuk makan.
Dia seolah2 hilang tenaga untuk bergerak.
Kaki dan tangannya tak kuat.
Kadang2 dia merasa sangat sejuk.
Angin sejuk daripada neraka katanya.
Kadang2 dia merasa ada semut bergerak2 dibadannya.
Dia selalu bermimpi macam2.
Tekanan darahnya stabil.
Paras gulanya juga stabil.
Macam2 vitamin dah dibekalkan kepadanya.
Tetapi keadaannya langsung tak berubah.

Ajal dan maut itu ditangan Tuhan.
Beliau dan anak2 semuanya dah redha jika itu ketentuanNya.
Tetapi selagi ada cara dan usaha,
tak salah kalau ingin terus berubat.
Aku bukan pakar kaunseling.
Aku juga bukan pakar sakit2 ghaib.
Tetapi mungkinkah ini sakit buatan manusia?
Santau angin maksudku.
Sakit yang masih famous dalam drama2 bersiri di TV3.
Tetapi ini bukan diagnosisku.
Ini pendapat anak menantunya.


5 ulasan:

  1. - kenapa pula pakcik tua ni kena santau, kalau ya ia santau?

    maybe juga psyhiatry problem, sebab nenek saudara saya, umur 82+, kes macam ni jugak..nothing serious on physical( no DM, HPT, IHD)..cuma dia rasa 'ada semut semut' bergerak di badan..on & off rasa sejuk...LOA...Dirujuk kepada psychiatrist..dan lama berbincang dgn psychiatrist...according to the psychiatrist, memang bila aging, depression or sometimes anxiety disorder mmg banyak berlaku..Cuba bro tanya family member dia, ada tak referral ke psy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak percaya pasal santau tu.
      Tapi anak menantunya beriya2 itu sebabnya.
      Daripada segi perubatan moden,
      memang ada explaination tentang symptoms tersebut.
      Cuma saya malas nak berdebat malam2.

      Dan pakcik ni pernah dirujuk ke Psy.
      Masa tu dia meracau2 di tengah malam.
      Kat wad pulak masa tu.
      Tapi dah takda follow up lagi.
      Anak2 dia semuanya well-educated.
      Tak percaya perkara2 ghaib.
      Cuma menantunya yang alim sedikit tu,
      pernah tanya kat cerdik pandai.

      Waulahualam.

      Padam
    2. Susah kalau patient or waris tak boleh open minded utk terima possibilities ni kan bro..Hanya nak tertumpu pada bomoh/ustaz sahaja...Tak boleh la macam tu, kita kena ikhtiar, both moden & alternatif ni..

      Padam
  2. salam doc, kalau rasa macam semut bergerak dalam badan, kalau ikut perubatan moden, apa puncanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah seharian baring atas katil,
      perjalanan darah mungkin terganggu.
      Itu puncanya.

      Padam