Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Disember 2012

Aku dan MHI Pagi Ini

Pukul 4:50 pagi anak dah hantar SMS.
Suruh tengok rancangan MHI pagi ini.
Ada lintas langsung ke kem PERMATApintar.
Pukul 8:30 pagi.
Dapat tengok muka anak.
Hampir 2 minggu tak jumpa.
Rindu beb!

Program kem cuti sekolah PERMATApintar.
Satu kem mendidik budak2 pintar mengembang bakat.
Juga membentuk disiplin diri.
Pukul 5:30 dah kena bangun.
Pukul 10:00 dah masuk tidur.
Belajar sesuatu yang tidak diajar disekolah.
Kali ini dia rasa seronok sangat.
Belajar bidang yang dia minat; Rekacipta.
Dua tahun dulu dia dapat bidang kurang diminati;
Penaakulan Mantik.
Asyik belajar teori aje katanya.
Hari2 dia call kebosanan.
Tapi kali ini 2 hari sekali baru hantar SMS.
Kira oklah tu.

Hujung minggu ini baru boleh jumpa dia.
Ke Bangi lagi aku minggu ini.
Singgah di tudung Fareeda lagi rasanya.

2 ulasan:

  1. great for your kids...alhamdullilah..

    BalasPadam
  2. Wah, seronoknya nampak peserta tu semua. Pelatih dan tenaga pengajar yang terbaik, pasti kreatif cara mereka mengorek kepintaran anak2 ini.

    BalasPadam