Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 November 2012

Aku dan taklimat TPM


Ini kisah seorang pegawai kerajaan.
Hari Jumaat.
Selepas waktu pejabat.
Mendapat arahan daripada pegawai atasan.
Kena hadir ke pejabat pagi Sabtu.
Kena ada di Tangkak sebelum 8:00 pagi.
Ada taklimat bersama TPM.
Kena ikut arahan dan wajib hadir.

Seorang pegawai kerajaan yang menurut perintah.
Terpaksa akur walaupun diluar waktu pejabat.
Mungkin ada perkara penting nak disampaikan agaknya.
TPM kan Menteri Pelajaran kita.

Pukul 8:00 pagi.
Bersama 5 pegawai PPD daerah yang lain sampai dilokasi.
Suasana cukup tenang.
Tak kelihatan seperti majlis bersama TPM.
Takda khemah besar2.
Takda poster/bunting besar2.
Orang pun tak ramai.
Tetapi dalam dewan terdapat satu poster besar gambar TPM.
Ada majlis mesyuarat agung UMNO.
Dirasmikan oleh TPM sendiri.
Ini taklimat dasar pendidikan atau taklimat politik?
Dan satu lagi kejutan.
Ianya bukan berlaku hari ini.
Ianya telah dilangsungkan semalam.

Dipendekkan cerita.
Ianya bukan taklimat bersama TPM seperti diberitahu.
Ianya majlis politik memburuk2kan bekas TPM.
Sejam yang pertama wakil Datuk 3T berucap.
Takda cerita lain.
Takda modal lain.
Balik2 isu yang sama.
Mencerca bekas TPM itu agendanya.
Ada yang bangun bertanyakan soalan,
Apa perlunya isu ini?
Namun tiada jawapan bernas diberikan.

Satu jam berikutnya taklimat mengenai keselamatan negara pulak.
Masa itu ramai yang dah balik.
Termasuk pegawai yang menurut perintah.
Satu pembaziran masa dan wang ringgit.
Ramai pegawai2 daripada pejabat2 kerajaan diarahkan hadir.
Dan yang hadir pun bukan calang2.
Ketua2 jabatan dan orang2 kuat UMNO bahagian.
Masing2 ada ilmu dan akal yang waras.
Masing2 dah tahu menilai mana yang hak dan mana yang bathil.
Pegawai2 ni ramai yang berpendidikan tinggi.
Masing2 dah beranak pinak.
Setakat menjaja cerita2 seks dan gambar2 seks di pagi Sabtu apa kejadahnya?
Kalau orang2 kampung tak berpelajaran bolehlah nak goreng.
Kalau budak2 hingusan belum akhil baligh bolehlah nak goreng.

Apa semua ini?
Semuanya kerana pilihanraya hampir tiba.
Jentera2 kerajaan disalahgunakan.
Khabarnya disebabkan ianya satu majlis rasmi,
pegawai boleh buat tuntutan perjalanan.
Dan sebagai seorang pembayar cukai tegar,
aku bangkang majlis seperti ini.

3 ulasan:

  1. Aku pun dah naik meluat...walaupun aku selama ni 'mempertahankan' kerajaan..aku pun dah tak daya nak layan dah...

    BalasPadam
  2. Ish3..x tau nk ckp ap.Nie men tipu nie.

    BalasPadam
  3. Ternyata menyalahgunakan wang rakyat..
    Tak apa bro, kita ajar masa PRU..
    Dan doa rakyat yang teraniaya/ dizalimi, Insya Allah makbul, kalau tak sekarang, akan datang

    BalasPadam