Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Disember 2012

Aku dan Minggu Ini


Minggu ini staf aku senyum memanjang.
Selepas mesyuarat mengenai kenaikan gaji tempohari,
masing2 mula mengira untung masing2.
Mengikut pekeliling yang aku baca,
dan mengikut penerangan pegawai pejabat Buruh,
gaji staf klinik wajib naik mulai 1.1.2013.
Walaupun kerja tak cukup 8 jam sehari,
walaupun kerja tak cukup 48 jam seminggu,
gaji tetap dapat gaji minimum.

Kira punya kira punya kira,
kenaikan hampir 30% seorang.
Dan campur/tolak kerja lebih masa,
caruman KWSP dan PERKESO,
kos untuk penggajian staf naik hampir 2 ribu sebulan.
Aku dah mula nak demam.

Minggu ini ada cerita baru pulak.
Klinik 1Malaysia akan dibuka sampai lewat malam.
Ada doktor akan locum di klinik 1Malaysia.
Tunggu. Jangan demam lagi.
Ada lagi satu cerita.
Akan datang Malaysia akan ikut negara2 maju.
GP tak boleh jual ubat.
GP tak boleh simpan ubat.
GP hanya boleh prescribe ubat.
Ubat kena beli dan ambil di farmasi.
Ini khabar2 angin yang dah bertahun aku dengar.
Dan pasti akan dilaksanakan satu hari nanti di sini.

Setiap hari semakin susah nak hidup sebagai GP.
Lombong emas dah takda emas lagi.
Pesakit berbayar semakin kurang datang ke klinik.
Mereka punya banyak pilihan sekarang.
Klinik Kesihatan dah beroperasi sampai malam.
Klinik 1Malaysia pun akan beroperasi sampai malam.
Ubat2 boleh dapat di farmasi.
Ubat2 boleh dibeli secara online.
GP dah jadi doktor cabuk.
Hanya datang klinik bila perlu MC.
Hanya datang klinik bila perlu surat rujukan.

Sebenarnya.
GP boleh jadi kaya jika ikut betul2 cadangan MMA.
MMA Schedule Of Fees memang mengujakan.
Mimimum consultation dah RM 35.00.
Kalau kes susah boleh charged sampai RM 125.00.
Selepas pukul 5 petang, boleh tambah 50%.
Itu belum kira ubat2an dan lain2 perkhidmatan.
Kalau buat housecall boleh charged sampai RM 300.00.
Memang boleh kaya-raya.

Tetapi hakikatnya,
GP adalah antara doktor yang paling murah hati.
Biasanya consultation fee + ubat2an baru RM 35.00.
Kalau charged lebih2,
pesakit pasti tak akan kembali.
Itu tak apa.
Kalau dia jaja cerita klinik aku mahal kos rawatannya,
makin menguncup bisnes aku.
Makin ramai yang takut nak ke klinik aku.
Bagaimana pula dengan pesakit2 panel,
yang limit cuma RM 25-35.00?
Gaji sebulan baru seribu setengah.
Kalau asyik kena tambah duit sendiri bila ke klinik panel,
anak2 kat rumah nak makan apa?

Bila kerajaan melaksanakan undang2 baru,
iaitu GP hanya boleh prescribe ubat sahaja,
semua orang akan rugi.
Walaupun boleh charged RM 35.00 seorang,
pasti tak ramai pesakit yang akan berjumpa dengan GP.
Kalau sekarang 50 orang pesakit sehari pun susah,
akan datang mungkin kurang daripada separuh.
Pesakit pula akan kena charged 2 kali.
Sekali untuk jumpa doktor dan sekali lagi untuk beli ubat di farmasi.
Masa tu tiada lagi istilah diskaun kepada pesakit.
Pesakit yang mampu akan kena bayar lebih.
Pesakit yang tak mampu kena beraturlah di klinik2 kerajaan.

Kebelakangan ini ramai doktor hantar email kepadaku.
Meminta pendapat tentang nak buka klinik sendiri.
Terus terang aku cakap,
GP bukan lagi lombong emas seperti dulu.
Hidup sebagai GP tak semudah yang disangka.
Persaingan dah semakin hebat.
Pesakit semakin kurang.
Jadi kena kerja untuk jangkamasa lebih panjang.
Kalau boleh 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Kena korbankan masa untuk beriadah.
Kena korbankan masa untuk beribadat.
Kena korbankan masa untuk bersama2 keluarga.
Kepada yang masih ada ikatan dengan kerajaan,
habiskanlah dulu ikatan perjanjian.
2-3 tahun bukannya masa yang lama.
Masalah ada di mana2,
baik di kerajaan mahupun swasta.
Pesakit2 swasta pun sekarang lebih cerdik dan lebih pandai.
Yang memandai2 pun ramai.
Kalau nak bergaduh dengan pengarah ataupun senior staf pun gaduh ajelah.
Gaji bukannya dia yang bayar pun.
Janji takda pesakit yang mati sudah.

