Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Disember 2012

Aku dan Fareeda Fanatic

Hari minggu yang lalu.
Ada Jualan Mega di Fareeda HQ Bangi.
Kebetulan aku ada di sana.
Jadi aku pun terjah untuk melihat suasananya.
Aku masih tertanya-tanya.
Apa kelebihan produk ini.
Aku masih tertanya-tanya.
Kenapa berhantu sangat produk ini.


Aku tiba sekitar jam 12.30 tengahari.
Walaupun cuaca panas, suasana masih meriah.
Empat khemah yang didirikan penuh sesak.
Depan kedai pun penuh dengan pelanggan yang menunggu giliran.
Ada makan dan minum percuma disediakan.
Mee Goreng, Meehoon Goreng, kuih-muih.
Dah jadi semacam pesta.
Yang menumpang berniaga Tupperware pun ada.


Wife diberi nombor giliran.
Pelanggan ke 1382 untuk hari ini.
Kalau ikut nombor giliran,
ada seribu lagi pelanggan lain sedang menunggu giliran.
Kalau nak tunggu,
lewat malam baru sampai giliran.
Jadi nak tunggu ke nak balik?

Khabarnya inilah keadaannya setiap kali ada jualan Mega.
Ramai yang sanggup menunggu berjam2.
Ramai yang sanggup menunggu berhari2.
Setiap pelanggan cuma dapat satu nombor sahaja.
Setiap pelanggan cuma boleh beli 2 helai sahaja.
Jadi ramai yang bawa sahabat handai.
Boleh ambil nombor seorang satu.
Harga tudung dalam lingkungan 150 ringgit sehelai.
Tapi ramai juga yang jual balik di FB.
Boleh untung seratus lebih sehelai.
Walaupun harga berlipat kali ganda,
berebut Fareeda Fanatik membelinya.

Nasib baik wife 'tak fanatik' sangat.
Nasib baik wife tak ajak tunggu sampai malam.
Tapi wife dah berkira2 nak datang semula.
Bulan 12 ni banyak cuti kan?
Alahai...


11 ulasan:

  1. Saya tak fanatik dengan jenama tudung. So, macam pelik juga kenapa sampai sanggup berpanas. Or, saya x cukup feminin kot sebab tidak memahami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya fanatik sahaja mengetahui sebabnya.
      Nasihat saya,
      jangan sampai terjebak.

      Padam
  2. dengar cerita fanatik start beratur dari tengah malam lagi, dah mengalahkan sambutan Apple produk pulak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. patut kena masuk dalam berita.
      biar satu dunia tahu tentang produk ini.

      Padam
    2. Dr. da masuk buletin Utama TV3 dan Metro :p

      Padam
  3. tak berani nak masuk kedai tudung nie.
    takut tengok harga

    tak mampu hendak miliki tudung semahal ini ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pB,

      ada jenama lain yang lebih mahal.
      yang cecah 500 sehelai pun ada.
      yang ini,
      kerani gaji seribu lebih pun masih mampu lagi.
      tapi bayar 2-3 kali ler...

      Padam
  4. saya pon minat Fareeda. tapi tak fanatik. tak sanggup tunggu berjam2..fuhhhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah tunggu depan kedai.
      Cari dalam FB.
      Ramai yg menjualnya.
      Yg dah 2nd hand pun orang berebut nak beli.

      Padam
  5. gila ar......opis aku sepelaung aje, tapi tak tau pun pasal nih....perghhhh siap ada khemah bagai....seb bek aku bukan penggemar fareeda....salam kenal!

    BalasPadam
    Balasan
    1. elly nadyra,

      salam kenal.
      opis sepelaung je?
      bolehlah tolong ambilkan nombor kalau ada sale nanti.

      Padam