Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Disember 2012

Aku dan Gaji Minimum

2012 bakal berakhir.
Mulai 1 Jan 2013,
Hendak ke tak hendak,
boleh ke tak boleh,
cukup ke tak cukup,
gaji staf klinik mesti 900 ringgit sekurang2 nya.
Walaupun kerja tak cukup 8 jam sehari, 48 jam seminggu.
Walaupun cuma ada SPM cukup2 makan sahaja.
Gaji mesti 900 ringgit sebulan.
Tidak boleh tidak.
Wajib.

Untuk majikan yang punya pekerja kurang 5 orang,
boleh minta tangguh sampai bulan Julai.
Tapi klinik dikecualikan.
Entiti professional kata mereka.

Gaji minimum tidak akan menjejaskan ekonomi.
Itu nasihat pakar ekonomi taik kucing.
Kalau pekerja 5 orang,
seorang naik 200 ringgit.
Dah seribu ringgit sebulan.
Itu belum kira caruman KWSP dan PERKESO lagi.
Pakar ekonomi memanglah tak heran dengan seribu ringgit tu.
Kalau juta2 barulah mereka heran.
Tapi mana aku nak cari ekstra 1000 ringgit tu?
Bolehkah staf klinik beri lebih komitmen untuk ganti balik 1000 ringgit itu?
Rasanya aku juga yang kena.
Kena kerja lebih masa.
Kena kurangkan doktor locum.
Kena tengok lebih ramai pesakit.
Yang pastinya kos semakin naik.
Pesakit bayar cash dah semakin kurang.
Pesakit panel masih limit 30 ringgit.
Ubat pun dah makin mahal.
Klinik 1Malaysia makin banyak.
Farmasi boleh jual ubat macam2.
Tok Bomoh pun dah berpersatuan.
Agen MLM makin agresif.
Jadi apa yang tinggal untuk doktor cabuk sepertiku?

Pakar ekonomi kata gaji minimum akan merangsang ekonomi.
Bagaimana?
Gaji naik tak semestinya kerja makin rajin.
Gaji naik tak semestinya produktiviti meningkat.
Gaji naik tak semestinya makin kurang kaki MC.
Gaji naik bermakna overhead pun naik.
Harga barang/perkhidmatan semua akan naik.
Percayalah.

Nasib baik BN masih memerintah.
Kalau Pakatan Rakyat lagi pening.
Gaji minimum RM 1200 sebulan.
Pengsan.

Bila semua dah bergaji minimum,
tiada kenaikan gaji untuk 5 tahun.
Tiada bonus raya untuk 3 tahun.
Itu cadangan daripada HQ.

Untuk para majikan.
Wajib baca.
Pekeliling kerajaan di sini dan sini.


5 ulasan:

  1. Bila kos makin tinggi, maka harga penawaran terpaksa di naikkan. Rakyat bergaji tinggi, tapi tetap kena berbelanja lebih. Defisit juga.

    Company saya kerja masih dalam proses untuk melaksanakan minimum salary nie. GLC company, nak beli kerusi sebijik pun kena buat proposal untuk di discusskan dalam Board Meeting oleh 10 orang director yang duduk bersembang. Apatah lagi nak naikkan gaji tea lady ke minimum salary. Dah setengah tahun HR chase approval, dok hanging lagi. Ridiculous!

    Owh, kalau staff co. saya, guna panel ING and our coverage untuk GP employee, spouse and children is unlimited every year, doc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Staf saya kerja short hours.
      Pagi 9-1 saya ada di klinik.
      Petang 3.30-6.30 saya ada di klinik.
      Malam 8-10 saya ada di klinik.
      Waktu lain kira free time.
      Kalau saya cuti, mereka pun turut cuti.
      Kalau orang kerajaan cuti, mereka pun turut cuti.
      Hari Sabtu kadang2 cuti jugak.
      Staf dan anak2 dpt free medical.
      Juga free consultation untuk famili members.

      Jadi saya masih tak setuju dengan skim gaji minimum tersebut.

      p.s Company panel ING?
      Bolehlah ke klinik saya kalau sakit nanti.

      Padam
    2. Kena buat jadi 24 hours lah doc. Malam, locum jaga, double charge. Heheheh. ING x kira sangat, unless ada complaint from us. Location and nama klinik apa yer doc? Boleh saya pergi and suggest pada staffs.

      Padam
    3. Aziela,

      Saya dah tak larat nak kerja lama2.
      Dah 15 tahun jadi doktor.
      kalau boleh nak kerja office hour aje.

      Klinik saya kat Johorlah.
      Luar kawasan.
      Tapi dah lebih setahun dpt panel dengan ING.
      Kira tak banyak songel sangat.
      Tak mcm company kecik2 yg lain.

      Padam
  2. dilema..kan bro..
    pakar ekonomi taik kucing tak pernah jadi GP, tak pernah jadi tokey warung, tak pernah jadi tokey company kecil kecilan..

    BalasPadam