Aku dah lebih 15 tahun jadi doktor.
Aku dah rasa dan lalui macam2.
Menjadi doktor bukan untuk jadi kaya.
Menjadi doktor bukan untuk hidup mewah.
Menjadi doktor bukan untuk dapat nama.
Dan dalam hidup ini,
wang bukanlah segala2nya.
Keseronokan menjadi GP bukan dengan mengira wang dalam akaun.
Keseronokan menjadi GP bukan dengan membina rumah banglo di tepi tasik.
Keseronokan menjadi GP bukan dengan memandu Vellfire.
Kadang2 senyuman dan ucapan terima kasih sudah mencukupi.

Juga.
Rezeki itu bukan pesakit2 yang beri.
Rezeki datangnya daripada Allah.
Walauapapun undang2 baru diperkenalkan,
aku yakin dan pasti Allah tidak akan mengecewakanku.


8 ulasan:

  1. luahan seorang doktor....seronok lak baca...baru ku tahu....profesion lain juga begitu...memasing dengan luahan yang berbeza!
    apa pun bangga ngan seorang pakcik aku nih....walau ditawar oleh swasta dengan ganjaran berbagai...jawapannya tetap satu....kerajaan bagi dia duit utk belajar, dia akan berbakti dan bayar semula apa yang kerajaan bagi...sehingga ke tempoh pencennya dia berkhidmat ngan kerajaan, walau dah pencen, masih lagi dengan kerajaan.....bangga masih ada insan2 yang begini....ganjaran bukanlah segalanya!

    BalasPadam
  2. Kepala kepala besar dlm KKM bukannya baca blog Dr Pagal ni...

    Among doctor pulak, union tak kuat..
    Ada aja suka menangguk di air keroh..
    Tu pasal takde siapa nak dengar kata doktor..
    Tengok union cikgu..depa fight macam macam..Kerajaan dengar..sebab union mereka kuat

    BalasPadam
  3. DOKTOR, BIASANYA PESAKIT AKAN DATANG DAN DATANG LAGI KE KLINIK YANG "SERASI" DENGAN PESAKIT, APA GUNA PERGI KE KLINIK YANG MURAH JIKA SERVICE YANG DIBERIKAN KURANG MEMUASKAN, TIDAK APA BAYAR "LEBIH" ASALKAN KITA PUAS HATI, KESIHATAN JUGA BER++ BAIK..SEPERTI SAYA, SAYA HANYA AKAN PERGI KE KLINIK YANG "BIASA" SAYA PERGI, DENGAN DOKTOR YANG SUDAH "BIASA" MERAWAT SAYA,SAKIT PUN BERKURANGAN BILA DOKTOR YG MERAWAT SAYA DENGAN SENYUMAN & PENUH KESABARAN. DOKTOR PUN MANUSIA BIASA SEPERTI SAYA, BILA DOKTOR DAPAT REHAT YG MENCUKUPI HARI2 PASTI AKAN LEBIH PRODUKTIF SERVICE YG DIBERIKAN.

    BalasPadam
  4. Entry Doc hari ini betul2 membuka mata saya tentang GP.

    BalasPadam
  5. Salam Doktor,
    Saya sebagai rakyat marhaen ingin menyatakan penghargaan yang amat tinggi terhadap semua doktor yang 'IKHLAS' menolong. Secara paksa atau rela paksa. Doktor yang baik, pesakit akan terus datang berjumpa dengannya. Tak kira klinik biasa atau kerajaan. You are our HERO! (Saya tahu kerja doktor bukan mudah, setahun lebih saya duduk wad KK3 di Institut Pediatrik, HKL)

    BalasPadam
  6. GP tu apa? hee.
    Berapa tahun ea kne beljr kalau nk jd doktor?

    BalasPadam
    Balasan
    1. GP tu General Practitioner.
      Maksudnya doktor klinik swasta lah.

      Medik 5 tahun.
      Houseman 2 tahun.
      Confirmed pendaftaran penuh 3 tahun.

      Ada berani?

      Padam
  7. apa nak risau doc... doc pergi je you tube..tgok ceramah ustaz azhar idrus ..hayati ceramah pasal rezeki..

    p/s: doc mungkin kurang paham sket.. sbb loghat ustaz azhar sleng terengganu..

    BalasPadam