Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Disember 2012

Aku dan Animal Park Berjaya Hills

Animal Park terletak dijalan keluar daripada Berjaya Hills.
Dilaluan yang sama juga
ada padang golf,
ada kandang kuda,
ada court main tennis, dsbnya.
Tapi aku hanya singgah di Animal Park sahaja.
Kena bayar tiket RM 3.00 untuk seorang.
Kawasannya kecil sahaja.
Hanya arnab dan rusa yang ada di sini.
Dan haiwan dibiarkan berkeliaran di dalam kawasan taman.
Boleh pegang2, usap2 dan beri makan mereka.
Semuanya jinak2 belaka.


Ada juga 2 kandang besar menempatkan haiwan2 yang kurang sihat.
Yang sakit, yang gugur bulunya, yang cedera,
juga yang dalam pantang lepas bersalin.
Geli jugak tengok anak2 arnab yang baru sebesar ibujari.

Pukul 12.30 tengahari,
aku meninggalkan Berjaya Hills.
Jalan menuruni bukit agak mudah dan lengang.
Tetapi berderet2 kenderaan yang baru nak naik.
Hujung minggu pasti lebih meriah di sini rasanya.

Dalam Facebook kawan2,
ramai yang dah ke luar negara.
France, Belgium, Kyoto, Norway, New York, New Zealand,
tapi aku satu semenanjung tak habis2 lagi.
Ada beberapa tempat lagi aku nak pergi.
Tapi belum kesampaian.
Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Itu target aku sekarang.
Nak panjat Gunung Jerai.
Nak tengok Toy Museum di Penang.
Nak ronda2 satu pulau di Langkawi.

2 ulasan:

  1. Dulu masa tinggal di Sungai Petani , boleh nampak Puncak Gunung Jerai tu.

    Tapi ...

    tak pernah sampai ke atas.
    Kaki Gunung Jerai pun tak pernah jejak

    BalasPadam
  2. Nak pergi Toy Mueseum juga, tapi kereta breakdown nie, entahlah dapat pergi ke tidak.

    BalasPadam