Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Disember 2012

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu.
Aku suka balik kampung.
Rehat2 di rumah persinggahan.
Jauh daripada kesibukan dan kebisingan.
Takda Astro Channel.
Takda WiFi.
Bukan kesukaan anak2 tapi.
Tapi kesukaan aku dan wife.

Dikeliling rumah bapak mertua aku rajin bercucuk tanam.
Walaupun kaki dah tak kuat,
semangatnya masih kuat.
Berbekal tongkat di tangan kanan,
dan kerusi plastik di tangan kiri,
dia berkebun setiap hari.
Dah takda siapa larat nak menegur.
Dah itu hobi dia.
Dah itu aktiviti masa lapangnya.
Yang penting dia bahagia.


Inilah antara hasil usaha abah.
Pokok ubi dah mula merimbun.
Pokok pisang tanduk dah berbuah.
Pokok kacang panjang dah mula memanjat.
Pokok bendi dah mula berputik.
Pokok jagung pun dah nampak nak berbuah.
Kangkung pun dah beberapa kali digoreng belacankan.

Malam minggu.
Selalunya bergilir ada kenduri/Yaasin di rumah jiran2.
Makan percuma lauk2 kampung.
Juga berkenal mesra dengan jiran2.
Lepas tu sembang2 dengan abang/kakak ipar.
Cerita hal2 keluarga yang tak pernah berkesudahan.


Aku orang kampung.
Aku asal daripada kampung.
Walau kemana perginya.
Walau tinggal di hotel semahal manapun.
Rumah persinggahan di kampung masih yang terbaik.
Tak perlu ada gajet mahal2.
Tak perlu ada katil/tilam tebal2.
Tak perlu ada Astro Channel banyak2.
Cukup dengan sekadar apa yang ada.

4 ulasan:

  1. doc, bayang kalo giliran kita nnti..,
    Berbekal tongkat di tangan kanan,
    dan kerusi plastik di tangan kiri,
    dan kamera dslr gedabak di leher,
    kita menembak setiap hari... ahhaaa, ai laike

    BalasPadam
  2. Sama macam arwah atuk saya. Berkebun walaupun bertongkat.

    BalasPadam
  3. hahahhaa..saya terbayang apa yg Wak Gelas tulis tu!

    BalasPadam
  4. oh terus rindu kampung! bestnya balik kampung! tak perlu fikir kesesakan bagai

    BalasPadam