Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 November 2012

Aku ke Puteri Harbour Theme Park

Hujung minggu.
Masih tak boleh nak ke Legoland.
Hujan sangat lebat setiap petang.
Tak boleh nak berjalan2 di dalam taman.
Jadi aku cuba try test datang ke sini.
Puteri Harbour Theme Park di Nusajaya.


Lokasinya senang sahaja.
Betul2 di belakang Kota Iskandar.
Ikut aje signboard ke Puteri Harbour.
Nampak bangunan besar warna kelabu,
itulah dia.
Aku tiba lebih kurang pukul 3 petang.
Kereta dah penuh di kiri kanan jalan.
Parking di dalam bangunan tidak dibenarkan.
Laluannya dah ditutup.
Jadi kenalah jalan kaki sedikit sambil meredah hujan gerimis.


Proses pembinaan masih sedang giat dilakukan.
Hanya taman tema sahaja yang telah dibuka.
Lat's Place hanya akan dibuka bulan hadapan.
Frust juga sebab itulah tujuan aku paling utama.
Nak tengok bagaimana kartun/karakter ciptaan Lat menggegar dunia.


Tiket untuk masuk taman tema adalah sangat mahal.
Diulang sekali lagi, sangat mahal.
Jadi aku tak rekomen tempat ini untuk saja2 beristirahat.
Ada dua taman tema untuk dipilih.
Hello Kitty World di tingkat 2.
The Little Big Club di tingkat 3 dan 4.
Warga tempatan kena bayar RM85 seorang untuk masuk ke dua taman tema.
Kalau pilih salah satu kena bayar RM50 seorang.
Hanya kanak2 bawah 3 tahun masuk percuma.
Yang lain2 kena bayar penuh.


Untuk remaja purba seperti aku,
juga anak2 remaja seperti anak2ku,
tempat ini sangat membosankan.
Tiada langsung aktiviti2 yang menarik perhatian.
Watak2 Pingo, Angelina, Bob the Builder dan tak menarik perhatian.
Permainan2 yang ada pun hanya untuk kanak2 belum baligh sahaja.
Selepas setengah jam di dalam,
anak2 dah mula kebosanan.
Kalau nak bergambar dengan karakter2 yang ada,
ada fotografer dengan DSLR canggih sedia menunggu.
Selepas ambil gambar mereka akan beri kupon.
Lepas tu boleh check di kaunter.
Kalau nak beli gambar tersebut pun boleh.
RM 30 untuk sekeping gambar 4R.
Dan RM 75 untuk 3 keping gambar 4R.
Ada juga kaunter makanan segera di dalam taman tema.
Tapi standard American Fast Food sahajalah,
Burger, Nugget, Fun Fries juga Air Berkarbonat.
Harganya pula berpatutan.


Selepas ini.
Aku tak bercadang nak masuk ke Hello Kitty World pulak.
Aku juga tak bercadang nak datang lagi.
Kepada ada anak2 yang saban hari menghadap Pingu dan Bob The Builder,
tatap sahajalah watak2 itu dalam tv.
Tak berbaloi untuk datang ke mari.
Tetapi kalau anak baru seorang,
dan obses sangat dengan watak2 dalam tv tu,
datanglah.
Boleh naik keretapi berulang2 kali.
Boleh naik bas berulang2 kali.
Boleh naik helikopter berulang2 kali.
Boleh main bumper car berulang2 kali.
Boleh main gelongsor dan guling2 depan skrin besar berulang2 kali.
Boleh menari balet seperti Ballerina berulang2 kali.



1 ulasan:

  1. Salam... Jika mahu menginap di homestay dgn harga sgt berpatutan dan selesa, boleh berkunjung ke Sufie Homestay Johor. Layari blog kami untuk maklumat dengan lebih lanjut http://sufiebiz.blogspot.com

    BalasPadam