Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Disember 2012

Aku dan Dilemma Melayu

Satu syarikat bumiputera.
Milik penuh bumiputera.
Nama syarikat pun mirip keislaman.
Menjual produk2 disposable dan kelengkapan klinik.
Katanya dah lebih 20 tahun dalam perniagaan.
Aku ada beberapa syarikat pesaing.
Bukan bumiputera tapi.
Tapi punya rekod yang baik denganku.
Setiap permasalahan selesai dengan cepat.
Setiap komplen ditangani dengan segera.
Apa2 masalah diberitahu dengan segera.
Ucapan maaf dan terima kasih sangat lali ditelingaku.
Walaupun aku cuma pelanggan kecil,
beli barang 3-4 bulan sekali,
mereka tetap menganggapku regular customer.
Aku rasa dihargai.
Aku rasa selesa berniaga dengan mereka.

Berbalik kepada syarikat bumiputera di atas.
Walaupun baru pertama kali berjumpa denganku,
mereka dah boleh jadi kawan.
Keramahan mereka mengkagumkan.
Maklumlah sebangsa dan seagama.
Demi nak menolong bangsa sendiri kononnya,
aku beli satu barang perubatan daripadanya.
Satu gajet berlampu dan berkamera untuk disambung ke komputer.
Memang dah lama aku cari barang ini.
Kalau original daripada German,
harganya mencecah 3 ribu ringgit.
Mereka tunjuk satu barang kat aku.
Buatan Taiwan.
Nampak fragile tapi mutu gambarnya boleh tahan.
Harganya dibawah seribu ringgit.
Ada waranti selama 2 tahun.
Dapat ganti yang baru kalau rosak.

Adat berniaga secara professional,
kenalah tulis cek sebagai bayaran.
Tapi selepas tulis cek mereka berubah fikiran pulak.
Mereka mahu cek tunai.
Kalau ada wang tunai lagi bagus katanya.
Alasannya mereka nak pakai duit segera.
Kereta mereka overheating semasa datang tadi.
Mereka juga sanggup beri diskaun kalau aku bayar tunai.
Aku dah mula rasa lain dah.
Dah terlambat untuk berubah fikiran.

Dipendekkan cerita,
tak sampai sebulan tinggal lampu sahaja menyala.
Kameranya dah tak berfungsi.
Aku baru aje pakai dua kali.
Aku call nombor2 mereka.
Seperti dijangka mereka langsung tak mengangkatnya.
Tapi mereka membalas semula SMSku kemudian.
Mereka berjanji akan datang untuk menggantikannya.
Minggu berikutnya kata mereka.

Selepas 2 minggu,
mereka masih tak datang jugak.
Lalu aku hantar SMS kepada mereka.
Mereka kata mereka sibuk dan 'lupa' pasal kes aku.

Dan masuk hari ini 6 minggu sudah berlalu.
Mereka tak pernah call.
Mereka tak pernah SMS.
Mereka tak pernah minta maaf.
Mereka tak beri penjelasan.
Mereka langsung tak berusaha untuk menghargaiku.

Aku tahu aku hanya doktor cabuk sahaja.
Aku tahu aku hanya semut dalam ranking perniagaan mereka.
Aku tak begitu penting dalam masa depan perniagaan mereka.
Banyak lagi syarikat2 lebih besar perlu mereka kejar.

Inilah dilemma bangsa Melayu.
Ini satu lagi contoh.
Bagaimana nak membantu bangsa sendiri
jika bangsa sendiri pun tak nak membantu diri sendiri?
Bagaimana aku nak membantu bangsa sendiri
jika bangsa sendiri yang menghancurkan diri sendiri?
Ini bukan pertama kali.
Dah banyak kali dah.
Panggil beri quotation, harga tak munasabah.
Non-bumi boleh beri 10 ribu,
mereka minta 25 ribu.
Ingat dapat harga kawan2,
tapi yang dapat harga cekik darah.
Kalau beza 1-2 ribu bolehlah.
tapi 10-20 ribu apa kejadahnya?

Dalam perniagaan,
aku banyak pengalaman pahit dengan bangsa sendiri.
Bangsa sendiri lebih pandai bercakap,
bangsa sendiri lebih pandai berjanji,
bangsa sendiri lebih pandai memberi alasan.
Bangsa sendiri kurang courtesy,
bangsa sendiri kurang bijak dari segi PR,
bangsa sendiri kurang pandai mengurus masa.

Maaf andai ada yang tersinggung.
Tapi aku berani mempertahankan hujahku.


6 ulasan:

  1. salam doc..? kita kawann kann.. ehhee

    BalasPadam
  2. Kadang2 memang terasa kecewa dengan peniaga melayu...mahu keuntungan semata- mata. Bangsa lain juga pentingkan keuntungan tapi mereka bijak menjaga pelanggan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah masalah berniaga dgn bangsa sendiri.
      Asyik kita aje nak kena follow up.

      Padam
  3. Ain Meicare ke bro?
    Beli produk apa tu? Cuba call direct ke headoffice, gertak akan publish di FB, blog dan akhbar...Tu aja caranya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah beri last warning.
      Tunggu sampai minggu depan.
      Tengok reaksinya.

      Padam