Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Disember 2012

Aku dan Botanical Garden Berjaya Hills

Sambung cerita minggu lepas.

Selepas check out daripada hotel,
aku pun meronda-ronda sekitar Berjaya Hills.
Mula2 aku kena panjat bukit sejauh 5 km.
Kalau sayangkan kereta nak panjat jalan curam,
boleh naik kenderaan disediakan mereka.
Percuma.
Tunggu sahaja ditempatnya.

Ada banyak tempat boleh dilawati di sini.
Mula2 aku masuk ke Botanical Garden mereka.
Satu taman hijau yang luas di celah2 pokok hutan yang tinggi melangit.
Tapi satu kena ingat sebelum ke mari.
Kena pakai pakaian yang bersesuaian.
Sebab kena panjat tangga.
Kena daki bukit yang agak curam.
Kena lalu anak2 tangga yang berlumut.
Aku suka sangat tempat ini.
Aku suka sangat suasananya
Sejuk, redup, sunyi dan nyaman sekali.
Ditambah lagi kehijauan pokok2 tumbuh melata,
terasa tak nak balik pulak.
Aku rasa aku boleh tinggal di sini seharian.
Tak payah buat apa2.
Hanya duduk dekat pangkin sambil menikmati suasananya.
 

Banyak pokok2 hijau, pokok2 herba ditanam di sini.
Pokok2 hutan juga dilabelkan untuk pengetahuan umum.
Jalan2nya, lorong2nya, malah anak2 tangganya dijaga rapi.
Rasanya selepas aku pencen esok,
taman rumahku akan kujadikan sebegini.


Dalam taman ini,
ada satu restoran Jepun.
Ryo Zan Tei Restaurant namanya.
Menjual makanan2 tradisi Jepun.
Konsep kedainya pun ala2 Jepun gitu.
Malangnya masa aku sampai belum buka lagi.
Kalau tidak boleh belajar makan sushi aku hari itu.


Disebelah Taman Botani ini,
ada pula Taman Jepun.
Tunggu episod seterusnya.


2 ulasan:

  1. Those yg value natural beauty memang seronok berada di sini.

    BalasPadam
  2. Saya mmg tak boleh makan sushi..loya..hihi

    BalasPadam