Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Disember 2012

Aku dan Japanese Garden Berjaya Hills

Belum puas berjalan2 bawah pokok,
belum puas cari sudut untuk dipotretkan,
anak2 dah ajak ke taman disebelah pulak.
Taman Jepun ni tak kurang hebatnya.
Siap ada air mengalir dicelah2 batu.
Rumah Jepun klasik pun ada.


Rumah Teh Jepun pun ada di sini.
Yang pertama di dalam hutan tropika.
Hanya ada satu di dunia barangkali.
Kalau tak sayang duit,
boleh sewa pakai kimono,
boleh duduk minum2 teh ala Jepun.
Siap ada Geisha tolong temankan.
Tapi nyonya tua, bukan amoi daa...


Aku memang minat dengan suasana begini.
Hijau. Tenang. Nyaman. Aman.
Jauh daripada kebisingan dan kesibukan.
Tapi mangkuk ayun mana yang hisap rokok kat sini oii!
Nak menghalau nyamuk tak payahlah guna asap rokok.


Rasanya jiwa aku memang sesuai di sini.
Tapi anak2 sibuk ajak balik pulak.
Lepas ni aku nak ke Animal Farm sebelum ke Bangi.

Bersambung episod seterusnya.

1 ulasan:

  1. Aduhai, hilang pulak komen tadi. Macam di tarik2 ke air terjun tu.

    BalasPadam