Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Disember 2012

Aku dan Keputusan PMR 2012


Hari ini keputusan PMR diumumkan.
Sekolah dah jadi macam tapak pesta.
Meriah dan penuh dengan ibubapa yang prihatin.
Teringat masa aku ambik keputusan SRP dulu.
Tahun 1986.
Bersekolah kampung sahaja.
Ketika kawan2 sibuk ke sekolah ambil result,
Aku relaks aje kat rumah.
Pukul 3 petang baru aku ke pejabat sekolah.
Masa tu sekolah dah sunyi sepi.
Hanya kerani sekolah yang sambut aku.
" Nah! keputusan engkau."
" Tahniah jadi best student."
Masa tu langsung takda feeling.
Langsung tak excited.
Balik rumah pun hanya dapat ciuman daripada emak.
Langsung takda hadiah.
Tapi aku faham keadaan mereka.
Aku tak mengharap apa2.

Lepas dapat keputusan SRP,
Ramai kawan2 mohon masuk Sekolah Teknik.
Aku memang tak minat benda2 teknikal ni.
Tapi aku ikut juga kawan2 ke Sek Teknik JB.
Ambil borang.
Sampai sekarang aku masih ingat lagi.
Aku kena sergah dengan salah seorang warden kat sana.
Dia marah sebab aku berselipar sahaja.
Dan sergahan itulah yang membakar semangatku.

Bulan 6 tahun berikutnya.
Aku dapat tawaran masuk sekolah berasrama penuh di Kluang.
Bersama2ku ada 14 orang pelajar baru.
Pengambilan yang kedua.
Maksudnya aku cuma calon2 simpanan.
Bila budak2 yang lebih pandai menolak tawaran,
Barulah aku dipilih.
Ia sememangnya satu anugerah kepadaku.
Tetapi tidak kepada kebanyakan kawan2 sekelas dan juga senior.
Sepanjang seminggu orentasi,
Kami 14 orang diperbodoh2kan.
Mereka kata aku tak layak masuk sekolah mereka.
Result aku hampir sama dengan result budak2 paling tak pandai dalam sekolah mereka.

Aku dimasukkan ke kelas paling corot.
Bahasa Inggeris aku ditertawakan mereka.
Mula2 aku anggap semuanya satu cemuhan.
Tapi akhirnya aku dapat ubah persepsi mindaku.
Semua cemuhan aku tukar jadikan dorongan.
Orang kutuk2 aku senyum sahaja.
Senior kutuk2 aku buat bodoh aje.
Cikgu perli2 pun aku buat selamba aje.

Keputusan periksa akhir tahun 1987.
Daripada 120 pelajar,
Aku dapat nombor 24.
Ramai yang terkejut dengan pencapaian aku.
Aku dapat naik ke kelas paling pandai.
Masa tu baru mereka tahu tinggi rendahnya langit.
Ada yang beritahu aku.
Dah lama takda pelajar,
lompat daripada kelas corot ke kelas nombor satu.

Aku selalu ingatkan anak2 aku.
Jangan jadikan kekurangan diri sebagai penghalang.
Jangan juga leka dengan kelebihan yang ada.
Manusia ini sama sahaja Allah ciptakan.
Masing2 cuma ada dua tangan dan dua kaki.
Juga otak yang lebih kurang sama sahaja saiznya.
Tapi kena usaha lebih untuk dapat lebih.
Dan boleh dapat lebih jika lebih berusaha.

Janjinya pukul 11 pagi keputusan akan diumumkan.
Tapi pukul 12.15 tengahari barulah guru2 masuk dewan.
Pengetua sekolah pun tiada.
Dijemput ke JPN untuk ambil anugerah.
Macamlah takda hari lain gamaknya.


Sek Men Bandar Putra, Kulaijaya.
Berjaya mendapat kelulusan 100 peratus.
Daripada 265 pelajar,
133 orang mendapat perfect score iaitu 8A dan 9A.
Anak sulungku salah seorang daripadanya.
Syukur Alhamdulilah.
Apa selepas ini?
Terus tingkatkan usaha.
PMR baru permulaan.

Dua tahun lagi aku cerita pasal keputusan SPM pulak.
InsyaAllah.



9 ulasan:

  1. Tahniah doktor..Sykur Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. tahniah utk anak dan bapanya juga...dr kuah turun ke nasi...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.
      Hilang rasa penat sekejap.

      Padam
  3. Tahniah..

    133 out of 165 dapat 8A/9A !! Hebat sekolah ni...

    BalasPadam
  4. Salam,

    Tahniah doc, juga kpd anaknya :-)

    BalasPadam
  5. congrats and well done!

    teringat jugak masa SRP dulu-dulu, result tak de la berderet 'A'..

    tapi Alhamdulillah, diberikan juga peluang merasa nasi kawah sekolah asrama penuh..

    BalasPadam
  6. True. Kita sendiri yang kena ubah diri kita dan jadi pakar motivasi untuk diri sendiri. Bukannya harap dorongan orang lain. Bila dah berjaya, baru boleh motivate orang lain, baru boleh ubah orang lain. Tahniah Doc. Kejayaan anak ialah kejayaan ibubapanya juga. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  7. sekolah ni memang bagus..
    Syukur alhamdulillah, tahniah yer doctor mempunyai anak2 yang pandai dan membanggakan..
    nanti boleh share tip mendidik anak2 supaya menjadi seperti anak2 yg berjaya dunia dan akhirat...amin.

    BalasPadam