Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Disember 2012

Aku Dah Jadi Fareeda Fanatic


Hari minggu.
Fareeda Bangi buka pukul 11:00 pagi.
Tapi pukul 9:00 pagi nombor giliran dah mula diedarkan.
Dan pukul 7:30 pagi, orang dah mula beratur.
Seorang hanya dapat satu nombor.
Satu nombor hanya boleh beli 2-3 helai sahaja.
Jadi seluruh ahli keluarga turut beratur.
Kumpul2 boleh dapat banyak helai.
Lepas tu boleh jual online.
Boleh untung 30-70 ringgit sehelai.
Kalau taknak jual pakai sendiri.
Dah jemu pakai boleh jual ' pre-loved '.
Masih ada value.
Harga kurang setakat 20-40 ringgit sahaja.

Aku declare jadi Fareeda Fanatic hari ini.
Duduk hotel bajet depan kedai.
Pukul 8:00 pagi beratur ambil nombor.
Golongan suami pun ramai yang beratur.
Sempat jugak berkenalan dengan suami2 yang sayang bini.
Yang sanggup bangun awal di pagi hari minggu.
Semata2 untuk membeli tudung kegemaran.

Pukul 11:00 nombor mula dipanggil.
30 orang dibenarkan masuk setiap 15 minit.
Jangan takut kehabisan stok.
Stok ada banyak.
Cuma mungkin warna dan brooch yang tak berkenan.
Tapi semuanya latest trend.
Semuanya latest collection.
Baru siap dijahit di tingkat atas kedai.

Di Hotel Paragon JB semalam.
Ada perjumpaan Fareeda Fanatic Zon Selatan.
Ramai patient aku hadir.
Bubuh gambar2 warna-warni dalam FB.
Wife aku tak pergi.
Beratur di sini lagi bagus katanya.
Boleh pegang2 dan belek2 sebelum membeli.
Lepas tu ambil gambar dan letak dalam FB.
Tak sampai setengah jam,
Dah ada customer nak beli.


Aku dah tak boleh kata apa.
Setiap orang ada minat/hobi masing2.
Setiap orang ada cita2 masing2.
Layankan sahajalah.

Bersambung.


4 ulasan:

  1. hhahahahha...
    Layankan je la bro...duit ada...takpa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal.
      Tapi wife dah jadi usahawan.
      Alang2 beratur,
      beli banyak2.
      Lepas tu jual kat kawan2.
      Jual kat online.
      Dapat juga untung sikit2.

      p.s Bukan guna duit saya tapi...

      Padam
  2. untung isteri kalau ramai suami macam ni

    BalasPadam
  3. untung isteri, suami melayan macam ni.. :)

    BalasPadam